Heiiii Nelayan Melayu Bangsat!!! Kosongkan Tanah Itu!! oleh PTGKS


Kami adalah nelayan di kampung yang kami huni sejak turun temurun. Kebanyakan kami yang tinggal dikampung bekerja sebagai nelayan sungai yang ada di belakang rumah kami. Pada suatu hari disebabkan satu kejadian dan mahu mengelakkan berlaku pergaduhan maka budak-budak kampung ini bertindak membuka sebuah jeti nelayan yang sebenarnya adalah jeti asal datuk dan bapa mereka gunakan dulu untuk aktiviti perniagaan kayu bakau yang berlesen. Setelah bapanya meninggal dan ketika itu mereka masih kecil maka lesen tidak diperbaharui dan hingga kini sudah tiada lagi perniagaan itu.

Tanah seluas lebih dua ekar itu dahulu ada lesen menduduki sementara (TOL) yang dibayar RM50.00 setahun pada tahun 1991. Kolam-kolam tanah dibahagian hadapan digunakan untuk penternakan ikan air masin dan ketam. Selepas pemilik meninggal dunia dikatakan kolam tersebut disewa Cina daripada isteri arwah dan tak berapa lama kemudian sudah dimiliki Cina tersebut. Status tanah itu selepas itu tidak diketahui dan mereka juga penduduk kampung tidak mengambil kisah.

Apabila jeti yang kami bina semula dari asalnya jeti lama, siap sedikit-demi sedikit, bermulalah drama yang hingga kini menjadi permusuhan dan permasalahan besar. Jeti kami diadukan dengan pelbagai aduan daripada tempat melerai motorsikal curi, tempat menghisap dadah, tempat memasak ketum, tempat penyeludupan rokok, tempat menaikkan pendatang tanpa izin dan tempat menaikkan kayu bakau yang dicuri. Kami hadap setiap jabatan dan agensi yang datang samada untuk membuat tangkapan mahupun yang mahu membuat siasatan dan mengambil keterangan. Kita tidak sorokkan apa-apa dari mereka dan kita beritahu semua yang mereka mahu tahu. Akhirnya semua tuduhan itu tidak dapat dibuktikan kerana ia adalah fitnah yang sengaja diadakan untuk menutup jeti kami. Entah apa yang pengadu-pengadu itu tidak puas hati kami sendiri tidak tahu.

Kami bermula dari situ, berhadapan dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang bertanggungjawab dalam urusan sumber air dan tebing hinggalah kepada Pejabat Tanah dan Galian Kuala Selangor (PTGKS). Kami melalui proses-proses (SOP). Kami bertemu dengan KADO (saya pun lupa apa nama jawatan untuk KADO ini) iaitu Tuan Faizal Raji (kini sudah jadi DO) dan ADO Penguatkuasa Tuan Khairul Fahmi yang menandatangai notis untuk kami keluar dari jeti tersebut. Akhirnya setelah berbincang kami diarahkan untuk memhon.

Dipendekkan cerita setelah melalui pelbagai proses dan ulang alik ke Shah Alam, kami berjaya melengkapkan borang permohonan. Masa diambil agak lama kerana kami tidak cukup wang untuk membayar upah ukur tanah dan kadangkala tidak cukup duit untuk isi minyak ke Shah Alam bila hasil kelaut kami tidak berhasil. Kami menunggu dengan sabar hingga pada suatu hari saya minta seorang kawan yang kebetulan ke Shah Alam utuk melihat apa status permohonan kami. Maklumat yang kami terima menghampakan iaitu permohonan kami ditolak. tetapi hingga hari ini kami tidak menerima apa-apa surat dan makluman secara bertulis penolakan tersebut.

No photo description available.Beberapa hari lepas tiba-tiba ketua pengkalan nelayan memaklumkan menerima surat atau notis mengosongkan jeti tersebut dari Pejabat Tanah dan Galian Kuala Selangor (PTGKS). Kami bukan sahaja terkejut tetapi merasa begitu marah kerana tiada sesiapapun menghubungi atau bertemu kami untuk berbincang. kami ini ibarat nelayan busuk yang tak layak duduk semeja dengan pegawai kerajaan bangsawan seperti mereka. Mereka (PTGKS) teruskan notis mahu kami keluar dari jeti itu.

Persoalannya kemana kami mahu pergi?, sampan kami mahu diletak dimana?, kami mahu kelaut bagaimana?.

PTGKS mahu kami berjalan dalam hutankah untuk kami kelaut?

Oleh itu saya mengambil tindakan untuk berperang dengan mereka ini (PTGKS) kerana saya merasakan amat terhina apabila melayu seperti kami ini dibuat seperti sampah sarap oleh mereka. Saya bertindak mencabar PTGKS.

Saya mulakan dengan kolam pancing yang disewakan oleh Cina kepada pengusaha warga Bangladesh yang dikhabarkan mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit sebulan. Kami mahu tahu apa status tanah itu dan bagaimana mereka boleh mendapat tanah tersebut. Saya telah ke PTGKS tengahari tadi dan setelah bertegang leher saya diberikan borang aduan untuk saya adukan kegiatan kolam pancing tersebut. Kata mereka PTGKS hanya mengikut SOP dimana jika ada aduan tidak kira siapapun (kata mereka kononnya) mereka akan ambil tindakan. Maka saya ambil tiga borang dan saya bawa balik. Insyaallah saya mulakan dengan kolam pancing Tanjung Keramat dan setelah itu jeti-jeti nelayan Cina di Sebelah Pasir Penambang dan juga saya buka kaunter aduan utuk saya bawa sekali masalah itu ke PTGKS. Saya mahu beri mereka ini kerja.

Kolam pancing itu sudah lama ada. Pegawai-pegawai PTGKS lalu lalang disitu dan memancing disitu. Mereka tahu status tanah itu, siapa pemiliknya dan bagaimana mereka dapat tanah itu. Saya juga tahu tapi kali ini saya mahu bawa perkara ini ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana saya merasakan kebodohan mereka itu wajib dihentikan.

Saya melancarkan tabung derma untuk diri saya kerana saya tiada wang untuk bergerak memanjat jabatan-jabatan kerajaan terlibat. Alhamdulillah saya dibantu oleh ramai orang yang prihatin. Alhamdulillah Allah bantu saya. Saya mereka minta doakan saya dan saya pinta Allah permudahkan urusan saya.

Ikuti kisah saya selanjutnya dan saya putuskan untuk melawan mereka hingga saya tak mampu lagi. Apapun yang terjadi hanya Allah SWT yang boleh menghentikan saya. Moga Allah SWT memberi keiziznan dan membantu saya dalam perjuangan ini.

Pada tulisan lain saya kan ceritakan bagaimana Ahli parlimen Kuala Selangor, ADUN Bukit Melawati terlibat dalam kisah ini, bagaimana kami menubuhkan kumpulan nelayan yang borang ahlinya ditendang kesana-kesini dan juga kisah kayu bakau yang menjadi alasan untk menghalau kami......



No comments: