Kota Kinabalu - Hari ini menjadi sejarah buat peserta Jelajah Anak Malaysia Dibawah Bayu 2.0 apabila diberi peluang mendengar sendiri detik-detik cemas dan negeri semasa Operasi Daulat dijalankan.
Dalam slot Patriotik dengan tajuk Kisah Tragedi Di Simunul dan Tanduo, ASP Muzafar Mahdi menceritakan detik cemas ketika mereka diserang oleh pengganas Sulu sehingga mengorbankan 6 orang pegawai dan anggotanya iaitu Supt Ibrahim Lebar dari cawangan khas Bukit Aman, ASP Micheal Padel dari cawangan khas IPD Semporna, Sarjan Baharin Hami dari cawangan khas IPK Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari BN 14 PGA Tawau, Koperal Salam Togiran dari IPD Tawau danLans Koperal Mohd Azrul Tukiran dari BN 14 PGA Tawau.
Anggota-anggota polis tersebut telah ditugaskan untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan maklumat polis mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu. Mereka telah ditembak semasa sedang menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan telah membalas tembakan untuk mempertahankan diri.
Peserta jelajah yang hadir memberikan tumpuan penuh terhadap cerita yang disampaikan yang juga merupakan perkara baru bagi mereka.
Penjelasan itu diharapkan dapat membetulkan persepsi yang berbagai-bagai mengenai operasi yang dijalankan oleh pasukan keselamatan.
Tahniah pasukan keselamatan Malaysia, jasamu akan dikenang dalam lipatan sejarah Malaysia..
No comments:
Post a Comment