Pihak tertentu diminta hentikan segala tohmahan dan pandangan serong terhadap Program Permata Negara dan Datin Seri Rosmah Mansor kerana ianya dilahirkan untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti tinggi. Program itu dilaksanakan semata mata untuk memupuk pendidikan dalaman kanak kanak supaya mereka menjadi aset yang sanat bernilai bila dewasa nanti. (Baca Sini)
Projek Permata Negara itu adalah demi menjamin masa depan anak anak generasi baru dalam mewarisi ilmu pendidikan. Kita seharusnya merasa syukur dan dan berterima kasih kepada Perdana Menteri dan isteri kerana di negara ini kita disajikan dengan pelbagai kemudahan dan pembiayaan yang percuma dari pihak Kerajaan.(Baca Sini)
Sehingga kini, projek Permata Negara mempunyai 665 pusat asuhan dengan354 daripadanya adalah Taska Permata KEMAS, manakala seramai 22,423 kanak kanak sudah mendapat manfaat daripada program tersebut.
Menurut Datin Seri Rosmah yang juga merangkap Penaung Program PERMATA, hasil kajian yang dilakukan terhadap perkembangan emosi, sahsiah dan sosial anak- anak PERMATA amat menyerlah dan lebih baik daripada kanak-kanak yang lain.
Terima Kasih Datin Seri Rosmah kerana usahamu yang murni ini, semoga Allah membalas kebaikanmu berlipat kali ganda.
No comments:
Post a Comment