Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts
Showing posts with label PRK Kuala Besut. Show all posts

BN Menang Besar di Kuala Besut - PAS Balik Terajang Husam


Barisan Nasional (BN) seperti yang dijangka berjaya mengalahkan Pas dengan majoriti undi 2,592 seterusnya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan hari ini.
Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 manakala lawannya dari Pas, Endot @ Azlan Yusof hanya mendapat 5,696 undi.
Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan DUN Kuala Besut keluar mengundi  hari ini bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu. 
Dalam pada itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut hari ini membuktikan kekuatan UMNO masih menyerlah.
Justeru itu, Perdana Menteri berkata, usaha untuk memperkukuhkan UMNO akan terus diperkasa supaya mampu menambah keyakinan rakyat terhadap BN.
"Alhamdulillah... BN telah menang di Kuala Besut dan terima kasih kepada semua pengundi di Kuala Besut yang telah menyokong BN.
"Insya-Allah kita akan tunaikan semua janji-janji pilihan raya kita," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat, ketua bahagian, Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO di Seri Perdana di sini.

PERKASA, GPMS, Majlis Belia Malaysia & PEKIDA Berniat Jahat Menghasut Pengundi Kalahkan BN di PRK Kuala Besut?


Kuala Besut - Beberapa NGO Melayu hari ini mendesak pengundi N.01 Kuala Besut kononnya untuk merealisasikan Semangat Melayu Bersatu UMNO & PAS untuk menjadikan kerusi DUN Terenganu menjadi 16:16.
Risalah tersebut dijumpai oleh penduduk yang baru pulang dari Program Futsal Anjuran Puteri UMNO Kuala Besut di Kapung Nail malam tadi.
PAS tidak akan sama sekali bergabung dengan UMNO dan istilah bersatu tidak pernah wujud dalam kamus politik PAS.
Jika benar NGO-NGO yang disebutkan dalam risalah itu mahu Kerajaan Negeri Terenganu tergantung 16:16 maka dengan segala hormatnya dialu-alukan untuk membuat kenyataan media secara terbuka.

PERKASA, GPMS, MBM dan PEKIDA harus segera membuat kenyataan media bagi membersihkan nama pertubuhan mereka jika mereka tidak telibat dalam mengedarkan risalah yang disifatkan sebagai satu kenyataan bodoh dan berniat jahat

Sumber : Nadi Rakyat Online

[VIDEO] Tangisan Ahli Keluarga Che Long Tak Setuju Che Long Bertanding Calon PAS


Ya Allah besarnya kuasamu, lihat sedniri bagaimana "Pengakuan Dengan Tangisan" ahli keluarga terapat Che Long yang tidak bersetuju Che Long bertanding sebagai Calon PAS di #PRK #Kuala Besut.

Sepupu Che Long, Wan Mohd Sulaiman Idris menceritakan bagaimana mulanya Che Long yang dari asalnya susah hingga menjadi kaya dan kemudiannya lupa pada jasa siapa yang membawanya hingga jadi begitu.

Bayangkan dari seorang yang susah diberi modal untuk buka "Kedai Kayu" kemudian ikut PAS Terengganu dapat hasil balak dan kaya kemudiannya. 

Wan Mohd Sulaiman juga menceritakan bagaimana Mok Teh (Ibu Che Long) yang selama ini dibantu oleh UMNO dan ketika itu kemana PAS yang dicanang pembela Islam No 1 di Dunia?

Che Long sebenarnya dipergunakan oleh PAS...

Lihat video:


Baca Lanjut [KLIK SINI]  dan [KLIK SINI]

Allah Pilih Tengku Zaihan Untuk Kuala Besut, Jangan Menagis, Jangan Bersedih, Beliau Berhak Untuk Itu..


Kepada yang menangis dan menghantar SMS seperti  Selamat Tinggal UMNO dan mengatakan bahawa tidak perlu lagi aktif dalam UMNO untuk menjadi calon, harap-harap dapatlah melihat antara kepentingan diri, parti dan negeri kemudian buatlah tindakan terbaik sesuai dengan segala nikmat yang telah dinikmati  sebelum ini dan perlu disyukuri kerana bukan semua impian kita Tuhan akan makbulkan dan apakah kita tidak malu dengan para nelayan dan akar umbi yang tidak hidup sewewah kita tetapi tetap setia dan berjiwa besar dalam perjuangan?

Kita berhak menangis, kita berhak rasa kecewa tetapi tidaklah sampai kita juga sanggup melihat negeri ini jatuh kepada musuh yang akan memberi laluan kepada DAP dan para kafir harbi mencorakkan politik kita dan kepada yang masih kecewa tidak terpilih menjadi calon, cukup cukuplah merajuk. Sudah tiba masanya kita bersatu hati, membulatkan tekad, berpadu tenaga untuk memastikan Kuala Besut menjadi medan penentuan mempertahankan negeri ini. Terimalah hakikat bahawa untuk menjadi pemimpin, Allah SWT telah memilih orang yang lebih berhak untuk memimpin di Kuala Besut.

Allah Memilih Tengku Zaihan jadi sokonglah beliau tanpa rasa sangsi..

Baca lanjut kisah ini [KLIK SINI]

PAS Takut Che Long Lompat Parti Kalau Menang PRK Kuala Besut, Dengan Ahli Sendiri Pun Takut?



PAS membuat satu kejutan di Kuala Besut apa bila meminta Calonnya Azlan @ Endut Yusoh melafazkan baiah akan dilaknat Allah jika melompat parti sekiranya menang.


Azlan, 48, melafazkan baiah berkenaan dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang antara lain menyebut jika beliau keluar daripada PAS dan menyertai parti lain, beliau akan dilaknat Allah dan Rasul.

Baiah itu dilafazkan sejurus selepas Hadi mengumumkan Azlan sebagai calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, di Kampung Nail, Kuala Besut, dekat sini, jam 11.55 malam. 

Baca lagi... [KLIK SINI]



"Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat - Che Long [Kontraktor Kelas A], Calon PAS Kuala Besut.


PRK KUALA BESUT - "Kalau saya menang, saya tak akan ambil elaun wakil rakyat". Ia akan dikembalikan kepada rakyat.", begitulah kata-kata Calon PAS PRK Kuala Besut yang penulis merasakan ianya terlalu sombong bunyinya.

Mungkin maksudnya baik tetapi bagi penulis jika benar ingin berkhidmat kepada masyarakat tidak perlulah untuk berkata demikian, memang semua orang di Kuala Besut tahu Che Long punya banyak wang dan ada Lesen Kelas A tetapi tidak pelulah berkata sombong dan bongkak seperti itu untuk meraih undi orang Kuala Besut.

Anwar Ibrahim pernah buat seperti itu sampai dia digelar Penasihat Ekonomi 1 Ringgit dan ternyata ianya hanyalah wayang semata-mata.

Menerima RM 1 atau tidak terima satu sen pun bukan ukurannya tetapi apa yang bakal dapat untuk menggantikan elaun yang ditolaknya itu yang menjadi persoalan, Che Long seorang peniaga dengan Lesen Kelas A bukan sebodoh itu untuk menolak bulat-bulat wang ringgit jika tidak punyai rancangan sebaliknya.

Tetapi yang paling nyata tujuan kata-kata itu untuk meraih undi, menunjukkan seoalah-olah Che Long baik sangat dan pemurah sangat.

Bukan penulis mahu menuduh Che Long yang bukan-bukan dan jika ianya tidak benar baguslah begitu, memang rakyat mahukan pemimpin yang mahu berbakti kepada masyarakat dan tanahair tambahan pula sampai sanggup mengeluarkan wang ringgit sendiri atau sampai sanggup tak menerima gaji.

Jangan marah ye Che Long, Penulis gurau-gurau je... teringing sangat nak berjumpa dengan Che Long yang pemurah ni, mana la tahu dapat bantu penulis yang kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu dapat makan.. hehehehe..

[#]