14 March 2013

#JelajahAnakMalaysia Tidak Pernah Rasa Kasih Sayang Seorang Anak


Terharu hati bila melihat tangisan anak muda ini bila dipeluk oleh orang tua yang sudah terlalu lama inginkan kasih sayang seorang anak.

Mungkin bagi kita itu adalah perkara biasa tetapi bagi mereka yang tinggal di rumah kenangan atau rumah-rumah penjagaan orang tua, saat seperti inilah yang paling mereka nantikan untuk melepaskan kerinduan yang telah lama terpendam terhadap keluarga dan anak-anak.




Konvoi Jelajah Anak Malaysia yang telah singgah di Rumah Seri Kenangan Kuching bagi sessi beramah mesra dengan warga tua dan orang kurang Upaya di rumah tersebut.

Rumah Seri Kenangan Kuching dihuni oleh 15 orang tua dan 18 orang kurang upaya yang mana segala perbelanjaan dan kos dibiyai sepenuhnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Alhamdulillah, mereka kelihatan amat terurus dibawah penjagaan pentadbir dan kakitangan rumah penjagaan tersebut.

Dalam lawatan tersebut peserta sempat beramah mesra dan berhibur bersama orang tua dan orang kurang upaya Rumah Seri Kenangan Kuching.

Semoga lawatan ini memberikan sebuah lagi kenangan dan pengajaran buat semua peserta jelajah yang terlibat dalam menghargai jasa dan pengorbanan orang tua...

No comments:

Know us

Our Team

Video of the Day

Contact us

Name

Email *

Message *