09 May 2013

[KIAMAT] STADIUM KELANA JAYA HAMPIR RUNTUH DIPENUHI PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DAN DAP TELAH BERJAYA HANCURKAN BANGSANYA SENDIRI IAITU BANGSA CINA KERANA KUASA


Apa yang berlaku di Stadium Kelana Jaya hari ini akan menjadi iktibar dan sejarah yang akan dikenang sebagai sejarah yang paling bodoh dalam peradaban manusia yang bergelar rakyat Malaysia.

Mereka yang berkumpul ini dimomok-momokkan kononnya PRU yang baru berlaku telah dilaksanakan dengan penuh penipuan dan tidak telus.

Jadi mereka turun ke jalanan kononnya hari ini protes dijalankan dengan cara yang aman dengan penuh sopan santun.

Tetapi mengikut maklumat setakat jam 11 malam tadi telah berlaku beberapa kekecohan dan khabarnya mereka mula menahan kereta dan bertanyakan samada pemandu orang BN atau PR.

Jika maklumat ini benar, maka pada pendapat aku pehimpunan aman yang mereka canangkan pada malam ini hanyalah retorik, sebaliknya mereka memang merancang untuk memulakan kekecohan hingga membawa kepada "Malaysia Spring" seperti yang mereka idamkan.

Pada pengamatan aku, biarkan mereka melakukan huru-hara biarkan mereka membakar bangunan, biarkan mereka berbuat apa mereka suka kerana semuanya itu akan meletakkan kesalahan kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang merancang semua ini.

Apabila semua ini berlaku dan tidak terkawal, seperti biasa Anwar Ibrahim dan semua apit lempangnya akan melarikan diri bersembunyi di negara-negara yang telahpun bersetuju menjadi pelindungnya.

Akhirnya apa akan jadi pada Malaysia?.. Orang Cina yang puratanya peniaga harus sedar tentang masalah ini yang mana perhimpunan dan keganasan hanya akan merugikan perniagaan yang menjadi periuk nasi mereka selama ini.

DAP yang terlalu taksub untuk menawan negara Malaysia harus dipersalahkan jika apa yang aku sebutkan di atas berlaku dan ini merupakan kesilapan yang paling besar kepada bangsa Cina yang hidupnya aman harmoni dan kaya kerana mereka membiarkan bangsa mereka sendiri mengkhianati mereka.

Ketaksuban untuk berkuasa akhirnya memakan diri dan merugikan bangsa mereka yang ratusan tahun membina empayer perniagaan dan akhirnya sekelip mata dihancurkan kerana kesilapan bangsa meraka sendiri.

Tulisan aku ini bukan menghina atau bersifat perkauman tetapi hanyalah sebuah pandangan kepada kaum cina dan kaum lainyangmenyokong keganasan.

Orang melayu sedikitpun tidak rugi dalam kejadian ini kerana mereka telah biasa hidup susah dan mereka akan terselamat daripada kehancuran yag berlaku tetapi sebaliknya mampukah kaum Cina bertahan dengan kerosakan yang dilakukan oleh manusia-manusia yang tidak tahu berfikir dan didalangi oleh bangsa mereka sendiri iaitu DAP.

Akhir kalam,hancurkanlah negara ini sesuka hati dan benamkanlah segala apa yang telah dibina ratusan tahun hanya kerana kepercayaan "tongong" penyokong Pakatan Rakyat terhadap pemimpin mereka bernama Anwar Ibrahim yang diregukan bersama kepimpinan DAP yang cita-citanya untuk menjadi pemerintah Malaysia..

***Jika kerana ini aku ditangkap aku redho kerana aku hanya menulis tentang persepsi dan pandangan yang pada aku hanya merugikan semua kaum di Malaysia. Yang bersalah bukanlah bangsa, kaum atau agama tetapi yang bersalah dalam semua hal ini adalah syaitan bertopeng manusia bernama Anwar Ibrahim bersama pasukannya dan sekutunya yang sanggup menghancurkan kaumnya sendiri Bangsa CINA kerana sebuah Kuasa.

1 comment:

enaikasih said...

anwar gunakan kaum cina utk kepentingan sndiri... hidup cina hidup melayu n all the races

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *