ANWAR IBRAHIM Nikmat Malam Pertama Di Alam Kubur..


Hari ini aku ingin kongsikan artikel menarik dari sahabat aku (klik sini) yang menyebut tentang hal kematian dan ia menyedarkan aku betapa aku sendiri dan kita lupa bahawa hari itu akan tiba.. (klik sini)


"...Hari itu..kita sangat dimanjakan.. 

Mandipun..harus dimandikan.. 
Seluruh aurat badan kita di buka..
Tidak ada sehelai benang pun menutupinya.. 
Tidak ada sedikit pun rasa malu..
Seluruh badan kita digosok dan dibersihkan.. 
Kotoran dari setiap lubang, juga dubur dikeluarkan.. 
Bahkan lubang-lubang itu pun pasti ditutupi kapas putih.. 
Itulah 'susuk' kita.. 
Itulah rupa jasad kita waktu itu.. "

Bila tibanya hari itu tiada siapa yang dapat menghalangnya.. 

"...Setelah kita dimandikan..
Kita dipakaikan pula kain cantik berwarna putih.. 
Pakaian itu..jarang orang memakainya..
Pabila dipakai..kita tak dapat pula melihatnya.. 
Pakaian yang sangat terkenal bernama kafan.. 
Wangian ditaburkan ke baju kita.. 
Bahagian kepala, badan dan kaki kita diikatkan 
Tataplah..renunglah..itulah wajah kita.. 
Keranda pelamin kita terus disiapkan.."

Tetapi hari ini adakah kita mengingati bahawa kita akan disoal atas segala perbuatan kita yang kita lakukan selama ini dan mampukah kita menjawabnya?..

"...Kita bersanding sendirian..
Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga & sanak saudara.. 
Menuju ke istana keabadian sebagai simbol asal usul 
Kita diiringi langkah lemah seluruh keluarga.. 
Serta rasa haru para handai taulan 
Bacaan syahdu bersyairkan azan & kalimah zikir.. 
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahad.. 
Saksi-saksinya nisan-nisan.. yang telah tiba lebih awal.. "

Dan hari ini adakah kita bertanya kemana halanya agama kita dan apa usaha kita untuk mempertahankannya bila ia diserang di setiap pelusuk arah untuk memnusnahkannya dan jika hari itu tiba siapakah kita?... pembela (islam) atau Pemusnah (si kafir)?..



"....Siraman air mawar sebagai penghantar akhir kerinduan.. 
Dan akhirnya..tiba masa pengantin.. 
Menunggu dan ditinggalkan sendirian.. 
Untuk dipertanggungjawabkan seluruh langkah kehidupan kita.. 
Malam pertama yang indah atau meresahkan.. 
Ditemani rayap serangga & cacing tanah.. 
Di kamar bertilamkan tanah.. 
Dan selepas 7 langkah telah pergi.. 
Mungkar & Nangkir menghampiri kita lalu bertanya..
Kita tidak tahu apakah kita akan memperoleh nikmat kubur.. 
Ataukah kita akan memperoleh seksa kubur.. 
Kita tidak tahu...
Dan tidak seorang pun yang tahu.. "

Sebelum hari itu tiba.. marilah sahabat saudaraku kita kembalikan kegemilangan .. kita kembalikan keagungan.. kita kembalikan ketakwaan.. kita kembalikan keimanan.. kita kembali kepada islam.. sebelum kita kembali kepada Maha Pencipta Allah SWT.
Akhir kata, tiada niat menghina sesiapa dan tiada niat mengaitkan sesiapa cuma mengajak untuk kita sedar kita sudah terlalu jauh terpesong mengikut hawa nafsu hingga sanggup membunuh bangsa seagama sendiri.....

Jutaan terima kasih kepada sahabatku WADAH KELANA JAYA yang menulis artikel ini (klik sini) dan benarkan aku ambil sedikit untuk sebaran.

TQ: Wadah Kelana Jaya





No comments: