KENAPA KERAJAAN MASIH BELUM MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP SYED SADDIQ?


 


Siapa yang tidak kenal mantan Menteri Belia dan Sukan kita, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, yang merupakan menteri termuda dalam sejarah Malaysia. Apatah lagi ketika ini di mana nama beliau sedang melonjak naik seiring desas-desus mengenai kehadiran sebuah parti ataupun gerakan politik yang akan dipelopori oleh golongan belia negara.


Syed Saddiq sering dilihat sebagai seorang ahli politik yang berkaliber dan berwibawa, walaupun beliau sering terpalit dengan kes-kes mengenai penyelewengan wang. Malangnya, ramai yang seolah-olah tidak mahu percaya akan kes-kes tersebut, dan melihat fakta-fakta berkaitan hanya sebagai sebuah taktik politik, terutamanya golongan liberal dan urban yang mempunyai agenda tersendiri.


Maklumlah, Syed Saddiq juga sering menampilkan diri sebagai “hero” dalam memerangi rasuah dan amalan kleptokrasi – walaupun ianya jauh dari kebenaran yang sedia ada. Kita semua ingat kelantangan beliau dalam menyebarkan fitnah tentang Datuk Seri Najib Razak, serta ahli-ahli politik UMNO yang lain, sedangkan mentor beliau Tun Dr Mahathir sendiri merupakan perasuah terbesar sejarah Malaysia.


“Hero” kita hanya mampu berdiam apabila orang ramai mahukan jawapan kepada kes-kes rasuah di bawah rejim Tun Dr Mahathir yang pertama seperti kes forex BNM, PERWAJA, dan lain-lain. Malah tidak pernah Syed Saddiq menjawap sebarang soalang mengenai kekayaan keluarga Tun M.

Kebelakangan ini, lebih banyak pula kisah buruk tentang Syed Saddiq yang terbongkar.


Antara projek utama Syed Saddiq semasa di bawah rejim Pakatan Harapan adalah untuk memperkenalkan inisiatif Youth Power – di mana lebih RM 50 juta telah diperuntukkan untuk membangunkan 222 Youth Power Club (YPC) di seluruh Malaysia, yang diikuti dengan sponsorship dari syarikat swasta. 

 

Beberapa minggu yang lepas, terbongkar pula surat yang bertarikh 6 Ogos 2019 dari Syed Saddiq kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, meminta peruntukan tambahan sebanyak RM 5 juta kepada inisiatif tersebut. 


Siapakah dalang-dalang di sebalik YPC ini selain daripada Syed Saddiq? Presiden YPC ketika itu adalah Rafiz Hakim Razali, yang juga merupakan Bendahari ARMADA di bawah pimpinan Syed Saddiq selaku Ketua Pemuda ARMADA. 


Rafiz Hakim Razali juga terpalit dengan kes rasuah pada bulan Jun yang lepas, apabila beliau ditahan oleh SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan wang tunai sebanyak RM 250 000 yang disimpan di dalam peti besi di rumah Syed Saddiq, selepas pihak SPRM mengesyaki berlakunya penyelewengan dalam akaun sayap pemuda BERSATU itu.


Adakah Rafiz Hakim Razali merupakan “fall guy” kepada pelan Syed Saddiq? Jangan kita lupa pula, peruntukkan keseluruhan sebanyak RM 55 juta itu diluluskan serta merta oleh Tun Dr Mahathir yang merupakan Pengerusi BERSATU ketika itu. Boleh diringkaskan bahawa inisiatif ini hanyalah sebuah sandiwara dalam membina sebuah tabung wang politik ataupun “slush fund” dalam menghadapi kempen dan pemilihan parti tersebut. 


Sumber - https://www.mindarakyat.net/2020/06/rupa-ada-duit-rm400k-dalam-almari.html

Sumber - https://mykmu.net/2020/06/06/skandal-armada-bersatu-siasat-kehilangan-rm250-ribu-jumpa-rm400-ribu/


Kita tidak lagi mendengar apa-apa tentang inisiatif YPC – lenyap dengan begitu sahaja. Semua sedia maklum bahawa Syed Saddiq tidak disenangi oleh golongan akar umbi BERSATU – adakan wang sogokan yang dikumpulkan ini mempunyai tujuan asal untuk meraih sokongan dan membeli undi ahli parti? 

Di manakah semua duit itu sekarang ini?


Adakah semua telah diserahkan kembali kepada Kerajaan Perikatan Nasional, ataupun semua diam sahaja? Apabila terbongkar, Bendahari pula yang disalahkan? Kenapa tidak ada  sesiapa yang didakwa di mahkamah sampai sekarang?

 

Sumber - https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2020/03/30/peti-besi-syed-saddiq-hilang

Sumber - https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/06/585644/sprm-siasat-kes-hilang-duit-milik-syed-saddiq


Bagaimana pula dengan kes RM250,000 yang hilang atau “telah dihilangkan” dari rumah bekas menteri itu. Kenapa kes ini yang berlaku sejak Mac 2020 dah hampir 6 bulan dah disiasat oleh PDRM dan SPRM tetapi masih tak ada apa-apa tindakan yang diambil. 


Mengapa agensi-agensi kerajaan seolah-olah tidak mahu atau sangat lambat untuk bertindak?


ADAKAH SYED SADDIQ SUDAH MEMBUAT “PERJANJIAN” DI KORIDOR-KORIDOR PUTRAJAYA DAN SEDANG DIBERI “PERLINDUNGAN ” OLEH KUASA YANG MEMPUNYAI PENGARUH DI PUTRAJAYA?

  

Namun, kita harus bersyukur masih ada lagi di kalangan kita yang ingin tindakan untuk diambil di atas taktik politik kotor dan tidak bermaruah sebegini. Sebuah laporan polis telah difailkan pada 15 September 2020, dan saya harap lebih ramai lagi di antara kami rakyat marhaen akan membuat perkara yang sama. 


Kami mahukan keadilan dan mahu melihat Syed Saddiq dan kuncu-kuncunya jika bukit sudah cukup didakwa di mahkamah. Kami sudah hilang sabar dengan kerajaan kerana selalu lambat bertindak dalam kes-kes begini. 


Syed Saddiq sudah seringkali menipu rakyat dengan talam dua muka beliau. Seorang politikus yang hipokrit sebegini sememangnya tidak layak untuk memimpin rakyat dan belia negara tercinta ini, apatah lagi diberi platform untuk agenda politik beliau. 


Di saat mentor beliau tergamak untuk memberitahu rakyat Malaysia supaya bekerja keras, mengikat perut, dan jangan iri hati dengan golongan elit dan kaya raya – beliau sempat meminta dan mendapat wang sogokan politik dengan mudahnya.


Adakah ini masa depan bagi anak muda negara kita, yang akan dipimpin oleh sang penyangak hipokrit?Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga – semoga balasan yang setimpal akan ditimpa oleh Syed Saddiq. 


JIKA KERAJAAN TERUS BERDIAM DIRI, MAKA RAKYAT AKAN MULA BERPENDAPAT YANG KERAJAAN HARI INI INGIN MELINDUNGI SEORANG PENIPU DAN PENCURI DUIT RAKYAT. ADAKAH INI JAWAPAN MENGAPA KERAJAAN MASIH BELUM MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP SYED SADDIQ?

 

Sumber - https://suaramerdeka.com.my/siasat-rm50-juta-dana-youth-power-club/

KENAPA KERAJAAN MASIH BELUM MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP SYED SADDIQ? KENAPA KERAJAAN MASIH BELUM MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP SYED SADDIQ? Reviewed by Aemierulrizaki on 5:53 pm Rating: 5

No comments

terkini