Berenang Dalam Arak



Keratan berita ini dipetik dari portal berita Malaysiakini bertajuk "Kilang arak: Umno ludah ke langit, kata Khalid Samad," bertarikh 26 Ogs 2010, 5:35 petang.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ada membuat pengakuan berjanji mahu menutup kilang arak jika Pakatan Rakyat memerintah Selangor, namun gagal berbuat demikian. Janji ini mengingatkan kita kepada ceramah-ceramah kempen Pilihanraya yang lepas, mereka berkata, "Hari Ini Kita Menang, Besok Subuh Kita Tutup Kilang Arak"



Saya tertanya-tanya, mungkin sahabat-sahabat yang membaca boleh memberitahu saya, masih adakah lagi kilang arak itu di Shah Alam?

Jika ada, masih beroperasi, apakah tindakan kerajaan Pakatan Harapan?

Pesta Arak Selangor Lulus

Majlis Perbandaran Klang (MPK) meluluskan penganjuran pesta makanan dan minuman Jerman tetapi melarang penganjur menggunakan perkataan “Oktoberfest”.

Yang Dipertua MPK, Datuk Mohamad Yasid Bidin dipetik Sin Chew Daily berkata, penganjur juga perlu mematuhi beberapa syarat, termasuk melarang kemasukan umat Islam ke kawasan penganjuran acara itu dan perlu mendapat permit atau kelulusan dari pihak lain seperti pejabat tanah, Jabatan Kastam dan polis.

gambar kiriman sahabat
SIAPAKAH yang kerajaan Pakatan Harapan Selangor cuba perbodohkan? Orang Melayukah, orang Islamkah atau rakyat Malaysia? Kedegilan pakatan harapan dalam penganjuran pesta arak dilihat sebagai satu usaha untuk mencabar orang Melayu dan pihak polis.

Mereka hanya tukar nama sahaja, hakikatnya pesta arak yang dirancang akan tetap berlangsung dan mendapat restu kerajaan negeri Selangor walaupun mendapat bantahan 2 ahli MPK daripada PAS, iaitu Kahar Muzakkir Munawir dan Prasad Hanif dalam mesyuarat pihak berkuasa tempatan itu semalam.

“Centro German F&B Party” dijadual diadakan di pusat beli-belah berkenaan mulai 5 petang hingga 11 malam pada 12 dan 13 Oktober ini.

Mereka tak boleh tutup kilang arak yang mereka janji nak tutup selepas subuh, mereka luluskan juga pesta arak yang telah dibatalkan oleh negeri lain. Kita ni orang Selangor moden sangatkah? Arak ini lambang kemodenan kah?

Saya baru tadi dikirimkan sahabat sekeping gambar. Cawan yang terlekat sticker "Centero" dan "Oktoberfest" (ejaan oktober dalam bahasa melayu). Saya bersangka baik tapi seingat saya ada larangan dari kerajaan negeri Selangor yang meluluskan bahawa tidak boleh ada sebarang perkataan "OKTOBERFEST" digunakan dalam acara tersebut.

Bagamana Jika Syarat Gagal Dipatuhi?

Itu persoalan yang timbul. Bagaimana jika syarat yang ditetapkan kerajaan negeri Selangor gagal dipatuhi sedangkan acara itu nanti telahpun berlangsung. Inilah yang saya katakan alasan untuk meluluskan acara itu hanya tukar nama. Pesta arak ini memberi keuntungan besar kepada kerajaan negeri Selangor tidak kiralah dari segi kewangan mahupun sokongan politik. Yang pasti ianya memberi keuntungan. Maka dengan itu mereka tidak peduli apapun yang terjadi, yang penting bagi mereka adalah acara itu tetatp kena terus berlangsung.

Dalam pada itu kerajaan negeri sebenarnya wajib berhati-hati amaran yang telah dikeluarkan oleh PDRM mengenai ancaman keselamatan jika acara itu berlangsung. Kerajaan negeri nampak tidak mengendahkan. Mereka pasti akan salahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) jika kejadioan tidak diinginai berlaku. 

Terpulang kepada mereka. Jangan nanti"Berenang dalam arak" bertukar menjadi "Berenang dalam darah". Saya bukan mengugut atau menakutkan. Saya hanya mengulangi amaran PDRM yang mengakui kejadian seperti itu mungkin berlaku. Jika degil juga maka jangan kata amaran tidak diberikan.


Akhir sekali, keratan ayat ini sepatutnya saya letakkan di sebelah atas sekali tulisan sengaja saya letakkan di penghujung tulisan ini sebagai pertanyaan; Demikian juga ada disebutkan dalam sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang antara lainnya bermaksud.


“Dilaknat Allah akan arak dan orang yang membuatnya dan orang-orang yang meminumnya serta membelinya.: Disebutkan juga laknat paling besar kepada mereka yang menggalakkan orang ramai terutama orang Islam menerusi iklan di kaca-kaca televisyen, majalah, akhbar-akhbar tempatan, poster-poster di tepi jalan raya, persimpangan jalan, tayangan gambar dan segala macam iklan supaya meminum beer, brandy atau apa sahaja jenis arak yang nyata mendatangkan petaka kepada si pemimnumnya.

Siapa yang meluluskan acara ini? Siapa yang mengiklankan acara ini? Siapa yang bertangunggjawab ke atas acara ini?.... 

No comments: