Tanya Mahathir : Janji kadar Tarif yang berpatutan dan stabil, tidak membebankan rakyat. Selepas IPP mengambil tempat janjinya dimana?


"sebagai sebuah agensi besar kerajaan yang telah diswastakan, Kerajaan yakin kakitangan Tenaga Nasional ini tidak akan menghampakan harapan semua pihak terutama pengguna dan negara. Para pengguna sudah tentu mengharapkan bahawa mutu perkhidmatan akan meningkat, manakala kadar tarif pula berada di peringkat yang berpatutan. Tenaga Nasional perlu memastikan bahawa tarif yang dikenakan kepada pengguna-pengguna adalah stabil, tidak membebankan, dan terus dapat menggerak pembangunan negara."


Sedikit ulang siaran ketika Pelancaran Tenaga Nasional Berhad (TNB) dimana janji Mahathir dalam ucapannya TNB perlu memastikan kadar tarif yang berpatutan, stabil dan tidak membebankan. Tapi selepas itu? Selepas itu IPP mengambil tempat dan Mahathir menjadi hero rakyat. Hari ini najib disalahkan kerana tidak mampu mengawal IPP?


Penyampai:DATO' SERI DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
Tajuk:HARI PELANCARAN TENAGA NASIONAL
Lokasi:KUALA LUMPUR (K.L)
Tarikh:01-09-1990
 
Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Yang Berhormat Dato' Seri Samy Vellu, Menteri Tenaga, Telekom dan Pos; Yang Berbahagia Datuk Ibak Abu Hussin, Pengurus Besar LLN; Dif-dif kehormat; Tuan-tuan dan puan-puan. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos serta pihak pengurusan LLN, kerana menjemput saya untuk melancarkan badan korporat baru bagi menggantikan LLN iaitu Tenaga Nasional.

2. Negara kita Malaysia dikenali sebagai salah sebuah negara yang ulung dalam menjayakan dasar penswastaan. Kerajaan telahpun mengadakan beberapa pendekatan ekonomi yang dianggap penting untuk membangunkan negara ini dengan lebih pesat dan berkesan. Di antara pendekatan tersebut ialah penswastaan. Penswastaan mempunyai objektif-objektif yang spesifik seperti peningkatan produktiviti, peningkatan hasil kewangan dan pencapaian objektif Dasar Ekonomi Baru.

3. Kerajaan telahpun membuat kajian pelan induk penswastaan secara menyeluruh bagi semua agensi kerajaan yang layak diswastakan. Dalam pelan induk tersebut, Lembaga Letrik Negara atau LLN telah dikenalpasti sebagai satu daripada badan-badan yang paling sesuai untuk diswastakan. Ini adalah oleh sebab ia berkemungkinan menjadi lebih berdayamaju, produktif dan mendapat pulangan yang lebih tinggi melalui pengurusan secara komersial dan tidak sebagai jabatan kerajaan. Di samping itu penswastaan jabatan seperti LLN boleh mengurangkan beban kerajaan daripada segi modal untuk membiayai berbagai-bagai kemudahan awam dan penyelenggaraannya. Penyenaraian badan-badan yang diswastakan itu di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur akan memberi pendapatan kepada kerajaan untuk menyediakan infrastruktur-infrastruktur lain yang diperlukan oleh negara tetapi tidak mungkin diswastakan.

4. Walau bagaimanapun, objektif utama dasar penswastaan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan produktiviti. Produktiviti bermakna peningkatan keluaran tanpa peningkatan kos atau dengan peningkatan kos yang kurang berbanding dengan peningkatan keluaran. Dengan itu maka keuntungan akan bertambah tanpa kenaikan tarif atau harga kepada pengguna. Oleh itu badan korporat bukan sahaja perlu kepada pengurusan yang cekap tetapi juga pekerja yang berdedikasi yang sanggup meningkatkan daya pengeluaran masing-masing. Pendapatan atau gaji semua pihak hanya patut dinaikkan jika produktiviti meningkat yang seterusnya akan meningkatkan pendapatan syarikat. Kerajaan tidak lagi akan memberi subsidi kepada agensi yang telah diswastakan.

5. Proses penswastaan berbeza dengan pemindahan syarikat daripada satu pihak kepada pihak lain. Biasanya dalam pemindahan syarikat, jumlah aset dikira bersama untuk menentukan harga jualan. Perkhidmatan kemudahan awam seperti LLN, Jabatan Telekom, Lapangan-lapangan Terbang mempunyai aset yang amat besar yang telah dikumpul berpuluh- puluh tahun lamanya. Jika nilai semasa aset diambil kira, maka kos kepada pemilik baru akan menjadi begitu tinggi sehingga pulangan bagi setiap ringgit modal menjadi terlalu kecil untuk menarik pelaburan. Oleh itu kerajaan sanggup menentukan modal syarikat yang baru diswastakan mengikut anggaran pulangan yang wajar. Ini bermakna ada elemen subsidi dalam penswastaan, walaupun bagi kerajaan, ia tidak mengeluarkan apa-apa bayaran. Kerajaan sanggup berbuat demikian oleh kerana pemilikan aset yang besar tidak memberi pendapatan yang setimpal sebelum ini. Kerajaan hanya mendapat keuntungan operasi atau operational profit sahaja yang merupakan satu peratusan yang amat kecil berbanding dengan nilai semasa aset.

6. Berkenaan dengan LLN pula, keuntungan operasi yang tinggi yang dicapai di masa yang lampau adalah kerana kos minyak pembakar atau fuel oil telah menurun. Semasa kos minyak pembakar naik beberapa tahun dahulu, LLN telah menaikkan tarifnya. Tetapi apabila minyak pembakar turun, tarif tidak diturunkan. Dengan ini LLN mendapat keuntungan yang baik. Sudah tentu pengurusan yang baik juga membantu prestasi keuntungan LLN. Tetapi di masa hadapan keuntungan terpaksa bergantung kepada produktiviti, prestasi pengurusan dan pekerja Tenaga Nasional sendiri.

7. Namun demikian kerajaan percaya penswastaan adalah berfaedah bagi LLN dan kakitangannya. Ini adalah berasas kepada kejayaan kita dengan projek-projek penswastaan lain. Kerajaan memberi jaminan bahawa pendapatan kakitangan badan yang diswastakan tidak akan berkurangan daripada pendapatan mereka sebelum penswastaan. Sebaliknya sebagai insentif kakitangan badan yang diswastakan berhak membeli 5% atau tidak lebih daripada 5 juta ringgit nilai asas saham serta mendapat bonus apabila keuntungan mengizinkan pembayaran bo- nus. Untuk badan-badan yang mempunyai modal yang tinggi, had 5 juta unit saham dikecualikan dan sebaliknya 5% saham diperuntukkan kepada pekerja badan berkenaan.

8. Walaupun kerajaan menjamin bahawa gaji dan elaun kakitangan badan yang diswastakan tidak akan kurang daripada gaji dan elaun semasa badan berkenaan menjadi sebahagian daripada perkhidmatan kerajaan, ini tidak bermakna bahawa gaji dan elaun harus meningkat terlalu tinggi kerana ingin mengimbangkan dengan skim-skim gaji swasta. Amalan ini telah melanda beberapa syarikat kerajaan yang dibebaskan daripada peraturan-peraturan dan sistem gaji kerajaan. Akibatnya syarikat-syarikat ini mengalami kerugian.

9. Elaun dan gaji kakitangan badan yang diswastakan mestilah mengimbangi kos pengurusan dan pelaburan di masa hadapan. Sesuatu syarikat itu mungkin untung hari ini tetapi sebahagian daripada keuntungan mestilah dimasuk ke dalam simpanan atau reserve dan sebahagian lagi diguna untuk pelaburan masa hadapan. Keuntungan tidak boleh dibahagi kesemuanya kepada pemegang-pemegang saham atau para pekerja. Pendek kata kita bukan sahaja ingin badan yang diswastakan beroperasi sebagai badan komersial daripada segi gaji dan elaun, tetapi juga bagi segala amalan komersial yang prudent dan menguntungkan. Amatlah memalukan jika badan yang diswastakan akhirnya gagal dan memohon untuk dimiliki semula oleh kerajaan atau meminta perlindungan kerajaan.

Tuan-tuan dan puan-puan,

10. Dengan kenaikan harga minyak akibat krisis Teluk, prestasi Tenaga Nasional akan tergugat. Margin keuntungan sekarang mungkin masih boleh menyelamatkan Tenaga Nasional. Tetapi jika harga minyak meningkat lebih daripada harga semasa krisis minyak yang lepas, Tenaga Nasional mestilah mencari jalan untuk mengatasi masalah ini.

11. Di samping itu kemajuan proses industrialisasi dan ekonomi negara yang pesat telah merekodkan pertambahan permintaan tenaga elektrik yang tinggi. Jika trend ini berterusan, Tenaga Nasional terpaksa membuat pelaburan modal yang tinggi untuk memenuhi pertambahan permintaan ini. Adalah dijangkakan Tenaga Nasional akan membuat pelaburan modal kira-kira $20 billion ringgit sehingga tahun 2000. Keupayaan Tenaga Nasional untuk mencari sumber kewangan dan pelaksanaan projek-projek penjanaan dan penghantaran yang besar adalah merupakan satu cabaran.

12. Kemajuan teknologi kejuruteraan yang pesat juga merupakan satu cabaran dan Tenaga Nasional perlu melengkapkan semua tenaga pekerja dengan tahap kemahiran industri yang kemaskini. Bidang penyelidikan dan pembangunan hendaklah diperkukuhkan supaya inovasi dan ciptaan baru dapat dihasilkan untuk meningkatkan produktiviti dan prestasi korporat. Kesimpulannya cabaran terbesar Tenaga Nasional ialah keupayaan memberikan perkhidmatan bekalan tenaga elektrik yang bermutu tinggi, selamat dan dengan harga yang berpatutan. Inilah harapan pengguna-pengguna elektrik iaitu dasar penswastaan akan membolehkan mereka menikmati perkhidmatan yang lebih baik daripada sekarang.

13. Kita harus bersama-sama sedar bahawa faktor sumber tenaga manusia adalah faktor terpenting dalam mana-mana organisasi. Semua kakitangan Tenaga Nasional akan sama-sama bertanggungjawab menentukan perkembangan seterusnya industri bekalan tenaga elektrik di negara ini. Masyarakat antarabangsa terutama pelabur-pelabur utama akan meneliti dan mengikuti perkembangan dan pencapaian syarikat ini dari masa ke masa. Oleh itu, sebagai sebuah agensi besar kerajaan yang telah diswastakan, Kerajaan yakin kakitangan Tenaga Nasional ini tidak akan menghampakan harapan semua pihak terutama pengguna dan negara. Para pengguna sudah tentu mengharapkan bahawa mutu perkhidmatan akan meningkat, manakala kadar tarif pula berada di peringkat yang berpatutan. Tenaga Nasional perlu memastikan bahawa tarif yang dikenakan kepada pengguna-pengguna adalah stabil, tidak membebankan, dan terus dapat menggerak pembangunan negara.

14. Kerajaan akan terus bertanggungjawab menentukan perkembangan industri bekalan tenaga elektrik tetap bermutu dan tarif yang dikenakan kepada pengguna munasabah. Oleh itu Kerajaan telah menubuhkan Jabatan Bekalan Elektrik yang berfungsi sebagai agensi kawalselia industri perbekalan elektrik seluruh negara. Kerajaan ingin menekankan di sini bahawa hubungan di antara Jabatan Bekalan Elektrik dan Tenaga Nasional hendaklah dijalin untuk kepentingan semua pihak iaitu pengguna, syarikat dan negara.

15. Sungguhpun industri bekalan elektrik telah diswastakan, hubungan kerjasama serantau dan antarabangsa di kalangan utiliti-utiliti hendaklah diteruskan untuk kepentingan syarikat dan juga negara.

16. Kejayaan dan pencapaian Tenaga Nasional di masa hadapan akan menjadi teladan bagi meneruskan lagi dasar penswastaan Kerajaan. Tenaga Nasional juga mungkin boleh mengembangkan perkhidmatannya dalam bidang-bidang yang berkaitan, sama seperti penglibatan utiliti-utiliti tenaga elektrik negara- negara asing.

Tuan-tuan dan puan-puan,

17. Saya mengucapkan tahniah atas kejayaan-kejayaan LLN yang lalu dan mengucapkan selamat maju jaya untuk masa yang akan datang. Penswastaan LLN dan munculnya Tenaga Nasional telah memberi nafas dan tenaga baru untuk membolehkan badan ini menghadapi cabaran-cabaran di masa depan. Pengurusan komersial yang lebih peka kepada kehendak pengguna, teknologi semasa dan mutu perkhidmatan yang tinggi akan meningkatkan lagi produktiviti dan menyumbang ke arah pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara.

Tuan-tuan dan puan-puan,

18. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan perlantikan Yang Berbahagia Datuk Ibak Abu Hussin sebagai ketua eksekutif Tenaga Nasional.

19. Sekarang saya dengan sukacitanya merasmikan Pelancaran Tenaga Nasional ini.

Wabillahi taufik walhidayah wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

14 comments:

Anonymous said...

Blogger ni memang tolol.

Dalam isu IPP ini, saya sendiri dah terangkan bahawa TNB akan dapat menjimatkan kos kerana tak perlu buat stesen janakuasa serta tak perlu selenggara stesen janakuasa kerana itu semua di bawah tanggungjawab pemilik stesen janakuasa.

Apahal kau tak komen mengenai sebab 1MDB beli stesen janakuasa buruk yang kononnya nak turunkan tarif elektrik tetapi kemudiannya paksa TNB beli ekuiti dalam Jimah Timur 3B sebab Edra Energy, anak syarikat 1MDB sendiri bukan setakat nak bangunkan stesen janakuasa itu, nak mulakan kerja pun tak dibuat lagi.

Mentaliti blogger Najib memang teruk, tak hairanlah Najib menjadi 'ayam' 'dibelasah' secukupnya.

Anonymous said...

Juak-juak Najib ni bodoh, mereka tak faham konsep perniagaan, ada sesetengah perkara perlu kita beli atau sewa untuk mengelakkan kenaikan kos.

Macam isu IPP, sebenarnya Tun Dr. Mahathir melihat pandangan yang sangat jauh, TNB hanya beli elektrik dari IPP, maka TNB dah jimat kos membina dan menyelenggara IPP, lihatlah macam projek Jimah Timur 3B, TNB kerana nak buat elektrik sendiri, maka pelaburan sampai RM 11.7 bilion itu pun tak tahulah berapa bilion dikebas oleh 1MDB kononnya pembelian ekuiti sedangkan projek langsung haram tak dijalankan lagi, untung atas angin sahajalah, beginilah 1MDB, semua untung atas angin, beli lot tanah di TRX dengan harga RM 4 juta, tapi jual kepada Tabung Haji dengan harga RM 188.5 juta, orang bodoh tak pernah sekolah pun syok buat kerja macam ni. Berbalik kepada IPP, lepas tu kos penyelenggaraan lagi perlu tanggung untuk penyelenggaraan aset-aset IPP itu, reban ayam pun perlu diselenggara, inikan pula bangunan penjana tenaga elektrik, itu pun juak-juak Najib tak boleh fikir ke? Akhirnya TNB juga yang rugi dan perlu naikkan tarif elektrik untuk tampung kerugian itu, dan akhir sekali rakyat juga yang menanggung beban.

Juak-juak Najib bodoh tak tahu menilai. Mereka hanya melalak tak tentu hala sahajalah.

Anonymous said...

Jika Tun Mahathir sanggup dimalukan oleh Najib melalui media utamanya, apakah rakyat tidak diperlakukan lebih dari itu oleh Najib? Admin tolong jawab dengan ikhlas, jika tidak bersalah mengapa Najib menutup akaun bank yang dikaitkan dengan kemasukan wang berjuta2? Jawab. Jangan buat donno macam Najib.

Anonymous said...

Tak payah lah jadi batu api, dekat nak raya ni tulis yg indah indah dan gembira boleh tak.

Anonymous said...

Apakah pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan kos sebanyak RM 15.4 bilion dalam GIL Funds, Brazen Sky, dan Aabar Deposit? Di manakah pelaburan itu dibuat? Apakah pelaburan dalam bidang jual burger? jual nasi lemak? jual kapcai? jual kangkung? tanaman hidroponik kangkung? pelacuran? dadah? perusahaan membuat alat rangsangan seks? perusahaan ubat kuat seks? video lucah? agensi membekal chinadoll ke kelab malam? perusahaan kelab malam? perusahaan pub? perusahaan karaoke? perusahaan disko? perusahaan dangdut? dalam perusahaan apa?

Harapnya blogger Pena Tanah Melayu boleh membuat artikel mengulas mengenai pelaburan oleh 1MDB yang berjumlah RM 15.4 bilion itu dalam artikel akan datang, bukan apa, kalau betul sangat 1MDB tak ada masalah, malahan kalau betul wang hutang 1MDB tidak disonglap untuk dimasukkan ke akaun orang-orang tertentu dan bininya, sila berikan penjelasan mengenai perkara ini.

Anonymous said...

Senyap terus admin..kena point 1MDB terus xtau nak balas apa

Anonymous said...

yang nak tanya banyak pasal 1mdb, tak payah la merepek meraban soal itu ini kat dalam blog. kenapa itu, kenapa ini bla bla bla. blogger ni mana ada jawapan. orang yang paling utama untuk menjawabpun tak memberi jawapan memuaskan, buat apa buang karen tanya soalan2 pasal 1mdb kat dalam blog? apa tujuan korang tanya pelbagai soalan pelik kat sini? nak puas hati tanyalah ds mohd najib bin abdul razak, pm kita. kalau dia belum ada masa nak jawab, kena sabar la. kan ke sabar tu separuh daripada iman. lagipun raya dah dekat, jangan tinggalkan perasaan tak puas hati bersarang dalam diri sampai menjelang raya. nanti nak balik kampungpun tak tenang....

Anonymous said...

1mdb tu milik rakyat, najib diamanahkan untuk mengurus dengan bersih cekap dan amanah. Jika sda penyelewengan dan salahguna kuasa yg dibebankan adalah rakyat, 6 juta satu hari duit rakyat digunakan untuk bayar pinjaman 1mdb tu, apa jawapan najib? Takde.

Anonymous said...

Apa kena mengena 1mdb dengan tnb?

Jawapan;

1mdb didapati telah melakukan bisnes untung atas angin terhadap tnb, dan akibatnya rakyat terpaksa menanggung kenaikan tariff letrik pada masa akan datang.

Berhenti aje lah Najib, Rakyat dah marah dan meluat terhadap anda!

Anonymous said...

"Tanya Mahathir : Janji kadar Tarif yang berpatutan dan stabil, tidak membebankan rakyat. Selepas IPP mengambil tempat janjinya dimana?"

Mahathir membebankan rakyat dengan tarif letrik? Hang biar betul......jujurlah kawan.....ikhlaskah awak ni?

Maksudnya, rakyat sengsara akibat tarif letrik naik masa pentadbiran mahathir? Manakala rakyat hidup aman damai selesa semasa pentadbiran najib,?

Mungkin rakyat marhaen ni tidur di siang hari.

Anonymous said...

OI si PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS-amat-KEPARAT ANTI-Islam/Melayu (punya PENAKUT jadi PENYAMAQ pula tu) memang puak KEPARAT GILABABI! Apahal lu si PENAKUT-nak-MAMPOS, asyik nak TUTUP mulut Nek Tempoyak aaahhhh, lu punyak otak PENGGANAS aaahh...., itu mcm-si ANJING KURAP-manyak-NANAH si puak PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!! Lu manyak LAHAP itu KANGKANG BABI aaahhhh....?!

Yg. lu nak paksa YAB PM ISLAM/Melayu kami letak jawatan sewenangnya apasal - lu ingat kami MAJORITI dari BUMIPUTERA Islam/Melayu yang pilih YAB PM kami ni, KULI-KULI lu, oi si KEPARAT PENGGANAS-PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO!!

PI MAMPOS lu punya ekoq-ekoq BANGKAI BABI kat JAMBAN/KANDANG PENGGANAS KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNORASIS-ejen Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH-no-1!!

Anonymous said...

Nek Tempoyak kalau nak komen, tak payah carut marut macam ni, Nek Tempoyak ni ada sakit gila babi ke? Komen carut marut tak tentu hala.

Kalau Nek Tempoyak tahu sangat bahawa Najib dan 1MDB tak salah, sila Nek Tempoyak terangkan, apakah pelaburan yang dibuat oleh 1MDB dengan kos sebanyak RM 15.4 bilion dalam GIL Funds, Brazen Sky, dan Aabar Deposit? Di manakah pelaburan itu dibuat? Apakah pelaburan dalam bidang jual burger? jual nasi lemak? jual kapcai? jual kangkung? tanaman hidroponik kangkung? pelacuran? dadah? perusahaan membuat alat rangsangan seks? perusahaan ubat kuat seks? video lucah? agensi membekal chinadoll ke kelab malam? perusahaan kelab malam? perusahaan pub? perusahaan karaoke? perusahaan disko? perusahaan dangdut? dalam perusahaan apa? Sila Nek Tempoyak jelaskan sebab bukan main lancang mulut Nek Tempoyak maki hamun dan carut marut orang lain sebab nak bela kemungkaran Najib yang menyelewengkan wang hutang 1MDB itu.

Kalau tak boleh jawab, lebih baik Nek Tempoyak diam, dari menjadi orang tua bangka, tua renta, tua ganyut yang bodoh yang nak sampai ke tahap gila babi, sila jaga nama baik warga emas.

Atuk Cincaluk.

Anonymous said...

AKU AKAN PERGI TAK LAMA LAGI

Bangsa yang merdeka

Bangsa yang mulia
Sekarang sanggup menjual hak yang sedikit
Hak memilih, hak mengundi
Untuk mendapat kesenangan tanpa usaha, kesenangan yang sedikit

Maruah dijual
Bangsa dijual
Tanahair dijual
Segalanya dijual
Untuk nikmat yang tidak kekal, nikmat yang sementara yang sedikit sahaja

Politik yang menyelamat
Menjadi politik yang menghancur
Pemimpin semakin tamak
Untuk tempat dan kedudukan tinggi
Perbuatan yang haram dihalalkan
Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia

Akan kembalikah bangsaku
Menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhambakan
Wahai bangsaku
Begitu mudahkah kamu lupa
Aku akan pergi tidak lama lagi
Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir
Kerana bangsaku
Negaraku
Masih mulia
Masih bermaruah
Masih dipandang tinggi
Atau mataku terbeliak
Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu

Ya Allah lindungilah bangsaku
Sedarkanlah mereka
Sedarkan mereka bahawa Engkau tidak akan mengubah nasib bangsa

Melainkan bangsa itu sendiri cuba mengubahnya
Mengubah sendiri, membendung nafsu
Kerana Allah
Kerana agama
Kerana bangsa
Kerana negara
Biarlah aku pergi
Mata terpejam rapat
Nafas perlahan berhenti…

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
Julai 10, 2015

Anonymous said...

WSJ/S.Repot dll tu memang sebenaqnya media ZIONIS/Barat-amat-KEPARAT! Pernah si media-media Barat/Zionis KEPARAT ni serang pemimpin ISrael/Barat depa sendiri yg. mendpt. dana termasuk utk. kempen pilihanraya depa, dari sy.-sy. SENJATA yg. mendpt. KEUNTUNGAN berBILLION utk. tak habis-habis MENYERANG/MEROMPAK Dunia Islam sewenangnya?

Aku syak ramai pemimipin Islam/Melayu yg. jadi PENGKHIANAT telah di"BLACKMAIL" - samada ke atas dirinya atau keluarganya oleh PENDATANG PENGGANAS-PENGGANAS KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRHOMO-EJEN Barat/ZIONIS-PEROMPAK/PENJENAYAH- no 1!! Kerana perangai GANJIL Tun (yg. sebelum ni beriya amat anti-Barat yg. pro Zionis) sampai boleh jumpa si BETINA-omputih KEPARAT S.Repot tu - amat tak logik!

Si BETINA omputih-KEPARAT S.Repot (patutnya diHARAMkan selamanya masuk M'sia kita ni) ini disyaki DALANG belakang kumpulan PENGGANAS-PENGGANAS ANTI-BUMIPUTERA Islam/Melayu dari puak DAPBANGKAI/PKRHOMO ini yg. KELENTONG psl. IMDB ni, termasuk puak PENGGANAS PEMISAH Sabah/Sarawak - adalah si KULI-rejim-rejim PENGGANAS Barat/NATO-ISrael/Zionis, yang memang nak MEMISAHkan Sabah/Sarawak yg- kaya minyak/gas, dari Malaysia dan diGABUNGkan dgn. SingaPORK-pusat-CIA-MI6/Mossad/NATO di Asia Tenggara!

Dan BETINA ni juga sebenaqnya adalah adik ipar kpd. bekas PM UK yg. amat pro-ISrael/Zionis, Gordon Brown yg. terlibat bersama Blair utk. melancarkan perang Iraq yg. telah menyebabkan BERJUTA Bumiputera Arab Islam Iraq diBUNUH/diROMPAK/diPERKOSA dgn. amat KEJAM dlm. GENOSID oleh tentera PENGGANAS US/UK – lihat di http://www.whale.to/b/bollyn.html , How Mossad Controls Our Political Parties, by Christopher Bollyn, 25 October 2008:

……MOSSAD CONTROLS BRITAIN

The evidence indicates that Israeli intelligence has near complete control of the leading political parties in Britain and the United States. While the Zionist political controllers in London and Washington are well known to the owners of the mass media, discussion of the subject of Zionist or Israeli control of the parties is censored in the media outlets they control. This censorship illustrates how Zionist control of the media serves to deceive the people and cause extreme harm to the nations.

Specific examples of the current pro-Israel bias in the mass media would include the media's unquestioning support of the 9-11 cover-up, the costly and disastrous wars in Iraq and Afghanistan, and the trillion dollar "bail-out." The complete lack of transparency in U.S. elections and discussion of the secretive private companies that run our elections are also censored subjects.

The utterly fraudulent Zionist construct called the "War on Terror" and the illegal wars in Iraq and Afghanistan have all been designed and forced onto the American and British nations by Zionists who control the political systems of London, New York, and Washington.

In Britain, the two political leaders who have promoted and supported the Zionist agenda and wars of aggression are Tony Blair and Gordon Brown. Their Zionist paymasters and handlers are not hard to discern, although they are never discussed in the media in such terms……

Nek Tempoyak.