ADUN PAS SOKONG RUMAH URUT SAMPAI PANCUT DI SELANGOR?? DAH GILER KE PARTI ISLAM YANG TAK BERAPA NAK ISLAM NI?


Ini memang berita yang amat mengejutkan apabila parti yang selama ini mengaku sebagai pejuang Islam sejati beria-ia menyokong perniagaan rumah urut yang selama ini menjadi isu dan perdebatan hebat di kalangan umat islam yang amat risau dengan masalah yang ditimbulkan oleh perniagaan terbabait.

Menurut Adun Bangi Mohd Shafie Ngah, beliau menyokong cadangan Exco Selangor yang bertanggungjawab terhadap kerajaan tempatan agar mengasingkan, memisahkan rumah urut reflexsologi mengikut jantina untuk membendung masalah sosial dan aktiviti tidak sihat.

Niat dan rancangan itu memang baik tetapi seperti biasa kita menilai bagaimana usaha itu boleh direalisasikan di Negeri Selangor khususnya yang semua orang tahu bahawa PAS hanyalah boneka kepada DAP parti perkauman yang kini menguasai pemerintahan Negeri Selangor.

Sebelum ini sudah ada cadangan untuk mengasingkan penonton lelaki dan perempuan di dalam pawagam di Kuala Selangor tetapi ianya mendapat tentangan hebat dan maki hamun dari Exco DAP Selangor dan akhirnya ia cuma tinggal angan-angan dan sekali lagi Islam yang dibawa PAS berjaya dianjingkan oleh DAP.

Begitu juga dengan kes Dato Dr Hasan Ali yang menentang penjualan arak di kawasan yang penduduknya majoriti melayu di Selangor hingga ada rampasan dibuat tetapi bila EXCO DAP datang dengan penuh gaya "Gangster" akhirnya arak yang dirampas itu terpaksa dipulangkan semula dan sekali lagi PAS yang penuh dengan Islam yang sangat hebat dianjingkan..

Kes serbuan terhadap rumah ibadat haram yang menjalankan aktiviti murtad oleh Dato Dr Hasan Ali juga tidak mampu dipertahankan oleh PAS hingga Hassan Ali dibuang dari PAS atas alasan mempertahankan akidah umat Islam dan sekali lagi PAS dianjingkan.

Berbalik kepada isu rumah urut yang puratanya menjalankan aktiviti di sebalik aktiviti yang melibatkan pelacuran dan maksiat yang sememangya memerlukan percampuran anatara jantina bagaimana PAS boleh percaya bahwa vadangan itu bisa dilaksanakan?

Semua ini adalah retorik semata demi menghalalkan perniagaan yang memberi keuntungan besar kepada "Taiko-Taiko" DAP dan untuk menutup mulut orang PAS yang kurang cerdik maka cadangan itu dilemparkan sekaligus berkya menutup mulut orang PAS yang tidak puas hati dengan aktiviti tersebut.

Kuala selangor sendiri menyaksikan kejayaan besar dalam peniagaan rumah urut dimana sepajang pemerintahan pakatan rakyat di Kuala Selangor dibawah Dr Dzukefly Ahmah berjaya membiarkan hampir sepuluh rumah urut mengelilingi Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat milik bekas Ahli Parlimen itu.

Dan kini setelah masuk penggal kedua pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor mampukan PAS yang hanya menjadi "ANJING BELAAN" DAP untuk menghapuskan aktiviti itu hanya dengan cadangan "pengasingan"? sedangkan di pawagam pun tidak mampu inikan pula di dalam rumah urut yang menyediakan perkhidmatan yang"SEDAP-SEDAP"?.

Sebenarnya apa yang dicadangkan oleh EXCO dari DAP amaran kepada PAS supaya tidak menganggu aktiviti mereka dan sebagai balasan untuk jawapan kepada ahi PAS yang berjaya dibodohkan oleh mereka maka jawapan kepada soalan itu diberikan "KITA AKAN ASINGKAN JANTINA UNTUK RUMAH URUT".. agak-agak orang PAS terima tak?

Jawapannya mestilah terima sebagaimana Parti PAS menerima upah "NASI BASI" dari tuannya DAP sebagai upah menjaga rumah dan tuan rumah PARTI itu.


No comments: