#JelajahAnakMalaysia Teruskan Kembara Di Sabah Pula.. #JelajahAnkMsiaSabah


Jejalah Anak Malaysia kembali lagi dan kali ini destinasi seterusnya yang juga merupakan destinasi terakhir dalam melengkapkan siri jelajah ini adalah Negeri Sabah Di Bawah Bayu.

Walaupun dalam keadaan yang tidak berapa mengizinkan dengan keamanan di Lahad Datu masih lagi belum pulih sepenuhnya bukanlah penghalang bagi Konvoi Jelajah Anak Malaysia meneruskan misi yang telah dirancang.

Kumpulan anak muda yang menyertai konvoi jelajah ini sejak dari mula ia dilancarkan bukanlah anak muda yang takutkan dugaan dan cabaran, terlalu banyak yang mereka tempuh dan pelajari disepanjang perjalanan mereka menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air menjadikan mereka antara yang terbaik dan tabah dalam menempuh apa jua cabaran yang bakal mendatang.

Lebih 20 orang peserta Jelajah Anak Malaysia Di Bawah Bayu 2.0 dari Semenanjung Malaysia telah berlepas petang tadi menaiki pesawat Syarikat penerbangan Malaysia (MAS) dari Laangan Terbang KLIA dan tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu kira-kira jam 3.00 petang yang sama.

Dalam misi kali ini diharap mereka dapat menyelesaikannya dengan cemerlang dan membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa merekalah generasi bakal pemimpin negara yang sebenar.


No comments: