Keperihatinan Pemuda UMNO untuk membantu saudara-saudara di Palestin.
Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts
Orang Melayu Dah Sedar - TSMY
| SULTAN Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Abdul Ghani Othman, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (empat kiri) dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim (kiri) ketika menyaksikan perarakan kereta berhias sempena Hari Keputeraan Sultan Johor dan Perisytiharaan Bandar Maharani Bandar Diraja di Jalan Arab, Muar, malam tadi. |
“Orang Melayu sudah sedar. Walaupun di sesetengah negeri yang kita kalah dulu, mereka menyatakan bahawa kita ada sedikit kelemahan, tetapi kita sudah cuba memperbaiki keadaan itu.
Ada perubahan
“Jika anda bertanya sama ada berlaku perubahan, ini jawapan saya: Perubahan itu dilihat dalam bentuk gerak kerja, turun padang hingga peringkat akar umbi, berjumpa pengundi dan memberi bantuan.
“Jadi sudah ada keyakinan baru bahawa UMNO adalah parti yang lebih berupaya, berbanding PAS dan PKR,” .....
JANGAN PINDAH MILIK TANAH RIZAB MELAYU - SULTAN SELANGOR

[SHAH ALAM 19 Mac - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan agar tidak ada mana-mana pihak termasuk kerajaan negeri bertindak memindahkan pemilikan tanah rizab Melayu di negeri ini kepada individu atau syarikat bukan Melayu.
Titah baginda, sebarang perkara atau keputusan melibatkan tanah rizab Melayu harus mematuhi peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Baginda bertitah, tanah rizab Melayu perlu dipertahankan kerana ia merupakan khazanah dan amanah untuk kepentingan generasi akan datang.
“Beta tidak mahu mana-mana pihak melakukan tindakan yang tidak bertanggungjawab dengan cuba memindahkan tanah rizab Melayu kepada individu atau syarikat bukan milik Melayu.
“Justeru, beta percaya Menteri Besar, kerajaan negeri dan semua kakitangan kerajaan yang terlibat dalam urusan tanah agar sentiasa berwaspada mempertahankan tanah rizab Melayu bagi memastikan tidak ada (tanah rizab) yang bertukar status," tegas baginda.
Baginda bertitah demikian pada perasmian pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi penggal ke-12 di sini hari ini. - UTUSAN
]
Subscribe to:
Posts (Atom)