PANAS!! Wakil Rakyat PAS Minta NIK AZIZ Letak Jawatan



Nik Aziz Nik Mat yang telah terlalu lama memegang jawatan Mursyidul Am PAS dan Menteri besar Kelantan telah membuatkan ramai dari kalangan pemimpin PAS semakin marah.

Mereka kini sudah tidak takut lagi untuk mengkritik Tuan Guru mereka secara berdepan dan tidak menghiraukan tentang dosa untuk menentang Ulama Besar dalam parti itu.

Wakil rakyat PAS bagi kawasan DUN Gaal, Dr Nik Mazian Mohamed dalam satu ucapannya di Dewan Undangan Negeri Kelantan semasa membahaskan membahaskan bajet negeri secara 'lembut' telah menasihatkan pemimpin negeri yang sudah lanjut usianya untuk segera berundur bagi memberi laluan pula kepada orang muda untuk meneruskan perjuangan.

Menurut Dr Nik Mazian, amat tidak wajar bagi pemimpin yang sudah tua melepaskan 'baton' ketika lenguh di tengah jalan. Kenyataan tersebut lembut tapi sinis, jelas sekali merujuk pada masalah kesihatan yang sedang dialami oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat.

Katanya lagi, "Yang kita bimbang ialah Tok Guru sudah tua, ada sakit pula. Macam kita inilah sudah tua, ada penyakit pula. Kita akan mati, siapa yang akan mengganti, siapa yang akan meneruskan perjuangan kepimpinan kita ini, siapa ?

"Kita mesti timbulkan kepimpinan baru, muda-muda, hebat-hebat, sihat-sihat."

Ada betulnya juga kata Wakil Rakyat itu jika difikirkan memandangkan keadaan Nik Aziz yang semakin uzur dan kerap berulang alik ke hospital.

Keuzurannya itu bukan sahaja menyusahkan pemipin PAS malah boleh merugikan negeri kerana jawatannya sebagai Menteri Besar Kelantan memerlukannya aktif, sihat dan bertenaga.

Sepatutnya kesedaran ini telah timbul sejak lama dulu dan mereka tidak seharusnya takut untuk bersuara kerana Nik Aziz hanyalah manusia biasa bukannya tuhan.

Jika Nik Aziz masih berdegil mahu memgang jawatannya.. itu bermakna parti PAS akan berkubur tak lama lagi.....

Baca berita penuh disini


No comments: