@DrDzul BEKAS AHLI PARLIMEN KUALA SELANGOR PERSALAHKAN PENGUNDI KERANA GAGAL MENANGKAN PAKATAN RAKYAT?



Setelah mengalami kekalahan yang amat memalukan bagi seorang yang bergelar Pakar Strategi hari ini Dr. Dzulkefly Ahmad a.k.a @DrDzul muncul kembali meng'GLAMER'kan dirinya dengan kenyataan yang berupa satu ugutan kepada pengundi yang tidak mengundinya.

Ayat yang berbunyi:

"Akibat menolak usaha Negara Berkebajikan oleh Pakatan Rakyat semua akhirnya akan menjadi mangsa Umno BN yang sedang bergelut untuk mengutip semula dana selepas berbelanja besar dalam pilihan raya lalu." - Harakah.

@DrDzul bercakap seolah dia faham sangat dengan cara kerja dalam pentadbiran kerajaan yang kononnya akan menaikkan harga bahan api.

Malah @DrDzul juga mempersoalkan niat kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam pada 1 julai ini:

"Dzulkefly turut tidak menolak pengumuman kerajaan UmnoBN untuk menaikkan gaji penjawat awam mulai 1 Julai akan datang sebagai tidak mustahil satu isyarat untuk berlakunya kenaikan harga barangan tidak terkecuali petrol"-Harakah.

Mengapa @DrDzul yang dulu memperjuangkan nasib rakyat dan penjawat awam hari ini mempersoalkan niat kerajaan untuk menaikkan gaji pekerjanya?.. Bukankah dulu Pakatan Rakyat yang beria-ia nak menaikkan gaji penjawat awam dan mengapa hari ini bila kerajaan berbuat demikian beliau memperlekehkannya?..

Kata-kata ini adalah kata-kata kecewa orang yang tewas, bagaimana mahu kembali ke dalam medan tempur jika seorang "Panglima" yang merancang strategi peprangan tewas?.. Ibarat mengorbankan puluhan ribu nyawa tapi mahu kembali menjadi teraju dalam peperangan yang akan datang.

"Sudah Kalah Kalah Lah Weiiii" ayat yang sesuai untuk @DrDzul, berundurlah dan bertaubatlah ke atas segala dosa yang telah kau lakukan selama kau berjuang untuk memuaskan nafsu untuk berkuasa dan dihormati.

Dan satu lagi, janganlah bercakap pasal rasuah dan ketirisan kerana kamu sendiri telah gagal dalam menyelesaikan masalah penduduk kuala selangor.

Cuma satu pencapaian yang aku akui dan aku bangga kamu sebagai Ahli Parlimen di Kuala Selangor adalah kejayaan kamu menjadikan Kuala Selangor Lubuk Rumah Urut dan Pusat Perjudian terbaru dalam Negeri Selangor.

Tahniah Kerana kamu memang pakar dalam bidang itu dan tinggalan usaha kamu itu akan menjadi kenangan yang terindah buat anak cucu dan keturunan kamu @DrDzul.


No comments: