01 December 2012

Akibat Tulisan Macam Longkang Akhirnya Harakah dan Keadilan Daily akan Disaman


Akibat tulisan macam longkang, akhirnya lidah rasmi PAS dan Keadilan akan disaman oleh Felda.

Inilah akibatnya bila menulis mengikut nafsu syaitan hingga sanggup memfitnah semata-mata untuk medapat tempat di dalam kelompok pemerintahan.


KUALA LUMPUR - Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyangkalkan dakwaan Mazlan Alimin, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang menyatakan kononnya Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) melalui Felda Iffco Oil Products (FIOP) menjual minyak sawit kepada syarikat Israel.

Tuduhan palsu itu menjadi berita muka depan surat khabar Suara Keadilan bertarikh 27 November 2012 dan Harakah bertarikh 26 - 29 November 2012.

"Memang pembangkang ini pembohong. Saya ingin mengulang, pembangkang ini memang kumpulan pembohong dan penfitnah," katanya dalam sidang akhbar khas di Perhimpunan Agung UMNO 2012, PWTC.

Ahmad Maslan menegaskan akan menfailkan saman terhadap kedua-dua lidah rasmi pakatan haram dalam waktu terdekat ekoran laporan jahat dan bermotifkan politik.

Beliau menolak fitnah dan menjelaskan bahawa kumpulan Felda, selain mengeluar dan menjual minyak sawit, mereka turut membeli minyak sawit bagi memenuhi keperluan pada masa tertentu, daripada pelbagai pihak menerusi Felda Iffco Oil Products (FIOP) melalui kaedah kontrak rangkaian.

Kontrak rangkaian adalah kontrak di mana entiti terlibat pada awalnya berurusan dengan pelbagai pihak bagi membina satu rangkaian yang menghubungkan 'pembekal' kepada 'pembeli' akhir.

FIOP sebagai salah sebuah syarikat yang terlibat di dalam kontrak rangkaian tersebut tidak mempunyai hak untuk memastikan siapa pembeli seterusnya setelah menjual produk sepertimana urusniaga untuk mana-mana produk.

Bunge Agribusiness Singapore Private Limited seperti dalam laporan oleh lidah pakatan haram bukannya sebuah syarikat Israel. Ia adalah anak syarikat Bunge Limited, sebuah syarikat senaraian awam di Amerika Syarikat, dimana Malaysia sememangnya punya hubungan diplomatik dan perdagangan.

Beliau menekankan bahawa polisi Kumpulan Felda adalah jelas bahawa Felda tidak pernah dan tidak akan pernah menjalankan sebarang urusniaga dengan Israel.



No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *