UMNO ARAHKAN KETUA POLIS NEGARA LETAK JAWATAN SATU PENIPUAN


Khabar angin yang mengatakan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar meletakkan jawatan atas desakan dan tekanan daripada UMNO adalah tidak benar sama sekali dan berniat jahat.

Perletakan jawatan beliau adalah disebabkan persaraan wajib dan tempoh perkhidmatan akan tamat pada 17 mei ini. 

Kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh PDRM melalui Facebook mereke seperti berikut:

BUKAN LETAK JAWATAN TAPI BERSARA WAJIB:

PDRM memandang serius tentang penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai perletakan jawatan Ketua Polis Negara yang dikatakan ekoran desakan dari parti politik. Kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan satu fitnah.

Hakikatnya ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar akan menjalani persaraan wajib pada 17 Mei 2013 dan majlis persaraan beliau akan diadakan pada 16 Mei 2013 ini.

Keadaan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman juga berada dalam keadaan aman dan tiada kekecohan atau huru-hara seperti yang digembar-gemburkan melalui media sosial. Ini juga adalah fitnah yang tidak berasas dan tidak bertanggungjawab.

Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan.

Adalah diingatkan, individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

(Ramli Bin Mohamed Yoosuf) ACP
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat)
Polis Diraja Malaysia

Menurut PDRM, mereka memandang serius tentang penyebaran fitnah di media sosial dan blog mengenai peletakan jawatan Ketua Polis Negara yang dikatakan ekoran desakan dari parti politik. 

Justeru, orang ramai diingatkan untuk tidak mengambil endah fitnah tersebut apatah lagi menjadi sebahagian daripada individu yang turut sama menyebar dan memanjangkan fitnah berkenaan.

PDRM juga mengingatkan bahawa individu yang terlibat dalam menyebarkan maklumat palsu dan berbaur hasutan ini boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

No comments: