Menjadi Bangsa Melayu Yang Dikhianati - Apa Pandangan Anda?


Menjadi Bangsa Melayu di Malaysia memang banyak cabaran dan dugaannya. Melayu Malaysia berkongsi tanahnya dengan bangsa lain yang semakin lama semakin menunjuk belang konon mereka juga ada hak atas negara ini.

Kepimpinan Kerajaan Malah Raja-Raja tidak pernah mempertikaikan hak mereka malah mengakui mereka dengan memberikan banyak kemudahan dan peluang kepada mereka. Dari sudut agama sendiri kita tidak pernah menghalang mereka dan mereka boleh menganutinya asalkan tidak mengganggu dan menghormati antara satu sama lain.

Tapi hari ini Bangsa Melayu makin dihimpit dan diserang dari serata sudut hinggakan Agama dan Tuhan kita ALLAH Swt pun mahu dipertikaikan. Sejak dulu jarang benar kita dengar kisah tentang menentang laungan Azan, mahu menghapuskan tulisan jawi, Cina dan India masuk dalam masjid berceramah politik, mahu tukar nama tuhan mereka kepada Allah tapi tidak mahu mengikut ajarannya dan berbagai-bagai lagi persoalan dan desakan yang ditumpukan kepada Bangsa dan Agama Islam.

Dalam serangan demi seranga itu malangnya yang mempertahankannya hanyalah Bangsa Melayu Beragama Islam. Saya sebutkan begitu kerana memang hanya mereka yang mempertahankannya bermati-matian.

Mereka menentang tanpa rasa takut, tanpa rasa malu dan mereka menentang dengan penuh perasaan sayangkan bangsa dan agama hingga sanggup mereka dihina, dicerca oleh puak bertentangan yang mahu menghapuskan Bangsa Melayu Beragama Islam di Malaysia ini yang didalangi oleh Ejen-ejen Yahudi.

Saya gelarkan Bangsa Melayu Beragama Islam kerana di sebelah pihak yang satu lagi tidak mengaku mereka Melayu. Mereka kononnya adalag pejuang sebenar Islam yang tiada perjuangan setanding mereka di dunia ini kerana mereka boleh menjanjikan syurga kepada ahli parti mereka yang menyokong dan mengkafir nerakakan kepada siapa yang menetang mereka.

Saya sebutkan disini PAS bukanlah Parti Islam sebaliknya hanyalah sebuah parti yang menggunakan nama Islam untuk meraih sokongan politik. Apa yang mereka dapat dengan memecahbelahkan umat Islam ini? Jika mereka katakan mahu berdahwah maka itu adalah satu pembohongan. Allah sudah mereka jual kepada Kristian dengan sokongan mereka yang tidak berbelah bagi kepada kumpulan itu yang mahu menjadikan Allah sebagai Tuhan sebutan mereka tanpa mereka perlu menganutinya.

Jadi, apa lagi yang melayu ada? sebahagian dari umat melayu kini bergerak mengkhianti bangsa amalah agamanya kerana kerakusan mahu berkuasa dan gilakan harta.

Kini UMNO saja yang tinggal untuk membela bangsa dan agama di tanahair yang tercinta ini. UMNO tidak selangkahpun undur walapun diasak dan diserang daripada pelbagai arah. UMNO terus mara mempertahankan bangsa dan agama.

Kita tiada pilihan, kita hanya ada UMNO untuk membela nasib kita di masa hadapan dan kita wajib pastikan obor perjuanganUMNO ini tidak terpadam di dalam ribut taufan politik dunia masa kini. Kita wajib berjuang untuk memperjuangkannya

UMNO Terus Mara UNtuk Rakyat Malaysia.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar.. Allahu Akbar!!

No comments: