NOH OMAR JANGAN BERSEDIH... KAMI KAN ADA...



Hari ini aku sambung balik pasal cerita Dato Seri Noh Omar yang gagal dapat tempat di kabinet yang baru mengangkat sumpah pagi tadi.

Seperti cerita semalam, aku ada mencuit sikit tentang “APIT LEMPANG” yang dikatakan antara punca Noh Omar yang hampir kalah di Tanjon Karang tetapi berjaya diselamatkan oleh orang-orang Tanjong Karang yang sayang kepadanya.

Ini cerita benar walaupun sukar untuk mereka mengakuinya, Noh Omar memang disayangi oleh orang Tanjong Karang kerana jasanya yang terlalu banyak dalam membangunkan Tanjong Karang.

Keprihatinan dan kesungguhannya mentadbir Tanjong Karang amat jelas, saksikan sendiri kawasan pertanian yang dibina sejak beliau menjadi pemimpin di sana hingga menjadi sebuah kawasan pertanian yang terhebat dan moden.

Tidak kurang juga pembangunan dalam bidang pelancongan yang berjaya membawa hasil besar kepada pendapatan penduduk Tanjong Karang yang rata-ratanya bergantung hidup dalam bidang perniagaan dan pertanian.

Penduduk Tanjong Karang sebenarnya amat bertuah kerana memiliki seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan hebat yang sanggup membahagikan masa beliau yang amat singkat sebagai seorang Menteri dan Ahli Parlimen.

Antara yang masih aku ingat ketika beliau baru saja pulang dari Negara China, menempuh perjalanan yang panjang dan memenatkan tetapi apabila beliau yang baru tiba di Lapangan Terbang diberitakan ada seorang penduduk Tanjong Karang telah meninggal dunia, beliau terus bergegas pulang ke kawasannya untuk menziarah jenazah tersebut.

Aku bukan mahu menjadikan ia sebagai satu ukuran kebaikan tetapi jika benarlah fitnah yang dilemparkan kepada beliau tentang kejahatannya tidak mungkin beliau akan berbuat perkara seperti yang aku ceritakan di atas.

Mungkin ramai yang pelik mengapa aku menulis sebegini, hakikatnya ialah seorang pemimpin yang baik tetap pemimpin yang baik dan tak akan berjaya dikalahkan dengan fitnah dan tohmahan.

Sebagai bukti kepada kenyataan aku itu, rakyat Tanjong Karang masih mahukannya menjadi Wakil Rakyat Tanjong Karang dan mahukan beliau terus berkhidmat membangunkan Tanjong Karang sebagai sebuah daerah yang tersohor dalam negeri Selangor satu hari nanti.

Tahniah Dato Seri Noh Omar, teruskan usahamu dan tunjukkan kepada rakyat bahawa kamulah pemimpin yang menepati janji dan mendahulukan rakyat melebihi kepentingan peribadi..


No comments: