Hari ini aku dihubungi oleh seseorang dan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada aku.
Aku terkejut dan betanya untuk apa?, katanya sebab dia dapat bantuan rumah nelayan.
Aku tersenyum dan berkata kepadanya yang bantuan itu adalah datangnya dari sebuah kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat terutamanya nelayan.
Aku juga katakan padanya, berterimakasihlah kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional kerana menunaikan janji-janji yang telah dibuat kepada rakyat dan bukannya seperti Parti Pakatan Rakyat yang hanya tahu berjanji dan memungkirinya.
Sambil bersembang dia mengakui amat gembira dengan bantuan itu walaupun tidak seberapa tetapi sudah cukup untuk menyelesaikan masalah rumahnya yang kian mereput dan entah bila menunggu rebahnya.
Menurutnya lagi, banyak keluarga di kampung itu yang menerima bantuan yang sama dan menjemput aku untuk mengambil gambar bagi membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional amat prihatin dan mematuhi janji.
Aku menerima pelawaannya dan berjanji akan kesana secepat mungkin setelah selesai beberapa urusan aku di sini.
1 comment:
Salam perjuangan. Blog tuan telah dipautkan. Mohon pautan semula tuan jika tak keberatan
apple-biru.blogspot.com
tkiu..
Post a Comment