23 TAHUN MENJADI KETUA KERAJAAN, SAYA MENTADBIR PEMIKIRAN RAKYAT - NIK AZIZ NIK MAT




Bekas Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, melahirkan rasa terharu atas penghargaan yang diberikan Sultan Kelantan Sultan Muhammad Ke-V kepadanya.

Beliau mengakui hatinya begitu tersentuh dan tidak tahu apa yang ingin diperkatakan apabila tuanku menyatakan penghargaan dan berterima kasih kerana telah mengetuai kerajaan dalam tempoh 23 tahun.

Antara ulasan yang menarik daripadanya ialah:

Jika ingin mendapat rahmat dan balasan baik dari Allah, ikutlah perintahNya jika ikut demokrasi ciptaan barat bukan cara Islam, sebaliknya hawa nafsu.

“Oleh hal yang demikian dalam tempoh 23 tahun menjadi ketua kerajaan, saya mentadbir pemikiran rakyat,”ujarnya.

Hal ini kerana, tegasnya daripada pemikiran rakyat yang menjadi baik, ekonomi juga akan berkembang."

Bukan hendak menidakkkan katanya tetapi jika kita lihat dengan mata kepala sendiri apabila anda tiba di Negeri Kelantan maka anda akan faham apa yang dikatakan oleh Nik Aziz ini adalah satu pembohongan dan langsung tidak boleh diterima pakai.

Selama 23 tahun mentadbir pemikiran rakyat yang dimaksudkan lebih kepada "membodohkan rakyat" hingga sanggup mengkafirkan bangsa seagama sendiri.

Mentadbir pemikiran rakyat menjadikan Rakyat Kelantan hanya percaya kepadanya hingga percaya dengan mengundi PAS maka syurga boleh dicapai dengan mudah.

Juga mentadnbir fikiran rakyat menjadi lebih baik hinggga ekonomi Rakyat Kelantan bergantung kepada Rakyat Kelantan yang terpaksa mencari rezeki di luar Negeri Kelantan.

Baik sangat Ekonomi yang dijana oleh pentadbiran Nik Aziz hingga budak seawal umur 18 tahun keluar dari Negeri Kelantan untuk mencari pendapatan membantu keluarga mencari sesuap nasi.

Sebenarnya Nik Azizlah yang mentadbir negeri dengan berpandukan nafsu dan syok sendiri, menganggap pemerintahannya adalah yang terbaik dan bangga apabila dapat memperbodohkan rakyatnya sendiri.

Maka dengan berpandukan nafsu itu juga Nik Aziz kekal memerintah selama dalam tempoh yang sangat lama...

1 comment:

Muslim said...

Mentadbir pemikiran rakyat, hingga jadi golongan taksub. Mulia, baik dan solehkah rakyat Kelantan hasil 23 tahun pemikirannya ditadbir oleh NA ?