PERKASA tanya kenapa labur di AS ketika rakyat sendiri melarat?



DATUK RUHANIE AHMAD merupakan naib presiden PERKASA merangkap Pengerusi Biro Ekonomi & Agenda Nasional Bumiputera - melihat gelaran dan jawatannya sudah membuatkan kita rasa beliau hebat dan berkarisma.

Namun ulasan yang diberikan oleh beliau kepada Malaysiakini yang memperlekeh usaha Perdana Menteri dalam pelaburan dengan AS adalah saya lihat sebagai ulasan sampah.

"Beliau secara semberono mengaitkan pelaburan Malaysia-AS bertujuan membuka fasiliti ketenteraannya di Sabah untuk membantu lojistik tentera AS di Basilan, Selatan Filipina bagi memerangi Abu sayyaf dan Daesh.

"Beliau juga menuduh berdasarkan kata-kata Presiden Trump bahawa Malaysia akan memainkan peranan besar dalam gerakan anti-terorisme di Asia Tenggara, belai menyoal adakah ini bermakna Kuala Lumpur memainkan peranan anti-terorisme menerusi gerakan serangan ketenteraan."

Kedua-dua tuduhan itu beliau letakkan tanda soal kononnya bertanya. Kenapa tidak matikan ayat itu sahaja adannyatakan tuduhan itu secara jelas kalai benar beliau pakar dalam bidang ini.

RUHANIE juga menuduh Perdana Menteri mengabaikan rakyat dengan pelaburan dilakukan kononnya ketika rakyat marhaen Malaysia sedang diseksa dan didera oleh kos hidup harian yang kian melambung. 

Saya rasa tidak perlu komen panjang ulasan beliau. 

Naib Presiden PERKASA, lihat sendiri keadaan PERKASA sekarang ini. Layakkan RUHANIE mengulas tentang ekonomi sedangkan PERKASA sendiri dalam keadaan yang tidak tentu hala. Kita sedia tahu PERKASA sendiri sumber kewangannya adalah dari menyapu projek dan meminta bantuan kewangan dari Kerajaan dan dalam masa sama menentang pemerintah.

RUHANIE selaku Pengerusi Biro Ekonomi & Agenda Nasional Bumiputera kena betulkan PERKASA dulu. Berhenti menyamun dan tunjukkan kehebatan melabur di dalam negara ini supaya menjadi contoh kepada kerajaan.

Macamana nak nasihat orang lain kalau diri sendiri yang berjawatan pun gagal menjaga dan membangun sebuah pertubuhan?.


No comments: