Tubuh Tabung Warisan MARA Untuk Kebaikan Pendidikan Negara


Alhamdulillah petang tadi aku diberi peluang mendengar sendiri penjelasan dari Dato Seri Idris Jusoh, Pengerusi MARA mengenai penubuhan Tabung Warisan MARA.



Objektif penubuhan adalah seperti berikut:

Diwujudkan untuk mengumpul dan mentadbir dana yang akan diwaqafkansebanyak 50% dan 50% lagi digunakan untuk keperluan pendidikan anak-anak melayu generasi akan datang
Membudayakan semangat menabung ke hadapan (pay forward) dikalangan orang melayu secara kolektif dan berterusan demi kepentingan masa depan bangsa melayu melalui pendidikan.

Memberikan kesedaran kepada komuniti Melayu untuk bersama-samabertanggungjawab mengangkat martabat bangsa Melayu melalui sumbangan pendidikan.

Menyediakan dana yang berterusan dan berkekalan untuk memastikan pewaris Melayu generasi akan datang mempunyai dana yang mencukupi untuk keperluan pendidikan mereka.

Mengutip dana untuk pembangunan Bumiputera dan pemberian bantuan kepada pelajar-pelajar bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan pelajar Bumiputera.

Membentuk platform hubungan kerja strategik bersama bekas pelajar dan usahawan yang berjaya dan telah menerima perkhidmatan MARA agar kepakaran mereka dapat dikongsi untuk menambah baik program-program yang dilaksanakan di masa akan datang.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program hebat ini sila klik ke pauatn yang aku berikan  di bawah:

Portal Rasmi Tabung Warisan MARA: http://tabungwarisanmara.ypm.org.my/

Facebook Tabung Warisan MARA: http://www.facebook.com/tbgwarisanmara

Twitter TAbung Warisan MARA: http://twitter.com/tbgwarisanmara

Marilah kita sama menderma untuk kebaikan dan kemudahan anak-anak kita pada masa hadapan. Untuk kemudahan anda, sumbangan juga boleh dilakukan secara online. 

Sumbangan Online: http://edonation.ypm.org.my/

** Artikel ni ade sambungan... hehehe..

No comments: