03 October 2012

Terpotong kaki Katak Dalam Masakan



Menjijikkan !!! Ape nak jadi ni? Masak atau sengaja menganiaya pelanggan islam yang makan di restoran tersebut.

"KLANG - Seorang pelajar kolej swasta semalam menfailkan saman terhadap Artisan Natural (M) Sdn. Bhd. dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. yang didakwa cuai sehingga menyebabkan hidangan mi goreng yang dimakannya mengandungi sepasang kaki katak.
Writ saman itu difailkan oleh plaintif, Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, menerusi Tetuan Adnan Rahim & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini.
Palintif menamakan Artisan Natural iaitu sebuah syarikat yang didakwa mengusahakan perniagaan restoran makanan dan minuman dinamakan Old Town White Coffee yang beroperasi Bandar Bukit Tinggi di sini sebagai defendan pertama.
Kopitiam Asia yang beroperasi di Subang Jaya dan Ipoh, Perak dinamakan sebagai defendan kedua. Ia ialah syarikat yang didakwa bertanggungjawab menyedia, memproses dan membekalkan makanan serta minuman bagi perniagaan yang dijalankan di premis defendan pertama.
Mengikut pernyataan tuntutan, pada 11 Mac lalu antara pukul 8 hingga 10 malam, plaintif bersama keluarga mendakwa pergi ke premis defendan pertama dan memesan mi goreng Dry Egg Noodles.
Ketika makan, plaintif mendakwa terjumpa sepasang kaki katak dalam makanan itu yang menyebabkannya hampir muntah.
Plaintif kemudian mendakwa menunjukkan kaki katak itu kepada kakitangan restoran dan meminta penjelasan daripada pengurus bertugas tetapi dia enggan keluar sebaliknya mengarahkan juruwang untuk mengambil gambar." Baca selanjutnya di sini..
Itu adalah keratan akhbar yang menggemparkan negara 2 tahun lalu dan kini Restoran tersebut masih aktif dikunjungi oleh masyarakat islam.
Mengapa kita perlu mengunjungu restorang seperti itu yang terbukti tiada sijil halal?
Banyk lagi restoran lain atau masak sajalah di rumah untuk menjamin kualiti makanan kita.
Psstt!!!... esok jangan pulak ada yang jumpa kaki babi dalam mee.. hehehehhe (gurau jee..)
Lagi satu.. betol ke diorang masak babi ngan katak dalam satu kuali??? 


No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *