PAS Kata Perajurit Terkorban Lahad Datu Hanya Syahid Dunia (bolot harta rampasan perang) Atasi Majlis Fatwa Kebangsaan??



Tanggal 6 Mac 2013 yang lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat para perajurit negara beragama Islam yang terkorban dalam misi mempertahankan negara berikutan insiden pencerobohan di Lahad Datu & Semporna, Sabah adalah tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengumuman itu nyata disambut baik oleh khalayak umum dan mengubat kedukaan kaum keluarga yang sedang bersedih, di masa yang sama ia bagaikan satu suntikan semangat kepada ribuan perwira kita yang sedang berjuang menentang pengganas Kiram di medan tempur tika ini.

Bagaimana pun pada 17 Mac 2013 yang lepas, tak semena-mena Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib bagaikan cuba menjatuhkan moral perajurit negara apabila mempertikaikannya ketetapan Majlis Fatwa dengan membuat andaian sendiri yang kematian para perajurit itu hanyalah syahid dunia.

Kenyataan pemimpin PAS itu jelas bermaksud memperlekehkan pandangan pihak yang jauh lebih berautoriti, seolah-olah mahu menonjolkan dirinya berkedudukan lebih tinggi berbanding Majlis Fatwa Kebangsaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila pada 19 Mac 2013 sekali lagi cuba memberi gambaran kepada umum bahawa syahid dunia jauh lebih baik berbanding syahid akhirat. Sedangkan hakikatnya kedudukan syahid akhirat berada di atas syahid dunia.

Syahid akhirat juga tidak terhad kepada orang yang mati lemas, mati dalam kebakaran atau wanita yang mati melahirkan anak, sebaliknya turut merangkumi orang Islam yang terkorban ketika mempertahankan harta benda, keluarga dan mereka yang mati ditembak kerana menjaga keselamatan negara.

Manakala syahid dunia sebagaimana disepakati para ulama hanya terhad pada orang Islam yang mati ketika peperangan yang niatnya bukan kerana Allah S.W.T, tetapi disebabkan faktor utama untuk membolot harta rampasan perang.

Adakah para perajurit kita di Lahad Datu berperang demi untuk membolot harta benda pengganas Kiram? Tentu sekali tidak. Malah mereka juga tidak pergi ke Sabah untuk merampas atau menjajah negeri itu, sebaliknya berjuang untuk pertahankan maruah dan keselamatan negara dari keganasan pengikut Kiram.

Tindakan Harun Taib memperlekehkan pandangan Majlis Fatwa mungkin menyenangkan hati penyokongnya tapi secara realitinya ia tidak pun menjadikan PAS kelihatan lebih tinggi. PAS cuma sebuah parti politik yang menggunakan label Islamik, manakala Majlis Fatwa kebangsaan tetap di tempatnya sebagai badan yang berautoriti di peringkat nasional.

Justeru itu, daripada PAS terus cuba meremehkan pandangan dan kedudukan Majlis Fatwa Kebangsaan, adalah lebih berbaloi untuk para pemimpin PAS bersatu hati dan fikiran dengan umat Islam yang lain dalam mendoakan semoga perajurit kita di Sabah tetap teguh berjuang.

2 comments:

Anonymous said...

tak payah ulas la pasal fatwa bangang lagi sial drp PAS yg sememangnya GAGAL mewakili golongan agama kerana TIDAK BERILMU jauh sekali utk membawa pepatah "ULAMA ITU WARIS NABI" sebab yang nampak jelas "ulama" dlm PAS (MY ASS !!) adalah sekelompok manusia berjubah, berketayap berjanggut itu adalah TENTERA SYAiTAN yg diutus oleh IBLIS utk menjahanamkan agama allah dan ummah !!!!

Xpas said...

Majlis Fatwa Kebangsaan mewartakan sesuatu fatwa setelah bermuzakarah sesama ahlinya yg arif dan pakar dlm pelbagai bidang keilmuan Islam dan setelah membuat rujukan yg menyeluruh ttg sesuatu isu atas kuasa yg diberi oleh Ulil Amri. Ahli Majlis Fatwa pun secara individu tidak mujtahid dan tidak layak berfatwa. Mrk hanya menyatakan hukum Al Quran , Hadis , hukum hukum ulama' mujtahid silam dan apa apa yg telah difatwakan oleh Majlis Fatwa sebelumnya, bukan fatwa mrk sendiri.
Org yg dikatakan ulama' dlm PAS pula boleh berfatwa secara spontan.
Fikirlah sendiri mana yg lbh kredible.