Dato Seri Noh Omar semalam telah turun padang dan beramah mesra bersama nelayan dan peniaga hasil laut di Jeti Nelayan Kg Sungai Yu, Tanjung Karang yang juga berada di dalam kawasan Parlimennya.
Jeti Nelayan tersebut telah dibangunkan untuk menjadikan Kg Sungai Yu sebagai hub pendaratan ikan dan lokasi pasar ikan rakyat bagi menjual ikan segar di kawasan Tanjung Karang.
Beliau selepas itu membuat sidang media dan menjawab beberapa isu semasa.
Antara isu yang disentuh adalah berkenaan kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meneruskan pembinaan UiTM cawangan Selangor di Serendah di atas tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang dulunya dirampas oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Mahkamah telah memerintahkan tanah itu dipulangkan kembali kapada Yayasan Basmki Kemiskinan (YBK) kerana tanah tersebut dirampas tidak mengikut peraturan.
Ini membuktikan kerajaan BN sebuah kerajaan yang menepati janji dan perihatin terutamanya dalam bidang pendidikan.
Selain itu, beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap Kerajaan Negeri Selangor mempolitikkan pembinaan Kampus UiTM tersebut dan mengganggu dengan memberikan bermacam alasan untuk menggagalkan projek tersebut.
Jika pembinaan Kampus UiTM yang baru itu berjaya dilaksanakan ianya akan memberi banyak peluang pembelajaran kepada rakyat terutamanya anak negeri Selangor.
No comments:
Post a Comment