Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

ALAMAK ..KO MENANG PON SIKIT JE LA.. KATA DZULKEFLY AHMAD KEPADA IRMOHIZAM


Semakin hari semakin lawak melihat gelagat Pakar Strategi PAS ini dan kuncu-kuncunya yang gila mengatakan kiraan undi yang telah dikira berkali-kali itu tidak sah.

Apa yang aku nak katakan disini sebagai orang yang sekolah sepandai Dzulkefly Ahmad ialah "dah kalah tu kalah la" dan terima lah apa yang Allah telah tentukan.

Dzul secara jelas tidak mempunyai penyokong di Kuala Selangor dan ini dibuktikan dengan majoriti kemengannya pada PRU ke 12 yang lalu yang menewaskan Haji Jahaya Ibrahim hanya dengan majoriti 862 undi dan undi rosak pada ketika itu ialah 894.


Dan pada PRU kali ni Dzul dikalahkan oleh Irmohizan dengan majoriti 460 undi dan undi rosak sebanyak 934.


Apa yang aku cuba katakan disini bukanlah jumlah majoriti menang yang irmohizam dapat tetapi jumlah undi yang sepatutnya Dzul dapat dalam gelombang yang dikatakan kebangkitan rakyat menentang Barisan Nasional.

Jika benar ada kebangkitan rakyat, Irmohizam sepatunya hanya mendapat hanya beberapa ratus undi dari penyokong UMNO totok tetapi malangya tidak dan puluhan ribu pengundi memilih Irmohizam.

Sebenarnya tiada kebangkitan rakyat seperti yang dicanangkan oleh Dzul dan rata-rata masyarakat tidak mahu memilih PAS dan aku berani mengatakan pada pilihanraya akan datang mungkin PAStidak akan mendapat sebarang undi atau mungkin juga PAS tidak bertanding lagi kerana semua kerusi akan diambil oleh DAP.

Pendekkan cerita.. kalau dah kalah tu kalah je la.. tak payah nak meroyan sangat..

[GILA BUANG TEBIAT] KARPAL SINGH BUAT LAPORAN POLIS BANTAH DEMONSTRASI JALANAN ANJURAN ANWAR IBRAHIM


Mungkin sudah hilang akal agaknya Pengerusi DAP ini apabila dengan terang dan jelas beliau membantah "Gerakan Gulingkan Kerajaan" yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Apakah Karpal sudah tidak mahu hidup lama kerana menggagalkan rancangan yang telah dirancang oleh Anwar Ibrahim sekian lama untuk menjadi pemerintah di negara ini dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan kekerasan?.

Menurut Portal Berita Harian [KLIK SINI] Karpal dikatakan tidak bersetuju dengan cara Pakatan Rakyat yang menggunakan 'Demonstrasi Jalanan" sebagai senjata untuk menumbangkan kerajaan.

Adakah anda percaya apa yang dikatakan oleh si tua DAP ini?.

Karpal Singh bukan sebarang orang untuk diduga dan sebagai Pengerusi DAP beliau bukan calang-calang orang untuk dipandang remeh segala kenyataannya.

Setiap perkataan dan gerak-gerinya walaupun berkerusi roda memberi pelbagai makna yang tersirat, beliau bukan mudah mengungkap kata kalau tiada perancangan yang sudah tersusun kemas seperti yang dilakukannya sebelum-sebelum ini.

Ada beberapa sebab mengapa Karpal berbuat demikian dan antaranya ialah:

- Demonstrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat tidak mendapat sambutan seperti yang dirancang dan ia dapat dilihat jelas dengan semakin berkurangan orang hadir untuk menyertai menyertai mereka lalu bagi menutup "Kemaluan " mereka terpaksa menghentikan demontrasi-demontrasi yang telah dirancang sebelum mereka mendapat malu besar dan kenyataan Karpal ini akan menghalalkan rancangan itu.

- Demonstari yang dijalankan telah gagal mencapai sasaran pengunjung mengikut pecahan kaum dan dilihat kaum Cina telah memonopoli setiap demonstrasi yang dijalankan dan ini boleh mendatangkan bahaya jika diteruskan lalu kenyataan Karpal ini juga dilihat baik untuk mereka menghentikannya.

- DAP yang diketahui telah merancang semua dilihat tidak mahu bertanggungjawab apabila demonstarsi ini menjadi tidak terkawal dan seperti yang kita tahu DAP tidak mahu peristiwa lama bermula kembali dan ini memperlihatkan ketakutan DAP apabila berjaya membawa mesej perkauman yang jelas dan ganas seakan tidak terkawal apabila kaum Cina mula turun ke jalanan secara terang-terangan.

- DAP sudah habis dengan fasa ini dan mahu melangkah ke fasa yang baru seperti yang diterangkan dalam buku karangan "Gene Sharp" yang memberikan tunjuk ajar bagaimana mahu menjatuhkan sesebuah negara dan jika dilihat mereka telah mengikutinya dengan baik sekali. (kita akan kupas  di artikel yang lain)

Itu hanyalah sebahagian pendapat aku dan ianya tidak semestinya benar kerana sejak awal aku telah katakan ia hanyalah pendapat.

Tetapi apa yang mahu aku jelaskan kembali disini ialah Karpal Singh bukanlah terlalu bodoh untuk berperang dengan Anwar Ibrahim memandangkan mereka telah terlalu lama berusaha untuk merampas negara ini.

Perkara ini telah banyak kali berlaku dan antara ayat paling popularnya ialah "ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT" selain itu pertelagahan karpal dengan Nik Aziz juga telah banyak kali berlaku dan akhirnya meraka tetap bersama bersepakat dan bersepadu menggerakkan jentera mereka untuk menumbangkan kerajaan.

Amati baik-baik dan berikanlah pendapat anda pula...

*** INi hanya pendapat.. hehehhe [mohon pencerahan]...