KANTOI FITNAH! BLOGGER PR CUBA KAITKAN PENCEROBOH DENGAN UMNO!!!


Pendedahan yang dibuat oleh beberapa blogger pakatan haram kononnya mengaitkan UMNO dengan pihak penceroboh di Lahad Datu adalah andaian semata-mata dan analisa yang membabi buta.

Ternyata apa yang didakwa bukan fakta sebenar dan tujuan jelas berniat jahat. Tindakan tidak bertanggungjawab itu mungkin punya kaitan dengan pendedahan oleh beberapa sumber media antarabangsa yang mengaitkan kedatangan penceroboh atas jemputan pemimpin pembangkang Malaysia. (sila rujuk disini)

FITNAH 1 : Kaitan UMNO dengan Penceroboh?
Gambar di atas telah digunakan oleh para blogger pakatan haram sebagai bukti kononnya UMNO ada kaitan dengan pihak penceroboh di Lahad Datu, Sabah.

Blogger pakatan haram cuba mengaitkan UMNO dengan penceroboh berdasarkan kepada kehadiran delegasi Moro Islamic Liberation Front (MILF) yang diketuai pengerusinya Al-Haj Murad Ebrahim pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2012) yang lepas .

Untuk pengetahuan, terdapat dua kumpulan yang aktif berjuang untuk kemerdekaan di Selatan Filipina iaitu Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan Moro National Liberation Front (MNLF) yang diketuai oleh Nur Misuari.


Nur Misuari (gambar) adalah ketua Moro National Liberation Front (MNLF).

Perjuangan fizikal mereka turut berbeza, kini MILF menggunakan bentuk rundingan damai dalam menyelesaikan konflik di Selatan Filipina, manakala MNLF masih cenderung kepada konfrontasi dan perang gerila.

Akibat ketegasan kepimpinan MILF untuk berunding dan mencapai perdamaian di Selatan Filipina, kumpulan gerila di dalam MILF telah keluar dan membentuk satu lagi kumpulan iaitu Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF) yang ketuai oleh Ameril Umbrakato. Sejak itu, MILF bukan lagi kumpulan gerila. (sila rujuk disini)

Ameril Umbrakato (menaiki kuda) bersama-sama dengan tentera Bangsamoro Islamic Freedom Fighters (BIFF).

Hakikatnya, perjuangan semua kumpulan ini hanya setakat menuntut kuasa otonomi dan perdamaian di Selatan Filipina sahaja. Tidak pernah dalam sejarah perjuangan mereka menuntut negeri Sabah sebagai hak mereka.

Namun, tentera kesultanan Sulu yang menceroboh di Lahad Datu baru-baru ini adalah satu entiti berbeza yang tidak mewakili mana-mana kumpulan Islam di Selatan Filipina. 



Walaupun ada beberapa pegawai MNLF terlibat sebagai Tentera Kesultanan Sulu, perjuangan MILF dan MNLF yang dipimpin Nur Misuari adalah tidak sama. Kumpulan yang dijemput ke PAU2012 adalah MILF yang diketuai oleh Al Haj Murad Ebrahim.

Jadi tindakan blogger pakatan haram yang mengaitkan UMNO dengan penceroboh adalah fitnah semata-mata. 

Jawapan fitnah 2 menyusul!

No comments: