Mungkin aku bukan orang yang sesuai untuk merungkai pertikaian tentang tahaluf yang dimaksudkan oleh orang PAS tetapi secara lojiknya apa yang dilakukan berbanding yang dikatakan oleh orang PAS adalah macam pencuri yang ditangkap nak melapaskan diri.
Terlalu banyak sebab musabab yang digunakan oleh orang PAS untuk menghalalkan pakatan mereka dengan DAP Komunis dan salah satunya adalah TAHALUF.
Aku rasa tak payah bincang panjang bab tu sebab cerita ni cerita lama cuma kebelakangan ini PAS sibuk menggunakannya dan terbaru dalam HARAKAH Dato' Dr. Haron Din sekali lagi menjelaskannya dengan terperinci.
Aku tidak berani mengatakan penjelasan itu salah tetapi aku mempersoalkan perlaksanaannya di dalam Parti PAS dan Pentadbiran PAS dalam kerajaan Negeri yang diperintahnya.
Apa yang jelas dilihat di sini maksud 'TAHALUF' PAS boleh dikategorikan sebagai 'cucuk hidung, tarik tali, ikut saja', ini terbukti dalam sejarah sejak PAS bertahaluf bersama DAP dimana PAS hanya menjadi Pak Turut dan Pak Sanggup atas arahan DAP.
Salah satu contoh terbaik dimana Dato. Dr Hassan Ali yang dipecat kerana mempertahankan kalimah Allah. Jika itu ada alasan bagaimana dengan usaha Hassan Ali mengekang masalah penjualanarak kepada anak muda Islam yang mana arak yang dirampas dipaksa dipulangkan semula.
Adakah Rasullullah berbuat demikian?..
Dalam pentadbiran Negeri Selangor hari ini dengan masalah sosial yang semakin meruncing akibat daripada lambakan Rumah Urut, Pusat judi, Pusat Hiburan dan Rumah pelacuran apa tindakan PAS sebagai rakan TAHALUF DAP?..
Dr. Dzulkefly Ahmad selaku Pakar Stategi PAS yang sangat tinggi ilmu Islamnya hanya mampu memandang rumah urut yang dibina disekelilingi Pusat Khidmat Masyarakatnya dan sebagai Orang Islam PAS apakah tindakan untuk mengekang masalah tersebut?.. Pandang saja??...
Adakah Rasulullah buat begitu?..
Sebagai pemerintah yang diamanahkan oleh rakyat, PAS dilihat lebih memetingkan gerakan jatuhkan kerajaan berbanding usaha untuk membantu dan mentadbir rakyat yang melentik mereka sebagai pemimpin, dalam islam adakah pemimpin yang dilantik kerjanya hanya begitu?.. memfitnah.. mencaci maki.. dan mencari salah orang lain??
Aku tahu lepas aku tulis ni ramai akan komen dan kata aku gila dan tak layak untuk mengulas cerita ini tapi aku ceritakan tentang pengalaman yang benar berlaku di depan mata dan Orang PAS hanya mampu pandang saja sebab ikatan TAHALUF mereka dengan DAP.
Hingga hari ini tiada langsung kelihatan usaha PAS untuk memperkukuhdan memperkuat Islam selain menjadi Pak Turut kepada DAP. PAS langsung tak berani angkat muka jika DAP bersuara dan terbukti hingg hari ini Karpal Singh yang duduk di atas kerusi roda dengan seluruh badan yang menggeletar itu lebih berkuasa dari PAS yang ada puluhan ribu askar Briged Amal.
Laungan"Langkah Mayat Saya Dulu" oleh Karpal Singh ternyata membuatkan semua pemimpin PAS hilang telornya.
DAP sebenarnya adalah Tuhan kepada PAS dan bukannya rakan TAHALUF.
Mohon pencerahan dan buktikan jika apa yang aku katakan ini salah!!
No comments:
Post a Comment