Pagi ini aku kembali dengan cerita Ibdililah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru PPUM yang sombong bongkak dengan jawatannya.
Ramai yang bertanya kenapa perlu kita menegur si Ibdil ini dan ada juga yang bertanya kenapa tidak diberi peluang kepadanya untuk mengepalai peperangan media maya kita untuk kali ini hingga PRU 14.
Maka aku jelaskan disini, sebagai blogger tak berbayar aku amat kecewa dengan kenyataannya semalam yang sangat menghina blogger-blogger tak berbayar seluruh Malaysia.
Jadi aku bagi sedikit gambaran dari sudut pandangan seorang wartawan berpengalaman yang sudah berkecimpung dalam bidang kewartawanan lebih 20 tahun dan juga Seorang blogger yang ada lebih 20 juta pengunjung.
Ini kata Mazidul,
bdilillah Ishak, Pengerusi Biro Media Baru, BMB, UMNO. Kenyataannya ternyata mengguris hati ramai pengendali blog pro-kerajaan.
Sekaligus saya juga berasa amat hairan berhubung rational individu bercakap dalam bahasa rojak sewaktu ditemu bual, diamanahkan tanggungjawab begitu gah. Sila tonton rakaman klip video di bawah.
Hemat saya, sebelum Ibdilillah melaksanakan tugasnya, UMNO wajib memberikan peluang kepada dia untuk mendalami ilmu berhubung kaedah komunikasi berkesan. Saya berasa amat simpati menonton rakaman klip video di atas.
Ibdilillah kelihatan amat tidak menyakinkan tatkala mengeluarkan kenyataannya. Jika UMNO masih menjunjung bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Ibdilillah harus diarahkan dengan kadar segera supaya menghormati penggunaan bahasa ibunda.
Dia secara jelas mencemarkan bahasa Melayu. Andai sewaktu ditemu bual oleh media, bahasanya berterabur, bagaimanakah pula penggunaan bahasa sehariannya?
Bagaimanakah pula kaedah komunikasinya sewaktu menggunakan Twitter?
"Saya sendiri akan melantik ke 13 semua negeri"
Choy!
Sejak bila Ibdilillah melantik 13 semua negeri? Apakah dimaksudkannya?
Kenyataan itu sukar difahami dan amat mengelirukan.
Bagaimanapun saya bermurah hati memberikan gred A+ terhadap penggunaan bahasa rojak pengerusi BMB itu.
Untuk pengetahuan Ibdilillah, tiada perkataan 'mengoffer' di dalam bahasa Melayu, sila rujuk di sini. Jika ingin berbahasa Inggeris, tiada masalah. Tidak perlu mencampuradukkan 2 bahasa sehingga mencemarkan bahasa ibunda.
Kedua, Ibdilillah, harus berfikir sebelum bercakap, bukan bercakap dan kemudian berfikir. Dia berhak untuk berkongsi pandangan sebagai pengerusi BMB namun kaedah perkongsian maklumat itu harus LEBIH bijak.
Baca kenyataan dikeluarkan oleh Ibdilillah, merujuk kepada pengendali blog pro-kerajaan sebelum ini.
"Buat masa sekarang ini, pada mereka, there is no direction. Direction dia orang hari hari hendak membidas pembangkang. Takkan kerja kita itu hari hari membidas pembangkang. Dah tak ada kerja lain ke? Bagi saya kitapun kena fokus bagaimana hendak membantu rakyat," katanya.
Hemat saya, teguran itu harus dikongsikan tatkala dia mengendalikan perjumpaaan bersama semua pengendali blog pro-kerajaan, bukan disiarkan secara terbuka.
Tindakan amat tidak cerdik.
Tidakkah dia terfikir, kenyataannya, "Dah tak ada kerja lain ke?", itu kedengaran menghina usaha semua pengendali blog pro-UMNO selama ini tidak mengenal erti lelah, membantu menyebarkan maklumat lebih tepat mengenai kerajaan Barisan Nasional.
Ketiga, Ibdilillah sebagai pengerusi BMB harus menampilkan kredibilitinya melalui kaedah ketua contoh dalam media sosial.
Analoginya mudah.
Jika pensyarah institusi pengajian tinggi diberikan tanggungjawab untuk mengajar ilmu matematik kepada penuntut di peringkat sarjana muda, lazimnya dia memiliki kelulusan sarjana dalam bidang sama.
Mungkin pembaca dan pengendali blog pro-kerajaan berpeluang mendedahkan 'kehebatan' Ibdilillah sebagai pengendali laman sosial.
Barangkali blog Ibdilillah hebat kerana dikunjungi terlalu ramai pelawat berbanding blog picisan saya, hanya mencecah hits lebih 20 juta setakat ini.
Andai, media sosial dikendalikannya berupaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia, ternyata saya tidak langsung layak menjadi seorang daripada pengendali blog pro-kerajaan dipengerusikan oleh Ibdilillah.
Klik di sini untuk meninjau blog Ibdilillah, kali terakhir dikemaskini pada 21 Jun 2012, lebih setahun lalu. Bila bercakap mengenai media sosial, berdegar-degar tetapi dia sendiri tiada komitmen menggunakan media sosial pada tahap optimum.
Keempat, baca kenyataan di bawah.
Ibdilillah, saya pengendali blog tidak dibayar sejak hampir 5 tahun lalu.
2 hari lalu, saya dijemput melalui emel oleh pegawai perhubungan awam Jabatan Penjara Malaysia untuk membincangkan isu berhubung penjara bersama pihak pengurusan. Jabatan terbabit berhasrat untuk mendengar maklum balas serta komen ramai pengendali blog lain turut dijemput.
Namun saya terpaksa menolak undangan terbabit.
Setelah saya periksa, kenderaan saya didapati tidak boleh dipacu ke lokasi pertemuan menggunakan air paip. Pada masa sama, kakitangan plaza tol tidak mahu menerima kertas kosong bersaiz nota RM10 sebagai ganti wang untuk melepasi plaza. Fakta ketiga, andai kehausan, juruwang restoran mamak enggan menerima kenyataan 'saya blogger pro-kerajaan' untuk menjelaskan bil minuman.
Dalam erti kata lain, harus wujud suasana menang menang di antara pengendali blog dan pihak kerajaan dalam menjalinkan kerjasama.
Faham?
YB Khairy harus mendengar keluhan majoriti pengendali blog. Usah tersilap percaturan dari awal.
Bekas wartawan berpengalaman, Bujai, mencoretkan komennya di sini.
Sila baca, ketidakpuasan hati diluahkan oleh ramai lagi pengendali blog pro-kerajaan, klik di sini.
Baca Sendiri Di Blog Mazidul [KLIK SINI]
No comments:
Post a Comment