Showing posts with label Mesin Judi Slot. Show all posts
Showing posts with label Mesin Judi Slot. Show all posts

Judi Dan Ah Long Berleluasa, Apa Penguatkuasa Buat?




Gejala perjudian dan Ah Long sukar dibasmi kerana ahli masyarakat sendiri dikesan terlibat dalam aktiviti tersebut selain masalah penguatkuasaan yang longgar.

Perjudian khususnya, sudah menjadi masalah kronik dalam kalangan keluarga-keluarga yang berpendapatan rendah dan menjadi ibu kepada punca jenayah-jenayah lain dan ia merupakan isu yang inklusif untuk semua bangsa… kita seharusnya tidak boleh kompromi dengan menyebut bahawa ia adalah sekadar hiburan semata-mata.

Apabila kesempitan pula, kalangan keluarga-keluarga terbabit akan beralih untuk mendapat ‘pertolongan’ daripada pihak Ah Long pula..

Tiada jalan penyelesaian… hanya masalah bertimbun …

Persoalannya sekarang… Mengapakah gejala perjudian dan Ah Long ini menular dengan begitu pantas? Apakah yang sedang di buat oleh pihak berkuasa bagi membanteras gejala ini? Let’s Talk! Hari ini bersama tiga orang panel :

1) Yusof Azmi - Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
2) Ariffin Abu Bakar – Presiden Epanco Malaysia
3) Aemierulrizaki Rambli - Presiden Pertubuhan Ikatan Muafakat Amal Malaysia (IMAM)‎


KLIK LINK Untuk video penuh : http://www.mobtvlive.my/watch.php?vid=218d02fac


Kejadian Pecah Kedai Mesin Judi Bukan Peras Ugut Atau Minta Wang Perlindungan. Ketua Polis Kuala Selangor Sila Jawab!




Paparan di atas adalah penafian kumpulan remaja yang dikatakan dengan sengaja memecahkan peralatan dalam kedai mesin judi bertujuan untuk memeras ugut meminta wang perlindungan.

Sungguh memalukan Jabatan Polis Diraja malaysia (PDRM) apabila seorang Ketua Balai Polis meletakkan kesalahan dan kegagalan mereka di atas usaha orang laian yang mahu jenayah itu dihentikan.

Apa yang ada di benak Ketua Polis ini? 

Perkara pertama, kenyataan yang dibuat itu adalah sama sekali tidak benar.

Perkara kedua yang mana lebih penting ialah apa yang diulas oleh Ketua Polis itu adalah premis judi mesin yang dibuka tanpa lesen atau permit selain ia adalah satu jenayah yang wajib dibenteras oleh Jabatan Polis.

Kenyataan media Ketua Polis ini bukan sahaja memalukan IPD Kuala Selangor tetapi meletakkan maruah PDRM yang selama ni disanjung dengan pencapaian yang sangat baik ke dalam longkang.

Dimana PDRM nak letak muka bila jenayah yang terang-terang berlaku ditutup dengan mudah menyalahkan orang lain yang kononnya mahu peras ugut, samun dan sebagainya.

Bagaimana dengan kedai judi yang terus terbuka siang dan malam tak kira bulan bintang?

Perkara ini harus disiasat dan jika ada ketirisan PDRM wajib membawa mereka ini ke muka pengadilan supaya tidak memalukan Jabatan Polis (PDRM)

Ketua Polis negara wajib ambil tangjungjawab atas kebodohan Pegawai-pegawainya!

SPRM juga sila ambil peranan!

‪#‎WarisanTaskForce‬

JMM dedah 50 lokasi panas judi haram seluruh negara


KUALA LUMPUR 22 Jun - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendedahkan kira-kira 50 kawasan di seluruh negara yang dibawah seliaan Ketua Balai Polis Daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) masih mempunyai premis judi yang beroperasi secara terbuka.
Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, sehubungan itu, pihaknya telah mengemukakan laporan secara terperinci kepada pihak berkuasa integriti di bawah Jabatan Perdana Menteri berhubung aktiviti haram berkenaan di kawasan terbabit
"Kita melihat pihak berkuasa integriti amat memandang serius dan komited bagi membanteras kegiatan tersebut.
"Kami telah melaporkan premis yang masih beroperasi melibatkan kawasan di bawah seliaan 20 Ketua Balai Polis Daerah dan 30 PBT itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jelasnya, JMM melalui jawatankuasa khasnya telah mengumpul bukti berkaitan kewujudan premis judi terbabit yang sepatutnya diambil tindakan sewajarnya.
"Kami mempunyai bukti dan telah menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa integriti untuk tindakan lanjut," katanya.
Mengulas kenyataan Ketua Polis Darerah Kuala Selangor yang memaklumkan tindakan sekumpulan individu merosakkan mesin judi adalah untuk mendapatkan wang perlindungan, Azwanddin berkata, sekiranya benar kenyataan itu mengapa premis judi berkenaan dibiarkan beroperasi.
"Kami mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada pihak polis kerana sudah memulakan siasatan berkaitan kewujudan premis judi itu.
"Namun persoalannya, mengapa premis itu sudah lama dibiarkan beroperasi," ujarnya.
Tambahnya, diharapkan pihak polis turut mendedahkan siapa 'tauke' atau individu yang bertanggungjawab membuka premis judi terbabit.
"Kalau benar ada wujud premis judi, adalah lebih baik pihak polis memaklumkan apakah tindakan yang telah diambil terhadap pengusaha premis berkenaan," katanya.
Azwanddin Hamzah
Presiden
Jaringan Melayu Malaysia

#WarisanTaskForce

Presiden Filipina galak orang awam bunuh pengedar dadah


Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menggalakkan orang awam menyertai kempen anti-jenayahnya yang menjanjikan ganjaran menarik terhadap mana-mana individu yang berjaya membunuh pengedar dadah.

Pengumuman itu dibuat susulan tindakan beberapa orang pegawainya yang mula memberi ganjaran kepada mereka yang membunuh penjenayah terbabit.

“Sila hubungi kami, pihak polis atau lakukan sendiri jika anda memiliki senjata api. Saya menyokong anda,” kata Duterte dalam ucapannya yang disiarkan di seluruh negara. 

Di Malaysia hari ini kita dibebabi dengan jenayah yang lebih teruk tetapi tersusun dan berlaku secara terang-terangan yang melibatkan pegawai-pegawai penguatkuasa undang-undang iaitu judi mesin slot.

Tauke-tauke judi tidak takut keran mereka dilindungi dengan mengupah pegwai-pegawai penguatkuasa undang-undang sebagai mata dan telinga dalam perniagaan ini.

Adakah Kerajaan satu hari nanti terpaksa mengumumkan seperti ini akibat daripada kegagalan pihak berkuasa atau kerajaan sendiri membendung jenayah ini.

Mesin Judi Slot dilindungi Penguatkuasa Undang-Undang.


RASUAH

Memulakan cerita rasuah bukan mudah apatahlagi ia melibatkan orang-orang dalam agensi, jabatan dari yang berpangkat tinggi hingga ke pangkat yang laing rendah. Mereka ini kebanyakannya berkuasa menentukan sesuatu yang tidak boleh hinga boleh didakwa mengikut sesuatu undang-undang kepada boleh berlaku dengan habuan yang dipersetujui.

Kita hari ini sering dimomokkan dengan kisah 'Rasuah Politik' dan kezaliman kerajaan samada dari yang memerintah hingga yang membangkang hingga kita lupa dan leka bahwa Rasuah sebenar yang berleluasa amatlah bahaya hingga boleh merosakkan sistem kehidupan itu sendiri.

Kekayaan terus didominasi oleh si 'Pemberi Rasuah' manakala si 'Penerima Rasuah' terus menjadi Anjing, menjadi Balaci dan terus hidup dengan hasil pemberian yang tidak seberapa berbanding apa yang akan si 'Pemberi Rasuah' dapat.

MESIN JUDI SLOT

Perjudian bukan cerita baru, malah sejak zaman Tok Kaduk lagi telah ada dan diceritakan bagaimana si Pak Kaduk yang gemar menyabung ayam sampai tergadai kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.

Setiap hari hingga perjudian terus berevolusi seiring dengan kemodenan perjudia jenis 'Mesin Slot' mengambil tempat dan kuasanya amat hebat dan jaringannya amat luas. Mesin Slot ini bukan saja dimainkan di kedai-kedai judi tapi boleh juga dimainkan terus ke 'Telefon Pintar'. Kalau kita dulu boleh halang anak, sumai atau sesiapa saja tapi sekarang ianya sudah ada di tangan, di setiap rumah malah di tangga masjid mungkin sebelum menunaikan solat.

PENGUATKUASA

Apa yang kita runsingkan kini sudah ada di depan mata, di dalam rumah maka dengan itu mulalah kita membuat aduan kepada pihak berkuasa, pihak yang berwajib agar membenteras jenayah ini. Apa yang berlaku hingga kini bukannya jenayah itu berkurangan tetapi ianya terus tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Bagaimana ini boleh berlaku?

Saya bukan menuduh membabi buta tetapi realitinya memang ianya tidak akan dapat dibenteras apabila RASUAH dan PENGUATKUASA bergabung melindungi aktiviti jenayah tersebut. Kenyataan ini memang keras dan seperti yang semua tahu kenyataan seperti ini boleh didakwa kononnya memfitnah pihak berkuasa. Tetapi adakah sesiapa pergi melihat sendiri apa yang berlaku di luar sana akibat daripada segelintir PENGUATKUASA undang-undang ini?

Segelintir mereka ini tetapi merekalah yang sebenarnya diamanahkan untuk membenteras jenayah tetapi GELAP MATA kerana WANG maka Undang-undang dipersetankan!

Dalam kedai-kedai judi pasti ada saja mereka ini yang menjadi TAIK JUDI. Apa yang mereka nak benteras? Mereka TAIK JUDI, mereka dapat habuan dan mereka akan menjadi pelindung kepada Aktiviti Perjudian itu sendiri.

Itu belum dicampur yang bermain di tangan. yang bermain di dalam pejabat.

RASUAH BERTERUSAN

Maka dengan itu rasuah akan berterusan. Ada penawaran dan ada permintaan. Ini berlaku juga dalam semua perlakuan jenayah. Yang terus kaya adalah Tauke-Tauke dan yang terus miskin adalah Bangsa Melayu. 

Setiap kali serbuan dibuat berapa premis yang ditutup? berapa yang didakwa? kalau ditutup esok lusa dibuka pula yang baru kerana PENGUATKUASA inilah yang memberi laluan memberi jalan untuk Tauke-Tauke Judi terus beroperasi.

Rasuah bukan saja merosakkan Bangsa dan Agama tetapi Negara juga. Hari ini hingga ke dalam mesyuarat sulit pun isinya boleh keluar akibat ada penawaran rasuah. 

MENGHAPUS MESIN JUDI

Dalam skop kecil bertajuk Perjudian Mesin Slot, menghapuskannya adalah perkara yang mustahil tetapi mencegahnya mungkin boleh dilakukan jika ia dimulakan dengan anggota-anggota penguatkuasa itu dulu. 

Memang benar itu kehidupan mereka selepas kerja, tabie mereka tetapi dengan Akur Janji yang dibuat berteraskan Integriti maka tindakan drasti wajib diambil. Anggota-anggota Penguatkuasa Undang-Undang mestilah bersih, mestilah mematuhi garis panduan, arahan dan undang-undang itu sendiri barulah ia dengan itu membenteras jenayah seperti Perjudian Mesin Slot ini.

Mungkin fokus yang saya ketengahkan ini terlalu kecil tetapi percayalah, sebatang mancis boleh membakar seluas-luas hutan. Jangan pandang ringan.

bersambung..