Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

ULTRAS MALAYA SUDAH JADI PARTI POLITIK AMANAH


Apa sudah jadi dengan Ultras Malaya sampai dipergunakan oleh parti politik seperti Amanah. Siapa budak ini untuk bercakap menggunakan nama Ultras Malaya?

Kita tahu Amanah tidak popular dan tidak mendapat sokongan rakyat. Menggunakan nama Ultras Malaya yang sedang trending kerana tidak mahu turun ke stadium untuk perlawanan akhir Malaysia menentang Indonesia merupakan jalan mudah untuk membawa masuk orang ramai masuk ke laman sosial milik mereka.

Dengan cara itu Amanah menggunakan isu pembelian tiket sebagai senjata menyalahkan kerajaan kononnya gagal menyediakan tiket yang cukup dan tiada jualan tiket online.

Masalah ini adalah masalah setiap kali perlawanan bola yang besar tetapi menggunakan nama Ultras Malaya untuk kepentingan politik peribadi mereka adalah salah dan memalukan Ultras sendiri.

Dimana penyokong Ultras yang dikenali dengan sifat gila-gila? Sanggupkah Ultras dijadikan alat politik bodoh parti politik terbuang ini?

Siapa jurucakap yang begitu berani melibatkan Ultras dalam politik bodoh Parti Amanah Negara kendalian Mat Sabu?

Mana Ultras Malaya? 




Sorakan Gempita Untuk Najib | Pembukaan Sukan SEA Paling Epik | KL2017.



Status yang dimuatnaik oleh cybertoopers pembangkang mengatakan PM Najib telah di "booo"oleh pengunjung stadium semasa upacara Pembukaan Sukan SEA 2017 adalah amat memalukan.

Perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Ketika tanyangan video, apabila muncul sahaja kelibat beliau.. Gamat gempita sorakan di stadium. Sukan menyatukan semua.

Tahniah PM, Tahniah KJ. Tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia.

Mahathir Hanya Umpan Kerakusan anak Muda Armada.


Setelah melihat kejadian kerusi dan bom suar terbang di program #NothingToHide semalam, saya berpendapat Mahathir telah dijadikan umpan oleh orang-orang berkepentingan dalam Pakatan Pembangkang untuk memburukkan nama UMNO.

Nasihat saya kepada "Pencinta Mahathir", kalau benar sayangkan Mahathir ingatlah ada ramai "bangsat-bangsat" di luar sana yang nampak orang tua itu boleh digunakan dengan mudah memandangkan matlamat mereka sama.

Matlamat Mahathir ialah menjatuhkan Najib dari kerusi Perdana Menteri manakala matlamat mereka pula adalah untuk berkuasa, mengumpul harta dan merampas negara. Jika tercapai Mahathir akan tersenyum puas dan kemudian mati dengan aman tetapi selepas itu negara sudah jatuh ke tangan perompak dan Mahathir tiada kaitan dengan itu.

Sekarang inipun lihat sajalah macam-macam kes rasuah yang mereka terlibat. Adam rosly Ampang jadi kaya-raya selepas masuk PKR, Zuraidah Ampang lihat kayanya bagaimana?, Azmin MB dengan gila kuasanya, EXCO-EXCO Kerajaan negeri yang menyamun tanpa henti, EXCO DAP yang baru ditahan atas laporan ADUN PKR sendiri di Penang, Wan Azizah dan anak-anak yang politikya mahu keluarkan Anwar dari penjara dan bermacam-macam lagi. Itu tidak termasuk dengan parti baru yang huru hara.

Bagaimana rakyat boleh percaya mereka ini boleh memimpin negara dan boleh menyelesaikan masalah yang rakyat hadapi sekarang?.

Semua mereka itu hanya mahu mengambil peluang dan Mahathir boleh jadi umpan yang murah tak perlu bayar.

Oleh itu, kebodohan dan kelemahan Ketua Armada yang menganjurkan program semalam tidak boleh dimaafkan. Jika apa-apa terjadi kepada Mahathir semalam adakah Armada mahu bertanggungjawab?.

Sesiapa saja boleh buat kacau. Letak bom atau bakar bangunan dan kecederaan, kematian, kerosakan harta benda tidak dapat dielakkan. Puncanya siapa? Taruhannya apa? dan hasilnya apa?.

Meletakkan kesalahan kepada UMNO tidak ada gunanya jika pemimpin kesayangan anda menjadi mangsa permainan politik kotor anak-anak muda bodoh ini.

Negara ini cukup aman. Kalau sudah pilihan rakyat mahu menjadikannya seperti Iraq, Afghanistan, Rohingya di Myanmar, Syria, Mesir dan lain-lain maka apakan daya lagi. Teruskan jika mahu dan kalau itu pilihan untuk mengembalikan kononnya digelar "EKONOMI RAKYAT".

#B1RiG.

Adakah Anwar Ibrahim benar pesalah peliwat negara atau hanya mangsa kerakusan politik Mahathir




Berikut adalah soalan salah serorang peserta kepada Mahathir.

Ada orang cabar saya datang.Dan saya datang sorang.Wife dengan anak2 tunggu dalam kereta.

Saya membesar mempertahankan Tun M.Saya hilang sedara & kawan-kawan kerana mereka pula mempertahankan DS Anwar Ibrahim kononnya DS Anwar Ibrahim mangsa politik rakus Tun M.


Saya bertanyakan soalan mudah pada Tun M.Rakyat Malaysia nak tahu jawapan kpd soalan2 ini!

1.Adakah Ds Anwar Ibrahim benar2 pesalah peliwat negara ataupon beliau hanya mangsa kerakusan politik Tun M mempertahankan kuasa?

2.Jika benar Ds Anwar Ibrahim Peliwat Negara adakah Tun M bersetuju mengangkat beliau sebagai PM sekirangan Pakatan Harapan menang sedangkan dahulu Tun M juga yg kata takkan lah kita nak seorang peliwat dan gila seks menjadi Perdana Menteri.

TUN tak menjawab soalan saya malah pusing cerita.Tun kata DS Anwar Ibrahim pon tak tanya soalan tu.

Buang masa saya hadir program dimana Tun M penakut nak jawab soalan.Kononnya Nothing To Hide.

Selesai Tun M menjawab saya keluar dewan.Baik saya spend time dengan keluarga dari buang masa layan orang tua kuat pusing cerita.

PM mmg tak perlu dtg program begini. Saya dtg pon Tun M tak jawab soalan saya.

-Fariz Hadi-
#LawanDAP
#EverthingHide2.0

MAHATHIR DIBALING KERUSI DAN LETUPAN SUAR KERANA SOALAN PEMBUNUHAN DI MEMALI




Program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung hari ini telah mengakibatkan "KEMALUAN" yang amat besar buat Mahathir apabila ditanyakan soalan tentang "pembunuhan" berlaku pada 19 November 1985 di kampung Memali, Baling, Kedah. Insiden ini mengorbankan 14 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang.

Dalam video ketika Mahathir cuba menjawab, tiba-tiba kelihatan kecoh dibelakang dewan bermula dengan "kerusi terbang" dan kemudian diikuti pula "letupan suar" membuatkan dewan jadi huru-hara.


Dewan kecil saja dan orang tidak ramai. Pasti orang yang memulakan kekecohan itu dapat ditangkap. Namun sudah pastinya insiden ini akan dikaitkan dengan UMNO kerana itu memang telah menjadi budaya dan taktik pihak pembangkang dalam negara ini.

Bagi saya, UMNO tidaklah begitu bodoh untuk mengganggu majlis tersebut kerana sudah tahu siapa yang berada di dalam dewan (lebih layak dipanggil kandang) itu. Mereka ini jenis manusia yang tidak bertamadun, jadi tak hairanlah akan berlaku perkara sedemikian.

Yang pastinya hari ini, Mahathir tetap kelihatan bodoh kerana terpaksa menjawab soalan berkaitan "Peristiwa Memali" yang dicetuskannya 35 tahun lalu. Saya pasti soalan ini akan mengekorinya didalam program-program yang lain.

#B1RiG

KKM BELI AMBULANS RM400 JUTA ADALAH TIDAK BENAR.


Kenyataan akhbar yang mendakwa perolehan ambulans KKM bernilai sehingga RM400 juta adalah tidak tepat sama sekali.

Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Min menjelaskan bahawa perolehan kenderaan ambulans sebanyak 500 buah adalah berjumlah RM225.2 juta sahaja dimana separuh daripada ambulans ini adalah jenis ambulan spesifikasi penuh yang dilengkapkan dengan peralatan perubatan terkini, antaranya seperti Advance Cardiac Care Device, Portable Ventilator, Portable Medical Suction Unit, Foldable Stretcher with Safety Belt, Syringe Perfusion Pumps dan Vital Sign Monitor.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa sejak tahun 2010, sebanyak 925 buah ambulans telah diperoleh dengan nilai hampir RM389 juta.

Dalam keyataan medianya beliau turut berharap agar fakta sebenar tidak diputarbelitkan bagi mengelirukan rakyat.

Terdahulu, tular netizen mempertikaikan harga perolehan ambulans tersebut yang dikatakan terlalu tinggi berbanding harga perolehan pada tahun-tahun sebelumya.

Mahathir Mamak Tongkang Kata India Penyokong PAS, Mahathir Bukan Keturunan Melayu.




"Hey ini Mamak Tongkang saya nak tanya dia.. dia sebenarnya dia sendiri pun pengknianat bangsa.. saya berani berdebat dengan dia.. dia adalah pengkhianat bangsa keturunan india.. dia mana ada hak nak cakap pasal orang melayu..."

Kata seorang India dalam video dibawah yang dimuatnaik di Youtube apda tahun 2011.


Video: Singh BMS 7 Pembuli Jalan Raya Buli Pelancong Asing dan Buli Warga Emas





Video kes buli jalanan tersebar sejak semalam di media sosial melibatkan sebuah kereta SUV berwarna putih, nombor pendaftaran BMS 7 dalam dua kejadian berasingan.

Video pertama dapat dilihat pemandu SUV tersebut sengaja menghalang sebuah kereta yang dipandu oleh sebuah keluarga warga asing di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Manakala sebuah video terbaru pula suspek dilihat bergaduh dengan seorang warga emas dan melanggar kenderaan warga emas tersebut sebelum melarikan diri.

Dari siasatan pengguna media sosial suspek memiliki sembilan saman trafik dengan pelbagai kesalahan jalan raya.

Netizen mengharap Jabatan Pengangkutan Jalan (PJP) perlu membatalkan lesen memandu pemilik kereta BMS 7 supaya tiada orang lain menjadi mangsa.

Bimbang Kedudukan Golongan LGBT di Malaysia, Siti Kasim Minta Kerajaan Banteras Ulama


Malaysia adalah sebuah negara Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Dan Malaysia menolak sekeras-kerasnya hak kebebasan golongan LGBT.

Negara ASEAN masih memegang utuh adat ketimuran dan tidak menerima perkahwinan sesama jantina. Walaupun sebahagian besar kita tidak bersetuju dengan LGBT, ada segelintir yang menerima golongan ini.

Terbaru, Siti Kasim memberikan kenyataan bahawa secara amnya rakyat Malaysia menerima golongan LGBT.

Tapi dengan adanya golongan alim ulama, golongan LGBT mungkin dalam bahaya. Dan berkemungkinan dilayan teruk seperti di Indonesia.

Golongan LGBT dalam bahaya.


Siti Kasim berkata kepada menara.my masyarakat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT. Namun, jika ‘golongan kononnya warak’ diberi kuasa, ia akan memberi risiko kepada golongan LGBT dan Melayu liberal sepertinya.
Siti Kasim mendakwa golongan pondan dan mak nyah ada kemungkinan tinggi untuk diberkas sebab ada undang-undang Syariah yang melarang lelaki untuk berpakaian seperti wanita.

Tetapi di Kuala Lumpur, walaupun mereka dikenali sebagai golongan pondan, mereka tidak boleh diberkas melainkan mereka didapati melakukan perbuatan yang tidak bermoral.

Banteras puak-puak ulama.


Siti Kasim merasakan Malaysia ada potensi untuk mengikut jejak langkah negara jiran iaitu Indonesia yang kini tengah giat membanteras golongan LGBT yang semakin berleluasa.

Inilah trend yang saya lihat di Malaysia. Sekiranya pihak kerajaan kita tidak membanteras puak-puak warak yang tidak siuman gila kuasa ini, negara kita akan turut melakukan yang sedemikian.

Siti Kasim sebelum ini pernah membuat kenyataan kepada masyarakat bukan Islam agar mereka membiak bagi menghasilkan lebih ramai orang bukan Islam. Ini bertujuan untuk mereka bangkit berjuang bersama dengannya untuk menentang kesemua orang Islam yang menyokong usaha pemerkasaan kedudukan Mahkamah Syariah dalam negara dan mendakwa Tuhan dihasilkan dari getaran dari dalam diri seseorang.



VIDEO GADUH BESAR: PPIM TARIK KERETA DALAM GARAJ INDIA



SERAMAI 23 pemilik kereta yang mendakwa menjadi mangsa penipuan syarikat pajakan kenderaan berkumpul di premis simpanan kereta Jalan Sungai Sekamat, Kajang bagi menuntut semula kereta mereka yang ditemui di lokasi berkenaan hari ini.


Usaha bermula pada 11 pagi diketuai Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Yusuf Azmi yang membawa semua 23 mangsa ke sebuah pusat penyimpanan kenderaan yang menempatkan semua kereta mangsa sejak beberapa bulan lalu.

Yusuf ketika ditemui berkata, pihaknya telah mendapatkan perkhidmatan trak tunda untuk membawa kereta terbabit bersama pemiliknya ke lokasi yang telah dipastikan atau balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutkan.

"Bagaimanapun usaha kami sedikit kesukaran apabila pekerja syarikat trak tunda tiba-tiba enggan menunda kenderaan berkenaan walaupun pemiliknya ada bersama kerana mendakwa diugut pekerja syarikat pajakan terbabit.

"Keadaan itu membuatkan PPIM terpaksa menggunakan perkhidmatan trak tunda di luar kawasan ini dan sehingga kini jam 6 petang kami berjaya mengeluarkan sebuah Proton Exora mangsa sementara kira-kira 10 trak tunda lain dalam perjalanan ke lokasi untuk menarik baki 22 lagi kenderaan," katanya.

Khamis lalu, Harian Metro melaporkan PPIM menerima lebih 500 aduan mengenai penipuan syarikat pajakan kenderaan didalangi lelaki bergelar Datuk Seri.

Ketua aktivisnya Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata, modus operandi digunakan ialah sambung bayar menerusi satu perjanjian yang sebenarnya tidak membawa nilai apa-apa.

Menurutnya, pemilik kenderaan dijanjikan bahawa kereta yang mereka pajak itu mempunyai penyewa dan mereka tidak akan mempunyai masalah pembiayaan dengan institusi kewangan.

Bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila pemilik kenderaaan akhirnya menerima notis dari bank memaklumkan terdapat tunggakan bayaran bulanan sehingga tujuh bulan.

JIKA ADA SEBARANG ADUAN ATAU PERTANYAAN,SILA HUBUNGI:

Alamat: 33D-04-4 Comersial Unit Villa Puteri, Jalan Tun Ismail 50480, Kuala Lumpur
Hotline: 019 913 0000 / 013 788 6666 / 013 220 1565
Office: 03 4050 4454
Blog: utkppim@blogspot.com
Instagram: utk.ppim
Facebook: fb.com/utkhasppim fb.com/yusufazmiPPIM
Biro Kawal Selia Umrah:
Ustaz Abd Halim - 010 600 1415

Biro Unit Tindakan Khas PPIM
(Risk Group Management & Consultancy)
(002375581-T)
Email :utkppim@yahoo.com









Tangkap perogol lepaskan tauke judi


Bersangkutan kes rogol juruwang kedai judi yang tular di media sosial apakah tindakan susulan pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) terhadap kejadian tersebut?

Kejadian berlaku di dalam kedai judi tetapi kita tidak tahu apakah yang jadi atau ulasan mengenai kes tersebut (tempat kejadian) selain perogol yang dikenalpasti.

Saya bukan mahu menenggelamkan kegiatan jenayah yang berlaku tetapi punca berlaku, tempat berlaku adalah kedai judi yang salah disisi undang-undang namun PDRM hanya pejam mata. Berlambak kedai judi diseluruh negara terutama di kawasan bandar yang selama ini dipejam mata dari tindakan pihak berkuasa samada di pihak PDRM mahupun pihak berkuasa tempatan (PBT)

Mungkin kata kita penjaga atau juruwang kedai judi in bukan warganegara kita atau bukan pekerjaan yang baik tapi ketahuilah dari pusat judi inilah berputiknya penjenayah dan tempat berkumpulnya penjenayah tanpa kita sedari.

Terpulang kepada pihak PDRM dan PBT samada mahu terus berdiam diri kerana mendapat habuan dari perniagaan ini tetapi percayalah hinga satu hari nanti pasti akan berlaku sesuatu kepada diri dan keluarga kita kerana kegagalan kita menangani jenayah terancang dan terlindung ini.

Polis saman basikal, kedai judi lepas tangan


JOHOR BAHRU hari ini, Polis menahan sekumpulan 13 remaja yang menunggang basikal ‘jempol’ (basikal yang diubah suai) secara berbahaya di Jalan Denai 44, Taman Bukit Jaya petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang, polis menahan kesemua kanak-kanak dan remaja terbabit serta me­rampas 15 buah basikal.

Siasatan yang dilakukan men­dapati kesemua 15 basikal yang dirampas sudah diubah suai dengan tidak mempunyai brek yang boleh membahayakan penunggang dan pengguna jalan raya lain.

Kesemua basikal itu disita manakala sekumpulan penunggang basikal jempol itu ditahan mengikut Seksyen 112 (3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut dijalankan mengikut peraturan 42 (1)(a) LN 166/59 kaedah-kaedah lalu lintas 1959 kerana mengubah suai basikal.

Paling menarik, pihak Trafik JBS turut mengambil tindakan mengeluarkan sejumlah 13 saman mengikut peraturan yang sama terhadap 13 kanak-kanak dan remaja berkenaan.

Saya mengucapkan tahniah kepada pihak polis Johor kerana berusaha bersungguh-sungguh untuk memastikan keselamatan kanak-kanak ini terjamin serta memastikan sejarah rempuh basikal tidak berulang lagi.

Tetapi saya berasa keliru dimana Polis Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) dan adakaha mereka ini buta tuli sehinga tidak berjaya menjalankan tugas mengesan dan menutup pusat-pusat judi yang berselerakan di seluruh negara ini terutamanya di bandar-bandar besar.

Sehingga hari ini pusat-pusat judi ini buka dengan megahnya mengheret anak-anak melayu termasuk dari kalangan kanak-kanak bermain judi.

Adakah bermain basikal, mengubahsuai basikal, motor dan kereta sahaja yang salah dalam negara ini? Adakah kegiatan judi, maksiat an kongsi gelap halal dalam negara ini?

Di sinilah yang dikatakan "lawak" bilamana kes-kes yang tidak mendatangkan keuntngan kepada pihak berkuasa akan dibanteras habis-habisan manakala kes yang mengenyangkan dan membuncitkan perut tidak pula dibanteras dengan bersungguh-sungguh.

Saya bukan anti polis tapi saya jijik dengan perangai polis yang buta! kedai judi disekitar balai Polis pun tak mampu dibanteras!

Baca berita sumber: https://www.utusan.com.my/berita/jenayah/13-remaja-ditahan-tunggang-basikal-8216-jempol-8217-1.475650


Diana dan Zairil berpeluk cium di restoran. Cuba tengok betul ke tak?







Inilah pemimpin yang dipilih oleh rakyat Malaysia. Sebab nak tumbangkan kerajaan UMNO BN adalah untuk tujuan beginilah. Supaya jantan dan betina bebas melakukan apa sahaja termasuk bersetubuh di perhentian bas. Malaysia akan bebas bila DAP memerintah. Tahniah kepada bakal pengundi DAP, PAN, PKR, PBR dan PAS kalau mereka sertai pakatan pembangkang.

Azan 5 Kali Sehari, Masjid/Surau Perlu Minta Kebenaran Penduduk


Ramai marah pada gadis ini yang mencadangkan supaya Masjid atau Surau yang mahu dalam jarak 50 meter daripada kawasan perlulah mendapat kebenaran penduduk kerana rumah ibadat ini akan Azan 5 kali sehari.


Oh Bulan menulis, Statement ini adalah respond Azira kepada berita Kerajaan Negeri Selangor. Di mana kerajaan Selangor nak perketatkan syarat-syarat pembinaan rumah ibadat bukan Islam.

Bukan itu saja, Azira juga menyatakan budaya kebencian, pergaduhan dan sikap tak bertoleransi adalah budaya yang diimport dari negara Arab ke dalam masyarakat. Ini semua gara-gara terlalu ramai pelajar Malaysia yang sambung pengajian di sana.

Azira Aziz juga mengatakan umat Islam Malaysia terpengaruh dengan budaya Arab yang dibawa masuk oleh tenaga pengajar kebanyakannya graduan dari negara timur tengah. Tambahnya lagi, Malaysia akan lebih aman jika dari dulu kita limitkan menghantar dan mengambil tenaga pengajar dari rantau Arab.


“Mengapa kita terikut sangat budaya Arab?”Screen Shot 2017-04-12 at 11.43.37Screen Shot 2017-04-12 at 11.43.44Screen Shot 2017-04-12 at 11.43.55Screen Shot 2017-04-12 at 11.44.09Screen Shot 2017-04-12 at 11.44.18

Salah siapa?

Bukan salah gadis ini, bukan juga salah Cina-Cina Komunis DAP yang selama ini mengganggu Islam tetapi salah kita sendiri "Orang Melayu Islam" yang memberi ruang kepada mereka untuk berbuat sesuka hati.

Mereka terlalu berani kerana mereka telah menghidu bau kemenangan, mereka rasakan semakin hampir untuk bangsa-bangsa mereka memerintah negara kita ini.

Maka dengan itu kumpulan-kumpulan liberal agama, penagih seks sejenis, manusia songsang, penjenayah dan yang sealiran dengannya tidak rasa takut untuk kehadapan menghina, mencaci maki, menghasut, melakukan keganasan kerana mereka tahu negar ini akan jatuh ke tangan mereka.

Saksikanlah sekarang apa yang berlaku.

Inilah segala isi perut yang sedang dibawa oleh politik pembangkang yang bergabung dalam negara ini. Mereka kaut dan telah apa sahaja masuk ke dalam perut kebulur politik mereka yang digunakan untuk memberi tenaga kepada gerakan menjatuhkan kerajaan. 

Segala macam jenis benda busuk itu memang sudah lama menanti. kali ini mereka bebas bercakap apa saja mengenai agama yang mereka bawa, mereka boleh melakukan seks sejenis lelaki dengan lelaki - perempuan dengan perumpuan dan kedua-duanya sekali, mereka bebas untuk minum arak waima di dalam masjid sekalipun, mereka bebas untuk melakukan jenayah, mereka bebas mengaut kekayaaan hasil judi dan pelacuran, mereka bebas melakukan apa sahaja perkara yang mereka mahu dan buktinya lihat saja ketika ini.


Lihat gadis itu dengan kebijaksanaannya mempersoalkan segala tentang islam, dia boleh mencadangkan supaya masjid atau surau wajib mendapat kebenaran penduduk dulu sebelum dibina. Sejak bila "Panggilan Allah" ini mesti dapat kebenaran dari makhluk yang diciptakannya?. Siapa sembah siapa?

Siapa dibelakang mereka-mereka ini? Siap restui perjuangan mereka? Siapa beri dana mereka bergerak? 

Jawapannya adalah parti yang mereka sedang dukung sekarang. DAP!!


Kemuka rayuan jika gagal saringan BR1M - LHDN


Pemohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang layak tetapi tidak diluluskan agar mengemukan rayuan mulai bulan hadapan dengan melampirkan bukti pendapatan saran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sumber dalaman kepada LHDN berkata punca utama sebilangan besar permohonan itu ditolak adalah disebabkan kegagalan pemohon terutamanya golongan peniaga mengemukan bukti pendapatan mereka.

Kata beliau lagi, keputusan tersebut dibuat untuk mengurangkan jumlah pemohon dengan maklumat gaji palsu, selain memastikan bantuan itu disalurkan hanya kepada golongan berkelayakan.

“Saya percaya, tindakan kita (tidak meluluskan permohonan BR1M) tidak disenangi banyak pihak, tetapi kita buat untuk pastikan pemohon yang betul-betul layak sahaja terima BR1M.

“Tahun lalu sahaja, banyak aduan yang diterima apabila peniaga dan mereka yang bekerja sendiri tak declare (isytihar) pendapatan mohon BR1M dan kemudian lulus.

“Tahun ini kita perketatkan. Jadi pemohon yang tak lampirkan bukti pendapatan memang kita tak luluskan,” kata beliau.

Tambah beliau, golongan peniaga yang layak namun permohonan ditolak, boleh berhubung dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi mendapatkan pengesahan pendapatan dan melampirkannya dalam rayuan mereka.

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa peniaga yang dikesan mempunyai keuntungan bulanan melebihi RM4,000 semasa proses pengesahan pendapatan akan dipaksa membayar cukai kepada LHDN, seperti tular di media sosial.

“Ramai percaya kononnya pengesahan pendapatan SSM itu sebagai kaedah LHDN buru peniaga yang buat untung lebih RM4,000 untuk kenakan cukai.

“Sesebuah perniagaan itu akan ditentukan sama ada dikenakan cukai atau tak selepas ditaksirkan dahulu, bukan setakat dapat untung lebih RM4,000 sebulan terus kena cukai.

“Saya harap sesiapa yang rasa dia patut dapat BR1M tetapi tidak lulus itu, jangan takut untuk buat rayuan bulan depan,” katanya lagi.

Isu mengenai permohonan BR1M tidak diluluskan menjadi topik hangat di media sosial semalam.

Sebilangan pemohon mendakwa alasan LHDN tidak meluluskan permohonan mereka adalah disebabkan tiada pengesahan pendapatan dari SSM.

Kekuatan Islam Perlu Dipertahankan, PAS Sasar Tawan Empat Negeri


ALOR SETAR - Pas perlu mengukuhkan kedudukan dengan mempertahankan Kelantan selain kembali  memerintah Terengganu dan Kedah, termasuk menerajui Selangor serta memperoleh sekurang-kurangnya 40 kerusi parlimen.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun sukar  beroleh majoriti 112 kerusi namun Pas berasa bertanggungjawab mempertahankan Islam dan memastikan Islam memerintah negara ini.

“Jika kita berjaya, baharulah Umno tidak angkuh atau sombong seperti dahulu, selain membolehkan berlakunya perubahan politik dalam negara,” katanya pada Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut, kelmarin.

Menurutnya, ketika itu Pas menjalin tahaluf siyasi bersama pembangkang hampir menumbangkan BN apabila memenangi 89 kerusi parlimen.  Pas  21 kerusi, PKR (30) dan DAP (38).

Katanya, wujud keadaan tidak seimbang dalam kedudukan politik dan jumlah kerusi Islam menyebabkan Pas melakukan muraja’ah semula terhadap tahaluf siyasi.

“Mungkin ada yang tidak menyedari kedudukan 89 kerusi pembangkang itu. Ini perlu difahami,  daripada 89 kerusi pembangkang, 39 adalah Islam dan 50 bukan Islam. Ada cadangan untuk lakukan undi tidak percaya untuk ubah kerajaan,” katanya.

Menurutnya, dengan menambah 30 kerusi bukan Islam dari BN, maka kerajaan boleh dijatuhkan sekali gus membentuk kerajaan baharu  dengan kedudukan Islam 39 kerusi dan bukan Islam 80 kerusi.

“Pas bukan bersikap perkauman namun realiti di negara ini yang harus kita akur, Islam merangkumi 65 peratus, Cina (25 peratus) dan India serta lain-lain (10 peratus), ia Siyasah Syar’iyyah yang perlu difahami,” katanya.

Abdul Hadi berkata, adakah wajar bagi kerajaan diperintah oleh Islam dengan 39 kerusi, di mana kerusi bukan Islam memiliki jumlah yang lebih besar?

“Ini tidak tepat, asas bangunan apa yang kita mahu letak di atasnya? Mereka yang tidak faham itu menubuhkan Amanah, manakala Tun Dr Mahathir Mohamad hanya mahu mempertahankan kedudukannya tanpa mempedulikan Islam,” katanya.

Abdul Hadi berkata, Mahathir pernah melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya semata-mata mahu menyingkirkan Pas, apabila menjadikan jumlah pengundi mencecah 120,000 dalam satu parlimen di Kedah, Terengganu, Kelantan dan utara Perak, berbanding di Johor sekitar 20,000 sahaja.

Mengenai pindaan Akta 355, Abdul Hadi berkata, pindaan pindaan adalah untuk memperkasa bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Katanya, isu melibatkan kepentingan umat Islam perlu diberikan lebih masa untuk difahami semua pihak.

Myanmar beri kelulusan Flotilla masuk Sittwe


PETALING JAYA - Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata kerajaan Myanmar telah memberi kebenaran kepada misi kemanusiaan 'Food Flotilla for Myanmar' untuk memasuki Sittwe di wilayah Rakhine.

Katanya kapal flotilla akan berlabuh di pelabuhan di Yangon dahulu untuk memuatkan bantuan ke atas lori-lori untuk dibawa ke Sittwe melalui jalan darat yang akan mengambil masa dua hari.

"Wakil kerajaan Myanmar akan bersama-sama kita di Yangon. Kemudian kapal flotilla akan meneruskan perjalanan ke Sittwe melalui jalan air dan dijangka tiba di Sittwe dalam masa tiga ke empat hari.

"Kita akan berada di Sittwe selama dua hari untuk mengagihkan bantuan kepada masyarakat Rohingya di situ," katanya kepada wartawan selepas menutup kursus keselamatan Misi Flotilla ke Myanmar, di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya hanya 100 orang sukarelawan sahaja yang dibenarkan untuk turun mengagihkan bantuan di Sittwe bagi kedua-dua hari tersebut.


Menurut Abdul Azeez, flotilla kemudiannya akan meneruskan pelayaran ke Teknaf, Bangladesh, dari Sittwe bagi memberikan bantuan kemanusiaan kepada kira-kira 150,000 pelarian Rohingya di situ.

Katanya misi itu telah mendapat kelulusan daripada kerajaan Bangladesh untuk flotilla berlabuh di Teknaf melalui maklumat yang disampaikan oleh pasukan peninjau KP1M di Bangladesh.

"Kita sekarang sedang menunggu kepulangan pasukan peninjau dari Myanmar dan Bangladesh untuk membawa surat kelulusan rasmi daripada kedua-dua kerajaan," tambahnya.

Misi 'Food Flotilla For Myanmar' dianjurkan oleh KP1M, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Turkiye Diyanet Vakfi ( TDV) dan dijangka belayar dari Pelabuhan Klang ke Myanmar pada 3 Feb depan.

Menggunakan Kapal Nautical Aliya, misi itu akan membawa 226 aktivis dan sukarelawan ASEAN dan antarabangsa serta 1,500 tan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada masyarakat yang terjejas di Rakhine, barat Myanmar. –Bernama

BR1M diteruskan dan GST akan diganti dengan cukai lain jika pembangkang menang PRU-14


Jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan diteruskan, kata Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pendirian terbaru Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu bertentangan dengan kenyataannya sebelum ini bahawa BR1M itu adalah 'rasuah'.

Namun, katanya pemberian bantuan itu akan dilakukan mengikut undang-undang yang lebih telus.

"Jika dipersetujui oleh rakyat BR1M akan dijadikan bantuan 'statutory' yang ditentukan oleh undang-undang dan bajet biasa. Perdana Menteri tidak boleh tentukan pemberian ini atau jumlahnya atau cara penyampaian.

"Wang ini akan diagih oleh pegawai kerajaan. BR1M tidak boleh dimasukkan dalam mana-mana manifesto parti," katanya dalam ucapan pelancaran PPBM, malam ini.

Terdahulu, Dr Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakan BR1M untuk meraih sokongan rakyat dalam PRU14 akan datang.

Malah Pengerusi PPBM itu turut mengingatkan rakyat di negara ini bahawa pemberian BR1M merupakan rasuah dan salah di sisi undang-undang.

Kenyataan Dr Mahathir itu bagaimanapun tidak didokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Beliau bertegas, bantuan BR1M itu adalah pertolongan daripada kerajaan yang perlu diterima rakyat marhaen.

Bagaimanapun, timbalannya, Datuk Seri Azmin Ali tidak senada dengannya dan memihak kepada Dr Mahathir, bahawa BR1M itu adalah rasuah.

Selain itu, Tun M turut menawarkan untuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan digantikan dengan cukai jualan yang dipersetujui rakyat jika berjaya menjadi menggantikan Umno-Barisan Nasional (BN).

Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia


Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem meninggal dunia di Institut Jantung Negara, Kota Samarahan dekat Kuching.

Beliau yang berusia 72 meninggal dunia pada pukul 1.20 petang, demikian disahkan oleh anak saudara beliau.

Warga Nadi Rakyat melahirkan salam takziah buat keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah.

PM Dijangka Lepaskan Misi pelayaran Food Flotilla for Myanmar 3 Februari ini.


Gambar - BH online

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melepaskan misi pelayaran Food Flotilla for Myanmar di Pelabuhan Klang pada 3 Februari ini.


Misi tersebut membabitkan kapal Nautical Aliya dengan 200 aktivis dari lapan negara yang akan membawa 1,500 tan bantuan makanan dan ubat-ubatan ke wilayah Rakhine.


Sebelum ini , misi tersebut yang dijangka berlepas pada 10 januari ditunda kepada tarikh 31 Januari setelah gagal mendapat kebenaran dari kerajaan Myanmar untuk berlabuh di Sittwe, Rakhine.

Ketua misi yang juga Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, buat masa ini, pihaknya masih menunggu kebenaran daripada kerajaan Myanmar.


“Misi flotila juga akan menghantar dua pasukan perintis ke Myanmar dan Bangladesh dalam masa terdekat untuk menguruskan urusan logistik dan persediaan awal.


“Kita masih menunggu kelulusan Myanmar tapi kami akan belayar pada 3 Februari ini,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat pengumpulan barangan misi flotila di Masjid Nurul Amin, Kampung Delek Baru di sini, pagi tadi.


Yang turut hadir ialah Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd. Azmi Abdul Hamid dan wakil dari Turkiye Diyanet Vakfi (TDV), Taskin Bumin Ayranci.

Kesungguhan NGO yang diketuai KP1M dilihat mencari jalan yang terbaik untuk bantuan disampaikan terus kepada wilayah terjejas itu tanpa mahu menimbulkan ketegangan antara dua Negara.