LUPAKAN KEJAHATAN MAHATHIR


Pimpinan PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid bersetuju dengan pendirian Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa lupakan isu ‘mohon maaf atas kesilapan lampau’ dan fokus kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Abdullah berkata semua parti dalam pembangkang harus lupakan apa yang sudah berlaku dan terus mara untuk menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“Yang penting kita nak ke depan. Kita kena ke depan dalam semua pertembungan kita dengan Umno-Barisan Nasional (BN) dan juga kumpulan yang bersekongkol dengannya. Isu yang kebelakang ini, isu yang sebelum ini ialah isu yang menjadi sejarah.

“Bila jadi sejarah, kita perbaiki lah sejarah. Itu yang sepatutnya kita renung sebab kita nak kedepan. Jangan fikir banyak sangat benda yang lepas sebab sekarang ini kita nak kalahkan Umno-BN. Kita nak fokus pilihan raya, bukan sahaja Umno tetapi mereka yang bersekongkol dengan mereka,” katanya mengulas kenyataan Dr Mahathir yang mempersoalkan perlukah beliau memohon maaf terlebih dahulu sebelum boleh mengguling Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Makanlah, lupakan saja rupa bau bangkai itu asalkan perut kenyang," mungkin begitulah ungkapan yang sesuai bagi mengaitkan isu ini. 

Sebegitu sengsaranya Anwar Ibrahim diperlakukan oleh Mahazalim Mahathir, mengheret seluruh keluarga Anwar ke dalam peperangan politik sehingga tertubuhnya parti keadilan semata-mata untuk mempertahankan Anwar.

Akhirnya jawapannya lupakan saja isu itu?

Pandangan saya, Parti-parti pembangkang dalam negara ini tidak mampu meyakinkan rakyat untuk memilih mereka sebagai pemerintah baru. Segala fitnah selama ini tidak menjadi. Akibat buntu mereka terpaksa membuat keputusan sampai begitu yang saya percaya mengecewakan semua pejuang-pejuang reformasi.

Pejuang-pejuang reformasi yang yang begitu taksub dan percaya bahawa Anwar benar-benar telah dianiaya, telah difitnah, telah dibunuh kariernya oleh Mahazalim hari telah diperbodohkan dan dkhianati semata-mata kerana matlamat politik bodoh yang tidak ada hujung pangkalnya.

Apa nilai perjuangan yang ada? Selepas Anwar dijatuhkan dengan begitu hina, Tun Pak Lah dinaikkan takhta yang kemudiannya dijatuhkan pula untuk menaikkan Najib dan kini Najib pula mahu dijatuhkan untuk digantikan dengan yang baru pula. Apa kesudahannya?

Kesudahannya ialah pembangkang dalam negara ini yang merasakan mereka cerdik dan berstrategi rupanya masih di takuk lama dipergunakan dan diperbodohkan oleh Mahathir. Bukankah selama ini mereka mengatakan Mahathir itu jahat, zalim, tak beguna, kuku besi dan sebagainya... 

Dulu kini dan selamanya Mahathir tetap begitu. Kalau dahulu Mahathir mengusai kerajan dan pembangkang dengan kuasa diktatornya, hari ini begitulah juga. Buktinya PKR dan Pakatan Harapan telahpun memaafkannya atas segala dosa dan kejahatan yang pernah dilakukannya terhadap parti-parti itu.

No comments: