Mahathir Salahkan Tun Razak, Salahkan Najib Kemudian mengakui tidak berbuat apa-apa untuk Sabah dan Sarawak sepanjang 22 tahun mentadbir negara.


Kenyataan Mahathir membangkitkan Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang menyaksikan Sabah dan Sarawak memberikan hak petroleumnya kepada kerajaan pusat dengan royalti lima peratus sebagai tukaran ketika dalam ucapannya di Sarawak benar-benar membuatkan saya 'kaget'. 

Ya, saya kaget mendengarkan Mahathir mendakwa hak Sarawak - terutamanya dalam soal minyak - terhakis ketika pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein dan anaknya, Datuk Seri Najib Razak.

Selama 22 tahun jadi Perdana Menteri apa yang dia buat? 

Kata Mahathir, Tun Razak meluluskan Akta Pembangunan Petroleum yang ketika itu dia bukan perdana menteri. Kerajaan seterusnya menggubal Akta Laut Wilayah 2012 ketika Najib menjadi perdana menteri.

Mahathir menuduh Tun Razak dan Najib menghakis hak-hak orang Sabah dan Sarawak ketika kedua-dua mereka menjadi perdana menteri.


Tapi pada masa yang sama mengakui tidak berbuat apa-apa untuk menilai semula Perjanjian Malaysia 1963 sepanjang 22 tahun mentadbir negara.

Lihat soalan saya, selama 22 tahun apa Mahathir buat?. Dengan selamba dia mengaku tidak berbuat apa-apa tetapi menyalahkan perdana menteri sebelum dan selepas zaman pemerintahannya.

Ingat lagi pengakuan Mahathir yang menyumbat Anwar Ibrahim ke dalam tahanan ISA tanpa sebab?. Lihat video dibawah.




Mahathir tidak ada rasa malu. Menganiaya orang kemudian mengaku dengan sengaja menganiaya orang itu tanpa sebab. Begitulah juga dengan apa yang berlaku di Sabah dan Sarawak yang telah dianiayanya selama 22 tahun.

Ketika program itu juga, HARAPAN turut membentangkan rangka manifesto mereka untuk Sarawak dengan merujuknya sebagai "wilayah", bukannya "negeri".

Ia memberi jaminan kepada lima hak, iaitu hak untuk sebuah kerajaan wilayah, hak untuk petroleum dan pulangan yang adil, hak untuk pembangunan tanah dan kemudahan asas, hak untuk pendidikan bermutu dan hak untuk pembangunan ekonomi dan pemberdayaan wanita, remaja dan golongan minoriti.

Saya begitu kasihan melihat orang Sarawak yang ditipu oleh orang tua penipu itu pada malam ini. Selama 22 tahun memerintah diamembiarkan Sabah dan Sarawak tanpa pembangunan tanpa pemerhatian dan membiarkan orang Sabah Sarawak hidup dalam keadaan serba daif.

Mujur dalam pemerintahan Najib kini Sabah dan Sarawak diberi perhatian penuh dan diberi pembangunan yang menyeluruh dan sama rata. Dasar prihatin itu telah membawa kepada pengumuman pengecualian dasar kabotaj kepada Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa 1 Jun 2017. 

Kerajaan Persekutuan berjanji membelanjakan sebanyak RMM38 bilion bagi pembangunan Sabah dan Sarawak dalam tempoh lima tahun akan datang, termasuk Lebuhraya Pan Borneo yang bebas tol.

Lebuh raya sepanjang kira-kira 2,083 kilometer itu akan menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei yang tidak pernah ada dalam fikiran Mahathir selama 22 tahun memerintah.

Jadi, adakah orang Sabah dan Sarawak mahu percaya kepada orang tua penipu ini lagi?

No comments: