BENGONG!!! HASAN ALI Gila Talak .. UMNO Pulak Yang Salah

Siapa tak kenal Hasan Ali yang pernah dipecat oleh kepimpinan PAS kerana memperjuangkan Islam, Melayu dan Raja (katanya)... Sepanjang masa selepas pemecatan itu Hasan Ali terus berjuang untuk Islam, Melayu dan Raja dengan menggunakan perbelanjaan sendiri (katanya juga)...

Walaupun dipecat secara hina Hasan Ali tidak pernah rasa marah (gila talak), sebaliknya perasaan marah itu hanyalah kepada parasit dalam parti yang kini hampir melumpuhkan perjuangan asal parti PAS itu sendiri..

Hari ini HAsan Ali mengeluarkan kenyatan (rujuk KL POS) bahawa beliau akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai UMNO, justeru beliau mahu keputusannya dihormati..

Selain itu Sambil menolak tanggapan dirinya bakal menyertai UMNO, Presiden Jalur Tiga (JATI) itu berkata beliau akan terus memastikan hasratnya dalam mengembalikan perjuangan asal PAS yang didakwanya telah terus pincang akibat penguasaan pimpinan Parasit Parti..

Mengapa timbul perkataan " tidak akan menyertai UMNO" dalam kenyataan beliau?...  Apa yang cuba atau mahu beliau katakan?.. Selama ini pun Hasan Ali tidak pernah menyebut perkataan "sokong UMNO" dalam ceramah atau roadshow yang disertainya...

Mungkin ramai yang pelik tapi tidak bagi aku kerana sejak dulu lagi perjuangan yang dibawa olehnya meragukan... Cuba tanyakan berapa ramai ahli JATI sekarang ini?... adakah dengan ahli sebanyak itu boleh dikatakan perjuangannya diterima rakyat...

Bukan niat aku untuk menghentam Hasan ali, cuma aku mahu bertanya kemanakah hala tuju pejuang IMR ini?.. Hatinya masih ada pada PAS dan pejuangannya untuk Islam, Melayu dan Raja yang sudah diketahui ramai bahawa PAS-lah yang mengkhianatinya...

Jangang salahkan parasit dalam PAS kerana sememangnya PAS mahukan parasit itu kekal berada dalam   keluarga parti bagi menjamin kedudukan untuk terus berkuasa sehingga ke mati....

Kenapa Hasan Ali membuat kenyataan yang melibatkan nama UMNO sedangkan beliau boleh menjawab "saya akan terus berjuang untuk Islam, Melayu dan Raja (IMR) tanpa melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.. atau adakah Hasan Ali tidak mendapat tempat di dalam UMNO hingga beliau mengambil keputusan untuk mencuit sedikit bagi mendapatkan perhatian?... 

Jangan salahkan aku jika aku membuat andaian begitu kerana Hasan Ali sendiri tidak konsisten dalam perjuangannya sehingga terpaksa mencuit nama UMNO ... tidak perlu menjawab begitu kerana perjuangan yang dilaungkan selama ini hanyalah untukl Islam, MElayu dan Raja dan bukannya UMNO.

Aku cuma menulis untuk mengikut kata hati aku dan jika aku salah maka hubungilah aku dan perbetulkan supaya aku boleh menulis semula disini sebagai pembetulan... 

Dan sebelum aku mengakhiri... tolong jangan gunakan ayat " saya dipecat oleh kepimpinan PAS tanpa sebab" kerana beliau sendiri tidak faham perkataan itu.... 

** Tiada bezanya PAS dan Hasan Ali dalam hal memecat tanpa sebab ini kerana mangsa pemecatan tidak dipanggil untuk bicara... (untuk mereka yang faham sahaja)....

.....Sekian.....


No comments: