"Biar Dicerca Biar Dihina, Biar Jasa Kami Dilupa,
Biar Makanan Sudah Tiada Rasanya, Biar Badan Hilang Tenaga,
Biar Keluarga Menangis Hiba, Biar Nyawa Jadi Taruhannya,
Kami Tetap Setia, Kepada Agama Bangsa dan Negara..."
Begitulah hebatnya jasa dan pengorbanan anggota Polis kita yang sanggup berkorban demi memastikan keselamatan negara terjamin.
Hari ini Pasukan Polis DiRaja Malaysia akan meraikan hari Ulangtahunnya yang ke 206 dan akan dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak bersama dengan pelancaran ESSCOM yang akan diperbutirkan pada sidang media itu kelak.
Sambutan Hari Polis kali ini juga dikatakan lain daripada yang sebelumnya kerana bakal ada anugerah "Posthumous" yang akan diberikan kepada balu-balu pahlawan yang gugur semasa pertempuran dalam "Ops Daulat" di Sabah.
Itulah bukti kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan wira-wira negara ini kerana mereka sanggup melakukan apa sahaja demi keselamatan dan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Selain itu Anngota VAT69 akan diturunkan khas dari Lahad Datu untuk bersama-sama Perdana Menteri dalam upacara tersebut.
Takziah kepada balu dan keluarga pahlawan yang telah gugur di medan pertempuran... Jasa mereka semua akan tetap dikenang dalam lipatan sejarah negara Malaysia...
No comments:
Post a Comment