14 June 2013

ZIN BADAK TERIMA WANG ANWAR UNTUK KALAH DI SELANGOR.. UNGKU SALLEH ADA HUBUNGAN DENGAN KEM PEMBANGKANG?


Dato' Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed (Zin Badak) masih mampu tersengeh dalam gambar tu tetapi bukan dalam kini dia mungkin tidak boleh senyum mengenangkan perbuatannya mengkhianati UMNO Selangor dalam PRU 13 baru-baru ini.

Sebagai Timb. Pengarah Pilihanraya Selangor,  Zin terus dipersalahkan dan dalam sehari dua ini pendedahan yang lebih besar telah dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh Ungku Jamal.

Menurut beliau, Zin telah diberikan sejumlah wang oleh Dato Seri Anwar Ibrahim untuk kalah di Selangor.


Memang berat tuduhan itu tetapi pendedahan yang dibuat oleh blog inigoblogpolitik.com bukan sembarangan jika tiada bukti. 

Jika benar tuduhan itu maka tindakan tegas mesti diambil dan Zin Badak harus dihalau dari Selangor kerana tindakan yang tidak bermoral hingga menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional di Selangor.

Selain itu, Ungku Salleh juga harus disiasat untuk membuktikan apa penglibatan beliau dalam kes ini dan apa tujuan beliau membuat pendedahan sebegitu rupa.

Selain itu, dari mana maklumat mengenai perkara ini diperolehi oleh UNgku Salleh juga harus dipandang berat, apa penglibatan dan tujuan beliau mendedahkan perkara ini?.

Adakah Ungku Salleh juga mempunyai hubungan dengan kem pembangkang?..

Menurut maklumat Ungku Salleh sehingga hari ini gagal dihubungi... 


2 comments:

Anonymous said...

Sangat hairan si nuar brahim begitu yakin akan menang dalam pru13, untuk dia, anak dia dan beberapa konco dia. Dahsyat keyakinan dia. Ada kah mungkin ada penyelewengan dan penipuan dilakukan oleh si nuar, dengan mengunakan duit untuk membeli kemenangan? Si nuar memang kita tahu banyak songlap duit semasa dia kena buang sebagai TPM.

Anonymous said...

Bukan zin badak saja yang terlibat ada 3 lagi sama sama terlibat tapi berlainan kawasan ianya jumlah wang yang besar....haaaa nak lari mana ....

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *