Oleh : Kelana Putra Muhamad
Perpaduan dan keharmonian didalam sesebuah negara adalah antara tiang-tiang penyokong untuk kesejahteraan dan kemajuan sesebuah negara. Tanpa keamanan maka porak peranda sebuah negara. Kestabilan ekonomi dan pembangunan tamadun masyarakat juga berkait rapat dengan keamanan dan keharmonian. Bersyukur kita dianugerahkan tuhan dengan keamanan didalam negara tercinta kita ini. Perpaduan antara kaum berbagai etnik yang bersatu didalam mentadbir negara Malaysia adalah antara faktor penyebab kita dapat hidup dengan aman dan makmur.
Pengalaman 23 hari belayar dalam misi bantuan kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar bersama 186 orang sukarelawan dan 29 NGO dalam dan luar negeri mengajar erti keamanan dan mensyukuri nikmat kedamaian. Melihat dan merasai kerenah birokrasi di negara lain berbeza dengan negara kita yang sangat teratur serta sistematik. Usai melihat penderitaan kaum rohingya yang dibunuh,ditindas dan dihalau dari tanah arakan menginsafkan diri. Bukan hanya rohingya sahaja tetapi rakyat dinegara lain yang turut hidup bergelumang dengan kemiskinan dan setiap hari berusaha untuk mencari sesuap nasi.
Menjaga Keamanan sesebuah negara bukan sahaja tugas sesebuah organisasi penguatkuasa undang-undang sahaja tetapi penerapan nilai-nilai harmoni dan bersatu padu sejak dari kecil. Doktrin untuk bersatu padu sentiasa ditiupkan pada masyarakat. Keamanan dan keharmonian negara sentiasa kita syukuri dan dipertahankan oleh semua penduduk dinegara ini. Realitinya segala bencana seperti banjir besar, tsunami, letusan gunung berapi, ribut dan peperangan tidak berlaku di negara kita seperti ditempat lain. Dalam ertikata lain, kita dijauhkan oleh tuhan dengan perkara2 tersebut.
Di negara Malaysia yang kita cintai ini,kita dapat hidup dalam kedamaian dan tanpa rasa takut untuk kemana- mana. Setiap agama bebas melakukan aktiviti keagamaan masing tanpa perlu takut dengan ancaman ekstrimis. Walaupun negara kita negara islam tetapi atas dasar perpaduan maka kita saling menghormati antara satu sama lain dan membentuk keamanan negara. Dengan keamanan juga peluang- peluang kerjaya begitu luas dalam sektor awam dan swasta.
Lihatlah betapa ramainya rakyat dari luar negara yang mencari rezeki di negara kita. Disebabkan pertumbuhan ekonomi yang baik dan aman maka disinilah mereka melihat peluang mencari rezeki. Sedia maklum kita juga bebas dari wabak2 penyakit disebabkan pengurusan kesihatan negara yang diurusbaik.
Suka diingatkan pada masyarakat, untuk mengekalkan dan memastikan keamanan ini terjaga maka kita mestilah mengamalkan cara hidup bertoleransi antara kita dengan mengambil kira kepentingan semua samada dari segi agama, budaya , politik, idealogi serta mengamalkan kesedaran sivik.
Sesungguhnya kita ambil iktibar dari nasib yang menimpa kaum rohingya dan yang berlaku di negara2 seperti syria dan palestin. Sama- sama kita berdoa semoga kesejahteraan mereka dan negara2 yang sedang bergolak akan pulih seperti sediakala.
Kita bangga menjadi rakyat malaysia. Kita sayang negara kita. Ini tanah tumpanya darah kita. Kita jaga dan pertahankan dari sebarang anasir anasir dan unsur2 yang cuba menggugat keamanan negara Malaysia.
Tanah Tumpahnya Darahku
No comments:
Post a Comment