06 December 2012

Hidup Besekedudukan Ditangkap Basah





'ADAKAH nafsu untuk berkuasa mengatasi prinsip perjuangan? Adakah matlamat telah menghalalkan cara? Tidak mengapalah kalau tidak melibatkan orang lain, tetapi apa yang tragisnya, ia telah menjadi pesta fitnah, propaganda jahat dan pendustaan yang ditujukan kepada UMNO serta seluruh rakyat Malaysia.''

Itulah persoalan yang dilontarkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Pas ketika beliau menghuraikan sikap parti pembangkang tersebut ketika menyampaikan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung UMNO, baru-baru ini.

Persoalan ini bukan sahaja ditanya oleh Najib tetapi juga oleh sebahagian besar orang Melayu dan umat Islam yang mungkin semakin hairan dengan sikap berpolitik Pas dari semasa ke semasa.

Ingin berkuasa sehingga mengatasi prinsip perjuangan dan sikap matlamat menghalalkan cara adalah corak politik Pas sekarang. Mereka seolah-olah hilang hala tuju dalam usaha untuk meraih kuasa politik.

Najib membangkitkan persoalan mengenai sikap Pas itu bukan kerana bimbang dengan ancaman kononnya Pas akan menggantikan UMNO, tetapi apa yang lebih membimbangkan Perdana Menteri ialah sikap berpolitik Pas itu boleh membahayakan bangsa, agama dan negara.

Ini memandangkan Pas sedia melakukan apa sahaja asalkan mereka boleh berkuasa. Pas tidak mempertimbangkan kesannya kepada masa depan orang Melayu dan umat Islam.

Kita tidak harus lupa, ini bukanlah kali pertama Pas bersedia bekerjasama dengan parti pembangkang lain semata-mata untuk mencapai impian politik mereka.

Pada tahun 1990, Pas bergabung dengan Parti Melayu Semangat Melayu (S46) atas nama Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan pada masa itu juga kita melihat bagaimana hipokritnya Pas apabila kononnya tidak mahu dikaitkan dengan DAP, Pas membiarkan S46 menjalinkan kerjasama dengan parti cauvinis itu atas nama Barisan Alternatif.

Kerjasama carca marba ini menimbulkan persoalan apa bentuk pemerintahan yang hendak dilaksanakan kalau pembangkang diberi mandat memerintah negara itu.

S46 bekerjasama dengan DAP tetapi Pas hanya mahu bekerjasama dengan S46 tetapi ketiga-tiga ini berada dalam satu kapal, oleh itu ke arah manakah mahu dituju.

Ternyata kerjasama berkenaan tidak bertahan, S46 'berkubur', Pas dan DAP membawa haluan masing-masing.

Selepas itu apabila tercetusnya krisis kepimpinan dalam UMNO pada 1998, Pas mengambil kesempatan untuk bekerjasama pula dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kali ini biar pun memahami pertentangan ideologi yang cukup ketara dengan DAP, Pas bersedia duduk semeja.

Bagaimanapun kesepakatan itu tidak begitu membuahkan hasil dalam pilihan raya umum 2004. Tetapi Pas tidak berputus asa, dalam keghairahan memburu kuasa Pas terus kekal dengan kerjasama berkenaan dengan menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peneraju utama pakatan pembangkang.

Dalam Pilihan Raya Umum 2008, kelemahan kepimpinan negara itu dimanipulasikan sepenuhnya oleh pakatan pembangkang untuk memperdayakan rakyat.

Mereka mencapai kejayaan agak cemerlang, termasuk menawan Kedah, Perak (selama 11 bulan), Selangor, Pulau Pinang dan terus kekal berkuasa di Kelantan.

Pas begitu berbangga kerana bukan sahaja mampu bertahan di Kelantan dan menawan Kedah, tetapi juga menumpang semangkuk berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor biar pun dilayan bagaikan melukut di tepi gantang.

Bagaimanapun keghairahan dan nafsu politik Pas untuk terus berkuasa di peringkat pusat dengan meletakkan misi menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP tidak pernah reda.

Oleh itu, Pas bersedia mengorbankan dasar perjuangannya daripada negara Islam kepada negara berkebajikan. Tetapi apa yang malangnya, bukan sahaja prinsip perjuangan sendiri dikorbankan, malahan tiupan politik kebencian terhadap UMNO semakin dipertingkatkan.

Keadaan itu menggembirakan PKR dan DAP kerana kedua-dua parti itu sememangnya memerlukan sokongan Pas untuk meraih undi orang Melayu.

Walaupun tiada jaminan bahawa orang bukan Melayu yang menyokong PKR dan DAP akan memberi undi kepada Pas, namun Pas tidak peduli kerana mereka sudah termimpi-mimpi untuk menggantikan UMNO.

Oleh itu dengan merelakan apa sahaja tindak-tanduk PKR dan DAP, Pas hanya menjadikan UMNO sebagai sasaran serangan berkenaan.

Pas tidak peduli kalau pemimpin PKR melakukan tindakan bertentangan dengan Islam atau DAP menentang perjuangan Islam mereka, apa yang penting UMNO harus diserang habis-habisan termasuklah mendoakan kehancuran parti yang dianggotai dan dipimpin oleh insan yang seagama dan sebangsa dengan mereka. Inilah corak politik bersekudukan Pas dengan PKR dan DAP.

Walaupun Pas menyedari bahawa UMNO sudah banyak berjaya dalam meningkat martabat Islam di negara ini dan amat penting terus dibiarkan menjadi teraju utama pemerintahan negara demi bangsa, agama dan negara, namun Pas langsung tidak memikirkan perkara itu.

Pas terlalu bernafsu hendak menggantikan UMNO biar pun mereka sekadar pak turut dan melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang.

Tetapi hakikatnya tanpa mereka sedar apa yang mereka lakukan ibarat sedang mempertaruhkan kedudukan bangsa, agama dan negara secara rakyat Malaysia keseluruhan dalam bahaya.

Namun tidak kiralah apa pun politik fitnah dan tohmahan pembangkang, UMNO seperti mana kata Najib tidak akan berundur selangkah pun dalam mempertahankan kesucian Islam, bangsa dan negara ini.

Oleh itu terserahlah kepada Pas untuk meneruskan politik bersekudukan mereka tetapi percayalah apa yang mereka lakukan tidak akan sama sekali menguntungkan parti itu.

Sebaliknya, Pas akan menjadi parti yang paling rugi di muka bumi Allah ini. Ia memandangkan sudah pasti PKR dan DAP akan memperalatkan kekuatan dan kemampuan Pas untuk meraih undi demi menawan Putrajaya.

Dan apabila matlamat mereka sudah berjaya maka Pas akan ditinggalkan kerana ketika itu khidmat 'lebai malang' sudah tidak diperlukan untuk bersorak lagi memandangkan segala-galanya sudah tergadai.

Justeru kepada orang Melayu dan umat Islam fahami politik matlamat menghalalkan cara yang dilakukan oleh Pas melalui 'politik bersekedudukan' dengan PKR dan DAP kerana mereka mempunyai pilihan supaya tidak menjadi mangsa apatah lagi penyumbang kepada kehancuran agama, bangsa, dan negara.

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *