Showing posts with label kristian. Show all posts
Showing posts with label kristian. Show all posts

HOT : VIDEO MURTAD YANG DIJANJIKAN OLEH HASAN ALI KINI DIDEDAHKAN....??

Empat golongan dipercayai menjadi sasaran utama kumpulan pendakwah Kristian untuk memurtadkan orang Islam di negara ini. Hasan  Ali berkata, mereka ialah golongan miskin, anak muda, pesakit kronik dan golongan intelek yang berpengaruh tetapi kurang pengetahuan agama.

Mereka menjalankan penerapan fahaman Kristian menggunakan pelbagai taktik dan strategi, termasuk menerusi pendekatan Islamik dengan cara yang sangat halus. Antara caranya ialah dengan mendekati pesakit kronik yang terlantar di hospital terutama yang diabaikan atau kurang mendapat perhatian keluarga.

Inilah sasaran utama untuk mereka dekati, mulanya dengan cara membantu namun lama-kelamaan mereka mula mempengaruhi dan memesongkan akidah individu terbabit. Gerakan itu juga menjalankan aktiviti mengedar risalah secara terbuka di pusat beli-belah dan juga kawasan perumahan.

Mereka mempunyai kepakaran dan strategi serta taktik yang terancang untuk mempengaruhi golongan seperti ini. Apa yang kita diberitahu, gerakan Kristian aliran Evangelist yang paling aktif dalam kegiatan ini malah mereka dilihat semakin aktif sejak kebelakangan ini.

Untuk menangani masalah ini, Hasan Ali telah menubuhkan sebuah unit yang dinamakan Unit Selamatkan Akidah (USA) dan seramai 25 individu telah mendapatkan bantuan daripada unit ini.Walaupun Hampir sebulan unit ini ditubuhkan, unit ini telah berjaya membantu individu yang pernah dan sedang mendapat bantuan daripada pertubuhan Kristian. 

Ape lagi yang PAS nak Spin? baca sini..

Sumber: http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/03/hot-video-murtad-yang-dijanjikan-oleh.html

Ketua Pemuda PAS Pusat Mengarut Lagi..






Justeru itu, katanya Islam tidak sewajarnya tergugat dan ummat Islam tidak selayaknya membenarkan Islam digugat.
Jelasnya, PAS sebagai sebuah wadah perjuangan Islam di dalam negara ini pastinya tidak lebih rendah usahanya untuk memperjuang, mempertahan dan menegakkan Islam berbanding Umno dan Barisan Nasional.
Katanya, kegigihan serta kesungguhan PAS berjuang serta berkorban demi melihat Islam tegak dan berdaulat di dalam negara ini nyata tidak boleh dipertikai merentasi rekod dan sejarah perjuangannya.
“Sungguhpun PAS menyertai ‘kerjasama politik’ bersama parti-parti rakan kompenan Pakatan Rakyat (PKR dan DAP), namun PAS tidak pernah mengendurkan pedatinya untuk terus memacu perjuangan Islam, jauh sekali untuk berubah arah meninggalkan prinsip perjuangan yang didokong selama ini,” tegasnya. Baca lagi Klik Sini.
Aku sebenarnya tak faham apa si Nasrudin ni cakap... betol ke ni....

Malaysia Negara Kristian.


Bertuah sungguh kita rakyat Malaysia sebab tidak lama lagi Agama Persekutuan akan ditukar dari Agama Islam ke Agama Kristian. Maka tercapailah hasrat puak-puak Jahanam Rakyat dalam perjuangannya. Nak tau lanjut lagi baca kat bawah atau Klik Sini...

TUMPAT 7 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) hari ini membuat laporan polis di seluruh negara berhubung laporan berita yang mendakwa wujudnya agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, sehingga petang ini sudah 10 laporan polis dibuat bagi meminta pihak berkuasa menyiasat segera laporan itu yang dianggap serius.
"Ini soal sensitiviti dan ia sangat serius dan sebab itu Perkasa membuat laporan polis ini untuk menyiasat segera perkara ini agar tidak berlarutan.
"Jika benar seperti yang dilaporkan, Perkasa begitu kecewa dan khuatir kerana ia membabitkan soal agama yang sangat sensitif,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.
Sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan wujudnya perbincangan untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut itu.
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang didakwa sebagai penganjur kepada pertemuan paderi dari seluruh negara bagaimanapun menafikan pembabitan beliau, dan menyatakan hanya menghadiri satu majlis kesyukuran diadakan secara tertutup sebagai tetamu.
Di Balai Polis Kota Baharu, laporan polis dibuat Timbalan Yang Dipertua Perkasa Kelantan, Mohd Fauzi Muhammad pada pukul 2.30 petang.
Beliau berkata laporan itu meminta polis membuat siasatan kerana jika benar, agenda itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara.
"Perkasa Kelantan memandang serius perkara ini kerana ia telah dipersetujui oleh semua kaum bahawa Islam adalah agama rasmi. Ia tidak harus dibincangkan oleh mana-mana pihak dalam hal ini,” katanya. - Bernama