Menjawab Rafizi Bahagian 1 oleh Rizal Mansor


Pertama sekali saya ucapkan terima kasih kepada Rafizi kerana telah memberi respon panjang lebar terhadap persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh saya. Walaupun selama ini saya diiktiraf oleh Rafizi sebagai budak pengangkat beg.

Jawapan-jawapan yang diberikan oleh Rafizi itulah yang memang saya mahukan sebagai bukti dan pengesahan untuk beberapa tindakan selanjutnya. Selain itu, jawapan-jawapan yang diberikan oleh Rafizi juga telah menimbulkan beberapa lagi persoalan-persoalan baru yang mengejutkan. Dan menunjukkan betapa liciknya Rafizi cuba memperdayakan orang ramai dengan cara yang salah. Tak mengapa, kita selesaikan satu persatu.

Sebelum saya pergi lebih jauh, terlebih dahulu saya mahu memberitahu Rafizi, darjah kebesaran yang saya terima tidak membawa gelaran Datuk Seri sepertimana yang anda catitkan. Hanya membawa gelaran Dato' sahaja. Ish...ish...ish...jangan angkat saya tinggi sangat. Kan anda kata saya hanya budak pengangkat beg sahaja ?

Tentang dakwaan Rafizi bahawa saya telah melanggar Peraturan 21 (I) dengan mengambil bahagian dalam politik -

Saya tidak memegang apa-apa jawatan dalam politik, hatta sebagai pemeriksa kira-kira di peringkat cawangan sekali pun tidak.

Tentang dakwaan saya berkempen secara rasmi dalam PRK Kuala Kangsar -

Itu adalah pembohongan yang nyata. Saya tidak pernah menyertai dari sekecil-kecil hinggalah ke sebesar-besar kempen dalam PRK berkenaan. Sepanjang PRK itu saya hanya sekali ke Kuala Kangsar untuk mengikuti sidang media Rafizi berhubung dakwaan-dakwaan fitnah yang dilemparkan terhadap majikan saya. Saya mahu mendengar dengan teliti apa yang diungkapkan beliau terhadap majikan saya. Malangnya Rafizi telah bersikap pondan dengan menghalang saya dari mengikuti sidang medianya. Dan berlaku sedikit kekecohan di pintu masuk.

Tentang merasmikan mesyuarat Pemuda Umno -

Kehadiran saya adalah atas jemputan. Dan saya telah memastikan bahawa kehadiran saya tidak melanggar sebarang peraturan pegawai awam. Saya harap Rafizi jangan dengki dengan saya dalam hal ini. Tidak munasabah pula untuk Pemuda Umno menjemput Rafizi bagi merasmikan mesyuarat mereka. Saya faham emosi dan perasaan Rafizi sekarang ini. Saya faham beliau mudah tersentuh sekarang kerana semakin dipinggirkan dalam PKR. Telah lama dia tidak berucap atas pentas parti di depan ahli2 parti sendiri. Hingga terpaksa membawa diri bersama sebiji lori untuk berceramah depan puluhan orang sahaja.

Tentang dakwaan mengeluar kenyataan-kenyataan politik -

Saya tidak pernah membuat sidang media, kenyataan media sepertimana yang sering dilakukan oleh Rafizi. Saya hanya menulis dan meluahkan pendapat saya di FB peribadi sepertimana yang rakyat Malaysia lain lakukan. Dengan tulisan FB budak pengangkat beg pun Rafizi takut ke ?

Melihat kepada Rafizi yang mahu melaporkan saya kepada pihak atasan, bermakna saya telah membangkitkan perkara yang sensitif kepadanya. Yang boleh membawa kesan besar terhadapnya. Saya mencabar Rafizi meneruskan aduan terhadap saya, dan saya bersedia terima hukuman sekiranya bersalah. Rafizi juga harus bersedia jika ada tindakan yang diambil terhadap syarikatnya yang giat mengutip derma dari orang ramai.

Sekian untuk pusingan kali ini. Kita akan jumpa lagi di pusingan akan datang.

RIZALMANSOR

No comments: