KUALA LUMPUR 27 Mei - Enam pemimpin pembangkang di lima buah negeri hari ini dihadapkan ke mahkamah kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.
Kesemua mereka didakwa gagal memaklumkan kepada ketua polis di daerah masing-masing mengenai perhimpunan yang bakal diadakan dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh program.
Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan.
Pada 17 Mei lalu, Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan serupa berhubung perhimpunan di sebuah stadium di Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.
DI IPOH, dua pemimpin pembangkang di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen kerana melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan dua perhimpunan di bandar raya ini pada 9 dan 12 Mei lalu.
Dua pemimpin terbabit ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur, Thomas Su Keong Siong, 47, daripada DAP dan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Mohammad Anuar Zakaria, 46.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka secara berasingan di hadapan Hakim Julie Lack Abdullah.
Keong Siong yang juga bekas Ahli Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 7.30 malam, 9 Mei lalu di Wisma Chin Woo.
Mohammad Anuar pula didakwa melakukan kesalahan serupa pada masa sama, 12 Mei lalu di perkarangan Ibu Pejabat PKR Perak, dekat Medan Istana, Bandar Ipoh Raya.
Mereka berdua yang memakai suit hitam didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM10,000.
Keong Siong diwakili barisan 10 peguam diketuai oleh Gobind Singh Deo sementara Baldip Singh mengetuai tiga peguam yang mewakili Mohammad Anuar.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fadhi Abdul Wahab yang mengendalikan pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 terhadap kedua-dua pemimpin pembangkang itu bagi menjamin kehadiran mereka di mahkamah
Gobind bagaimanapun membantah cadangan itu dengan alasan anak guamnya hanya merupakan orang kena saman (OKS) dan kes itu tidak melibatkan sebarang kekerasan.
Julie kemudian membenarkan Keong Siong dan Mohammad Anuar masing-masing dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 berserta seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 19 Julai ini.
DI BUTTERWORTH, Setiausaha Eksekutif Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Ong Eu Leong dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan menganjurkan perhimpunan tanpa kebenaran di Stadium Negeri Batu Kawan pada malam 11 Mei lalu.
Eu Leong yang merupakan penganjur perhimpunan tersebut sehingga menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang jalan menuju ke stadium berkenaan didakwa di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Eu Leong, 44, yang didakwa sebagai orang kena saman (OKS), mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan itu.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi kemudian membenarkan Eu Leong dibebaskan tanpa sebarang jaminan sementara menunggu sebutan kes yang ditetapkan pada 27 Jun ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amir Hamdzah Othman manakala Eu Leong diwakili sekumpulan lapan peguam diketuai R.S.N. Rayer.
DI SEREMBAN, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sembilan, Mohd. Nazree Mohd. Yunus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa gagal memberitahu Ketua Polis Daerah Seremban dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan diadakan pada pertengahan bulan ini.
Mohd. Nazree, 29, sebagai penganjur program Ceramah Umum Pasca Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di negeri ini didakwa melakukan kesalahan itu di tapak tempat letak kenderaan di sebelah Jalan Haruan 4/7, Pusat Komersial Oakland di sini pada pukul 8.30 malam, 17 Mei lalu.
Mohd. Nazree selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan negeri, Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad
Akram Gharib manakala Mohd. Nazree diwakili peguam Tang Jayson, Cha Kee Chin, dan Hanif Hasan.
Jagjit kemudian memutuskan untuk membebaskan Mohd. Nazree dengan ikat jamin RM5,000 berserta seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 25 Jun ini.
DI JOHOR BAHRU, Setiausaha Eksekutif Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, R. Yuneswaran didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 semasa menganjurkan perhimpunan pada 15 Mei lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Iskandar Ahmad yang mengendalikan pendakwaan menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.
Hakim Muhammad Jamil Hussin kemudian memutuskan bahawa Yuneswaran tidak perlu diikat jamin dan menetapkan sebutan kes pada 10 Jun ini.
DI KUANTAN, Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Kamarzaman Mohamed Yunus dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 ketika menganjurkan perhimpunan di Jalan Beserah pada 14 Mei lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 8.30 malam, 14 Mei lalu di kawasan Pejabat Perhubungan Negeri PKR Pahang, Lot 1051, Kilometer 8, Jalan Beserah di sini.
Hakim Fathiyah Idris membenarkan Kamarzaman diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 27 Jun ini.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid manakala Kamarzaman diwakili peguam, Mohd. Nizam Hamid.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130528/po_07/Enam-mengaku-tidak-bersalah#ixzz2UbNDcwec
© Utusan Melayu (M) Bhd
1 comment:
Semasa saya tersesat menjadi penyokong BUTA, TULI, BONGKAK dan BODOH PKR dulu, saya mendapati ramai peguam dan hakim, direkrut menjadi ahli PKR, termasuklah anak muda professional Melayu dan Bumiputera lain yang makin bongkak seperti kacang lupakan kulit dan rumpun asalnya (saya percaya ramai yang bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab nak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS). Ini amat membimbangkan kerana saya amat mengesyaki mereka mahu menawan sistem Perundangan, Guaman dan Kehakiman dan Jabatan Perkhidmatan Awam di Malaysia! Sebab itu samseng PKR/DAP tak takut lansung langgar undang-undang termasuk mengapi-ngapikan Cina muda untuk benci melampau orang Melayu/UMNO, seperti yang berdemo tak habis-habis termasuk buat huru-hara depan balai polis, dan di Facebook si Cina pengganas, nama Venus di Sydney, yang sampai mengugut nak bunuh PM dan bekas PM kita. Polis dan KDN, mesti jangan biarkan hakim-hakim dan peguam-peguam PKR/DAP PIJAK undang-undang macam sampah dan mengajar anak muda yang masih berhingus meleleh terus menjadi samseng atau pengganas macam Cina pengganas itu! Dahlah tu, pengganas Cina ni panggil PM tercinta kita ‘najis’ – dan DAP-si Kit Sial pula, panggil PM ‘syaitan’! Kurang ajar betul – tak ada lansung perasaan mengenang budi dan saling menghormati sesama kaum, terutamanya seorang PM. Kita layan dengan baik lepas mereka dibawa penjajah British durjana, bagi kerakyatan dan juga Singapura dengan mudah sekali, dan PM kita begitu berbudi bahasa dan menabur bakti kepada orang Cina.
Apalagi si kacang lupakan kulit Melayu dan Bumiputera lain, sering teruja membaca akhbar bahasa Inggeris termasuk media pro-PKR/DAP seperti Malaysiakini, Malaysian Insider, FreeMalaysiatoday, Malaysiatoday, The Star, tanpa pandangan yang perlu kritikal kerana bahasa Inggeris adalah bahasa kuat Penjajah barat-Zionis (memang penting sebagai bahasa antarabangsa, tetapi hanya sebagai bahasa kedua, bukan untuk menggantikan bahasa nenek moyang berzaman kita, bahasa Melayu dan Bumiputera lain). Media dan penyokong pengkhianat ini juga sering menggunakan falsafah Barat yang amat mengasyikkan seperti “democracy, equality, freedom dan human rights” dengan objektif utama untuk terus menghapuskan hak, identiti, warisan dan tanah Bumiputera (juga bermakna "Native/Indigenous/Tribal/Orang Asal/Aboriginal") dan agama Islam. Sebab itu geng PKR/DAP sekarang kuat berkempen nak ganti kat sekolah national dengan bahasa Inggeris -jadi janganlah kita terperangkap dengan tunduk kepada gertakan tak habis-habis mereka, yang juga mahu menghapuskan sifat Nasionalis Melayu dan Bumiputera lain (dari sebelum dijajah British durjana dan dari zaman Kemerdekaan lagi), melalui bahasa. Biar terus belajar bahasa Inggeris hanya sebagai bahasa kedua!
MAKCIK Tempurung.
(PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai "Pakcik Tempurung" untuk mengelirukan pembaca).
Post a Comment