31 March 2013

#JelajahAnkMsiaSabah Hulur Bantuan Untuk Warga Kurang Berkemampuan di kg Tuhaven, Penampang


Penampang -  Slot KAM1 PRIHATIN pagi ini memilih Kampung Tuhaven untuk menyampaikan sumbangan kepada warga kurang berkemampuan di kampung tersebut.

Sumbangan berupa barangan keperluan dapur dan sedikit bantuan keawangan disampaikan oleh Pengerusi JKKK Kampung Tuhaven, Sylvester Chuan bersama Presiden G2M, Mohd Shahar Abdullah.

Walaupun hari ini penduduk kampung Tuhaven yang rata-ratanya menganut agama Kristian sibuk dengan sambutan hari Holy Sunday dan sembahyang pada sebelah paginya namun mereka masih sempat meluangkan masa untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Jelajah Anak Malaysia.

Selepas acara itu Konvoi meneruskan perjalanan ke Papar bangi menyertai sebuah lagi kumpulan konvoi yang sejak dari awal lagi telah bertolak ke sana untuk acara Suara Rakyat.

Setakat itu acara sehingga tengahari ini dan kemaskini akan menyusul kemudian....

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *