Pengosongan Kerusi DUN Kajang bukanlah suatu perkara yang boleh dipandang remeh oleh Barisan Nasional dan perkara ini jelas adalah satu muslihat besar yang diatur oleh Strategis-strategis dalam PKR dan DAP untuk merealisasikan impian mereka memerintah Putrajaya sekaligus menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik.
Rafizi Ramli dalam dalam penulisannya di Harakah Daily dan Keadilan Daily telah berdolak dalik tentang isu pengosongan kerusi tersebut sekaligus mengakuinya sebagai satu kesilapan yang terpaksa Rakyat Selangor terima untuk menghalalkan agenda tersembunyi mereka. Dalam hal ini juga, kelihatan Ambiga membisu walaupun beliau tahu Pilihanraya Kecil yang bakal berlaku itu nanti akan menelan belanja yang besar dan wang Rakyat Selangor akan dibazirkan dengan begitu sahaja.
