#JelajahAnakMalaysia Raikan Warga Tua Home Of The Age Miri


MIRI - #JelajahAnakMalaysia hari ini meneruskan program 'Kam1 Prihatin' di rumah orang tua 'Home of The Age Miri' sambil menyampaikan sumbangan dan menghiburkan mereka.

Home Of The Age Miri merupakan sebuah rumah kebajikan yang menempatkan 27 orang tua lelaki dan wanita bersama 4 orang staf di dalamnya.

Mereka yang rata-ratanya berbangsa Cina tidak mempunyai keluarga telah diberikan penjagaan yang amat baik di rumah tersebut yang dananya ditanggung oleh dana kebajikan dan sumbangan orang ramai.

Menurut penjaga rumah tersebut, mereka hari ini kelihatan sangat gembira apabila dikunjungi oleh rombongan Jelajah Anak Malaysia yang sudi beramah mesra dan menghiburkan mereka.

Menurutnya juga, penghuni Home Of The Age Miri jarang dikunjungi oleh orang luar seramai ini kecuali dari ahli keluarga mereka.

Ketua Penyelaras Operasi, Muhammad Syukri Ibrahim menyampaikan ucapan aluan dalam Bahasa Mandarin
Pengerusi G2M, Mohd Shahar Abdullah turut menyanyi bersama menghiburkan orang tua  Home Of The Age Miri
Pengerusi G2M, Mohd Shahar menyampaikan sumbangan kepada orang tua Home Of The Age Miri
Gambar kenangan rombongan Jelajah Anak Malaysia bersama warga tuan Home Of The Age Miri
Oleh itu, apa yang dilakukan oleh Mohd Shahar Abdullah, Pengerusi G2M dan rombongannya adalah kena pada tempatnya tanpa mengira perbezaan warna kulit, bangsa dan agama bertepatan dengan slogan yang selalu dilaungkan oleh mereka iaitu "1 Malaysia" dan "Anak Malaysia".

Semoga apa yang dilakukan oleh anak muda ini akan menjadi ikutan individu dan badan-badan NGO lain dalam membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni.


No comments: