Pilihanraya Umum yang ke 13 kali ini menyaksikan penolakan jelas kepada kepimpinan di Tanjong Karang terutamanya Dato' Seri Noh Omar selaku Ahli Parlimen di kawasan tersebut.
Bukti kepada penolakan itu dipamerkan jelas apabila seorang ikon yang dikenali ramai yang juga anak kelahiran Tanjong Karang bangun menentang dengan mencalonkan dirinya sebagai calon bebas bertanding bersama Noh Omar di kerusi P.95 Tanjong Karang.
Mengapa perkara seperti ini terjadi? rakyat Tanjong Karang khasnya Herman Tino sepatutnya berbangga dan besyukur kerana mempunyai Ahli Parlimen yang berstatus Menteri di kawasannya berbanding kawasan lain yang hanya Ahli Parlimen dan ADUN biasa.
Mungkin Herman Tino ada penjelasannya tersendiri dan saksikan temuramah yang dibuat oleh sahabat kami bersama Herman Tino dan mengapa beliau menolak Noh Omar.
Ini hanyalah sebahagian rakaman daripada perbualan panjang bersama Herman Tino dan yang selebihnya mungkin akan lebih menyakitkan hati bila didengar dan kami akan paprkan dalam episod seterusnya.
Benarkah apa yang dikatakan oleh Herman Tino?.. Noh Omar harus menjawab mengapa perkara seperti boleh berlaku.
1 comment:
wak herman 9 betul apa wak ngombrol aku pernah ketemu noh ni wk , ckp dlm surat kabar dgn ckp bila kita f2f tipu , aku rugi jutaan wak bnk ngak mau bantu , bnyk crite wak -bisak kita ketemu dulu kita pernah ketemui waktu wak ngenpen nur yaakup di butterworth
Post a Comment