Showing posts with label #scs93. Show all posts
Showing posts with label #scs93. Show all posts

Azmin akan pecat EXCO PAS jika parti itu bertanding di Sungai Besar. [#scs93 #prksgbesar]



Tiga EXCO PAS di Selangor memang diberi kata dua oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya meletak jawatan sekiranya parti Islam itu berkeras mahu bertanding PRK Parlimen Sungai Besar.

Pendedahan itu dibuat Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berdasarkan maklumat yang diterima pihak parti seperti katanya dalam portal FMT bertarikh 21 Mei 2016.

5 Jun 2016, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan selepas penamaan calon selesai, BN diwakili Budiman Mohd. Zohdi manakala Pas oleh Dr. Abdul Rani Osman diikuti calon PAN, Azhar Abd. Shukor.

Pendedahan telah dibuat, cakap juga telah terlepas hanya menunggu tindakannya saja.

Ditelan mati Mak atau Bapak bukan alasan, rakyat Selangor mahu tahu siapakah yang Azmin pilih secara rasmi mewakili kerajaan Selangor dalam Pakatan mereka.

DAP sudah pilih PAN. Azmin pilih siapa?

#scs93 #prksgbesar



Proses penamaan calon PRK Sungai Besar ditutup, tiga pencalonan diterima [#scs93 #prksgbesar]



Jam 10 pagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Khairuddin Md Som mengumumkan proses penamaan ditutup dan dijangka mengumumkan senarai calon rasmi yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar selepas itu.

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar yang diadakan di Dewan Seri Bernam, ditutup pada 10 jam pagi.

Tiga calon iaitu Budiman Mohd Zohdi daripada Barisan Nasional (BN); Dr Abdul Rani Osman (PAS) dan Azhar Abdul Shukur (Amanah) telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Terdahulu, Budiman yang juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, diiringi Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berarak dari Dataran Tonggak 10, kira-kira 500 meter sebelum tiba di pusat penamaan calon kira-kira 8.30 pagi.

Beberapa pemimpin parti turut sama mengiringi Budiman antaranya Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar Tan Sri Noh Omar dan Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sementara itu, Dr Abdul Rani yang merupakan ADUN Meru diiringi pemimpin parti itu termasuk Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad dan Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali tiba di pusat penamaan sejurus sebelum proses pencalonan dibuka pada 9 pagi.

Azhar pula yang tiba di Dewan Seri Bernam pada pukul 8.45 pagi diiringi Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lepas, Allahyarham Noriah menewaskan lawannya daripada PAS, Mohamed Salleh M. Hussin dengan majoriti 399 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar terdiri daripada 42,365 pengundi biasa dan 286 pengundi awal dan empat pengundi tidak hadir kerana berada di luar negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian.