29 May 2013

Polis bertindak tegas terhadap pencetus kekecohan


KUALA LUMPUR 28 Mei - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan pembangkang bahawa semangat ala Mahathir mula wujud selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak menangkap beberapa pemimpin dan aktivis propembangkang baru-baru ini.

Menurut Khalid, PDRM hanya menjalankan tugas menangkap mereka yang cuba menimbulkan beberapa kekecohan di dalam negara.

"Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan `Mahathirisme’. Sesiapa sahaja yang mengganggu gugat keamanan tidak kira mereka di pihak mana, maka polis akan mengambil tindakan dan jika perlu kami akan tangkap," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Khalid diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin pembangkang yang menyifatkan PDRM sebuah badan prokerajaan yang cuba menghidupkan kembali cara menguatkuasakan undang-undang mengikut acuan ketika zaman pemerintahan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. - UTUSAN ONLINE




© Utusan Melayu (M) Bhd 

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah PDRM, saya sokong 100% memang patut dah pihak PDRM melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dgn lebih tegas lagi, berpandukan prinsip-prinsip rukun negara 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' dan 'Kedaulatan Undang-Undang'. Syabas KDN dan PDRM kami yg cintakan sebuah negara yang aman damai sentiasa menyukung dari belakang.

Anonymous said...

kami sokong penuh PDRM melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan tu lebih tegas lagi terhadap perosak-perosak bangsa negara tu, jangan sehingga mereka-mereka tu dah semakin lagi parah dan tak dapat dikawal lagi memijak-mijak kepala kita baru nak bertegas...

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *