BRIGED AMAL PAS Cuci Rumah Cina - Pemuda UMNO Malaysia Pegang Penyapu Ramai-ramai


Gambar ape ni? Ini adalah gambar Briged Amal PAS yang sedang cuci rumah Cina. Aku ucapkan tahniah kepada pasukan ini kerana menjalankan tanggungjawab mereka sebagai sukarelawan dalam membantu mangsa banjir di Pantai Timur.

Disini tidak timbul rumah Cina, Melayu atau India tetapi keprihatinan dan kesungguhan mereka dalam membantu mereka yang memerlukan. 

Aku tidak perlu masuk PAS untuk memberitahu kebenarannya tetapi disini perkara yang benar aku katakan benar dan salah tetap salah.


Seperti gambar di atas aku cuba bersangka baik tetapi korang lihatlah sendiri kebenarannya kerana gambar tidak menipu kita kecuali kita ingin menipu dengan menggunakan gambar itu.

Ini satu amaran kepada UMNO khususnya agarlebih telus dalam menjalankan tugas. Kita telah diamanahkan dan diberi kepercayaan untuk memimpin dan membantu rakyat. Jangan khianatinya kerana wang ringgit dan kuasa.

UMNO BN PRU 14 menang atau kalah ada ditangan pengundi..

1 comment:

Hamdan Rukun said...

TERBAIKLAH ! BERKILAT KASUT DALAM BANJIR, ADIK ANGKAT DR ZAMBRY TUH !