KU NAN Dah Jawab Tuduhan Campurtangan UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR.. Ada Bantahan?


Kecoh Pemilihan UMNO Kuala Selangor masih tidak selesai lagi apabila timbul lagi pertikaian tentang ketidakadilan yang kononnya melibatkan Tangan Ghaib dari UMNO Pusat.

Cerita itu semakin menarik apabila ada pula 'Tukang Goyang' yang berlagak sebagai Pembela dari Bahagian lain yang tidak diketahui apa sebabnya.

Apa motif mereka ini pula yang masuk campur hal dalaman UMNO Kuala Selangor? Biarkan UMNO Kuala Selangor selesaikan masalahnya sendiri dan tidak perlulah TIMBALAN KETUA BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA menyibuk atau buat-buat sibuk walau dengan apa sebab sekalipun.

Dari dulu lagi aku sendiri pernah katakan kepada 'Pembela-Pembela' Mantan Ketua Bahagian Kuala Selangor supaya pergi berjumpa sendiri dan berperang dengan UMNO Pusat dan buktikan semua tuduhan yang dilemaprkan itu adalah benar.

Jangan berlagak jadi jaguh di kampung tetapi bila keluar baru sedar telor dalam seluar tertinggal di rumah (macam tak sengaja tertinggal la).

Jadi untuk memendekkan cerita orang yang dituduh telah menjawab dengan panjang lebar seperti dibawah:


PUTRAJAYA, 1 Dis (Bernama) -- Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan dakwaan kononnya beliau campur tangan secara langsung dalam pemilihan semula Umno Bahagian Kuala Selangor baru-baru ini.

Katanya, beliau sebaliknya hanya menjalankan tugasan pentadbiran sahaja, bahkan tidak juga terlibat menganggotai mana-mana jawatankuasa sama ada jawatankuasa pemilihan atau jawatankuasa khas bantahan.

Menteri Wilayah Persekutuan itu diminta mengulas dakwaan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara, Mohamad Azli Mohemed Saad kononnya Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Tajol Rosli memberi arahan kepada Tengku Adnan supaya pemilihan semula Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Selangor diadakan pada 16 November lepas.

"Ketika itu sedang sibuk dengan pilihan raya kecil Sungai Limau dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Pengurusan ke sana, jadi saya tidak ada orang untuk dirujuk," katanya dalam sidang media selepas Program bersama warga emas peringkat Parlimen Putrajaya di sini Ahad.

Tambahnya namun selepas selesai pilihan raya tersebut, beliau telah merujuk hal tersebut kepada Timbalan Perdana Menteri sebelum pemilihan semula itu dirujuk ke jawatankuasa khas bantahan yang dipengerusikan Tan Sri Azmi Khalid.

Namun beliau mengakui terdapat kesilapan pada awalnya di mana pemilihan semula itu sepatutnya dirujuk kepada jawatankuasa khas bukan jawatankuasa pemilihan.

Tengku Adnan berkata, gesaan Mohamas Azli supaya beliau meminta maaf secara terbuka kepada Presiden UMNO dan Jawatankuasa Pemilihan UMNO di hadapan semua perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO minggu depan mengenai dakwaan campur tangan itu juga tidak berasas.

Beliau berkata sepatutnya jika terdapat sebarang keraguan atau penipuan semasa pemilihan semula itu, pihak tersebut membuat protes pada masa itu bukan selepas pemilihan selesai.

Pemilihan semula jawatan Ketua Umno bahagian Kuala Selangor dilakukan kerana terdapat bantahan daripada setiausaha bahagiannya Ishak Haron terhadap proses pemilihan bahagian itu pada 19 Oktober lalu.

Pada pemilihan itu, Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Amiruddin Setro selaku penyandang mendapat 220 undi, menewaskan Ishak dengan kelebihan satu undi.

Pada pemilihan semula itu pula, Amiruddin yang mendapat 266 undi tewas kepada Ishak dengan empat undi.

Ishak memperolehi 270 undi. Terdapat dua undi rosak.

-- BERNAMA

Kepada pihak yang tak puas hati lagi silalah buat apa yang patut.

No comments: